Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, April 30, 2018

BUFFET RAMADHAN : MASAKAN WARISAN TRADISI TURUN TEMURUN DI PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM(SACC)

Assalamualaikum/Hai,

Setiap tahun pada bulan ramadhan , bulan istimewa ini, adalah menjadi tradisi buat Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) untuk mengadakan bufet yang menghidangkan pelbagai juadaha berbuka puasa kali ini dengan bertemakan "WARISAN TRADISI".


"Tiada lama, tiadalah yang baru". Inilah ungkapan yang menjadi inspirasi kepada Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar untuk membawakan hidangan komplilasi resepi-resepi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Pengunjung dapat menikmati juadah-juadah yang pernah dihidangkan oleh nenek moyang kita.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC dan ramuan-ramuan istimewa.

Pada tahun ini, SACC mengambil satu lagi initiatif mulai untuk bekerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Program CSR ini turut memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk berbuka sambil beramal. Melalui setiap baucar bufet ramadhan, sebanyak RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan yang diamanahkan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Cakap je tak bestkan? apa kata saya bawa anda semua tengok antara hidangan-hidangan yang disediakan sepanjang Bulan Ramadhan nanti yang bermula dari 18 Mei - 13 Jun 2018 :


















HARGA BUFFET RAMADHAN DI PUSAT KONVENSYEN CENTRE (SACC)

DEWASA : RM88.00
KANAK-KANAK (7-12 TAHUN)+ WARGA EMAS(60 TAHUN KE ATAS) : RM52.00
* KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN : FOC

EARLY BIRD :
DEWASA : RM78.00
PEMBELIAN SEBELUM 17 MEI 2018

Untuk pelanggan korporat, Pakej korporat ditawarkan pada harga RM75.00 dengan jumlah minimum tetamu seramai 30 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk pelanggan korporat. jangan lupa berhubung terus dengan pegawai dari SACC untuk memastikan tempahan berkumpulan berjalan dengan lancar.

Sebarang tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi SACC seperti berikut :

Tel : 03-55118858.
Website : www.sacc.com.my

thanks SACC for inviting me.. next year jangan lupa jemput lagi tauu..
hehehe.. 

xoxo,
 -MrsPuex-

Deko Pulut Berhias Cara Kami

Assalamualaikum/Hai,

lamaaaa sungguh tak bersiaran kt sini.
rindu pon ade.
malas pon ade jugak..
pembawakan agaknya.. nak menaip tu rasa berat sunggoh la hai..

ok lah..untuk mukadimah di penghujung april nan indah ni,
saja nak borak borak kosong je dengan korang.
ada buat draft tentang abah sakit kat hospital.
tapi tu nanti dululah ye.. emosi tak berapa nak stabil bila nak menaipnya..
asal taip je bergenang ayor mata ni..
haihh.. not good for my adik baby.
kang keluar kang jadi orang penyedih plak.
no no nooo...

ada masa yang sesuai nanti memang aku akan story kat sini tentang abah.
sabarr yee..

sekarang nak cerita tentang pulut berhias.
jeng jeng jengggg..

Image may contain: food

semalam.
jadi bidang terjun untuk deko deko pulut kuning.
jiran ada buat khatam al quran untuk anaknya..
buat kat umah ustaz. anak anak kitorang memang mengaji mlm2 kt umah ustaz ni. kebetulan pulak ustaz nak buat house warming sbb baru pindah so sekali harung je la..

aku tak berapa kretip pon nak mendeko ni..rasanya tak pernah deko pon pulut pulut.. dulu rajin buat hantaran kawin tu pon kawin sedara mara terdekat..sekadar assist je, cocok tang sana, cocok tang sini je haa..
beregu dengan jiran yang keja cikgu.. memang terhasillah pulut berhias ghuper gitu..
hahahahaa..

cantik takkk??? -sila cakap cantik ye..hahahaha..

sudahnya semua tak nak makan pulut tu sebab katanya sayang nak makan sebab cantik.. amboiiii diorang ni..


sabtu ahad kami yang penuh dengan kepadatan xtvt termasuk melawat abah kt hosp ampang sana. tak cukup masa nak berehat rasanya.. syukur sangat adik baby bagi kerjasama yang jitu kat mama.. dapatlah mama bergerak ke hulu ke hilir ..

alhamdulillah..

apa aktiviti korang wiken lepas?? bizi dengan pencalonan nama untuk pru14 ke tuu??
eyh!! hahahaaa..

ok lah.. nak sambung keje + nak pikir ayat utk pending job.. berderet review ramadhan nak kene buat.. tp tgk gambar je dah mula terliur..acaneee nak taip ni..lapaaaaaa tauuu..huwaaaaaa!!



 -MrsPuex-

Monday, April 23, 2018

Magical Ramadhan Night 2018 Di Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum/Hai,

Bulan Ramadhan bagi tahun 2018 bakal menjelma tak sampai sebulan dari sekarang. Sejak dari awal April lagi banyak hotel-hotel di Malaysia dah bersiap siaga untuk menanti kedatangan bulan Ramadhan.

Bagi yang gemar/ suka berbuka puasa bersama family di hotel, boleh la jengah jengah sikit apa yang disediakan di Pullman Putrajaya Lakeside ni. Sesekali apa kata gathering bersama keluarga untuk berbuka di luar.


Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menggunakan konsep Magical Ramadhan Night bagi tahun 2018. 
Pelbagai juadaha hidangan disediakan untuk para tetamu yang bakal berbuka puasa di sini. kalau nak taip memang hampir beratus tau juadah yang ada. Rasanya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. suasana lokasi yang mendamaikan, luas memang selesa bagi yang hadir bersama family dan anak kecil. 




 Oklah malas nak cerita lelebih, so mari layankan apakah juadah yang akan disediakan kepada para tetamu untuk bulan puasa nanti.

menu wajib! kambing golek. tak lengkap kalau tiada menu ni.



 
antara hidangan menu ala thai yang disediakan. sedaappp!!




deretan stimbot!

pesemboq pon ada.

rojak buah tidak dilupakan.





2x repet makan ketiau ni..hihi..

bagi penggemar makanan exotic south, kat sini ada tau.

dan part paling teruja sekali nak makan. DESSERT kat Pullman Putrajaya ni Walllaaa!!
sampai kau rasa kau nak makan semua manisan yang ada...gerammm tauu!!dah la cantik, sedap plak tu.. tak caya silakan skroll pelan pelan yee!!





















ape macam tengok dessert?? terliur kan?? tuan tanah yang menaip ni pon turut terliur sama..

So, kepada yang teringin nak merasai hidangan juadah di sini, bolehlah book cepat-cepat. early bird price menanti anda. lagi satu, setiap malam akan diadakan pertunjukan penutup oleh semua kakitangan hotel untuk tatapan penghargaan kepada para tetamu yang hadir.

Harga Buffet Magical Ramadhan Night 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside :

Dewasa : RM188/net
Kanak -kanak : RM110/net
(tempahan bermula 5 Mei - 14 Jun 2018)

Masa dari : 6.30 petang - 9.30 malam.

Harga Early Bird :
Dewasa : RM 150/ net

Kanak-kanak : RM100/net

Untuk tempahan boleh hubungi :

Pullman Putrajaya Lakeside
No2, Jalan P5/5, 620000 Putrajaya,
Malaysia.
Tel : 03-88990000
whatsapp : 011-42142311( En Nazri )
Email : sales4@pullmanputrajaya.com
Facebook : https:www.facebook.com/pullmanpj



Thank you so much Pullman Putrajaya Lakeside for having us! Next year jangan lupa jemput lagi..hehehe..


 -MrsPuex-