BUFFET RAMADHAN : MASAKAN WARISAN TRADISI TURUN TEMURUN DI PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM(SACC)

Assalamualaikum/Hai,

Setiap tahun pada bulan ramadhan , bulan istimewa ini, adalah menjadi tradisi buat Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) untuk mengadakan bufet yang menghidangkan pelbagai juadaha berbuka puasa kali ini dengan bertemakan "WARISAN TRADISI".


"Tiada lama, tiadalah yang baru". Inilah ungkapan yang menjadi inspirasi kepada Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar untuk membawakan hidangan komplilasi resepi-resepi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Pengunjung dapat menikmati juadah-juadah yang pernah dihidangkan oleh nenek moyang kita.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC dan ramuan-ramuan istimewa.

Pada tahun ini, SACC mengambil satu lagi initiatif mulai untuk bekerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Program CSR ini turut memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk berbuka sambil beramal. Melalui setiap baucar bufet ramadhan, sebanyak RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Gelandangan yang diamanahkan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Cakap je tak bestkan? apa kata saya bawa anda semua tengok antara hidangan-hidangan yang disediakan sepanjang Bulan Ramadhan nanti yang bermula dari 18 Mei - 13 Jun 2018 :


















HARGA BUFFET RAMADHAN DI PUSAT KONVENSYEN CENTRE (SACC)

DEWASA : RM88.00
KANAK-KANAK (7-12 TAHUN)+ WARGA EMAS(60 TAHUN KE ATAS) : RM52.00
* KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN : FOC

EARLY BIRD :
DEWASA : RM78.00
PEMBELIAN SEBELUM 17 MEI 2018

Untuk pelanggan korporat, Pakej korporat ditawarkan pada harga RM75.00 dengan jumlah minimum tetamu seramai 30 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk pelanggan korporat. jangan lupa berhubung terus dengan pegawai dari SACC untuk memastikan tempahan berkumpulan berjalan dengan lancar.

Sebarang tempahan awal atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi SACC seperti berikut :

Tel : 03-55118858.
Website : www.sacc.com.my

thanks SACC for inviting me.. next year jangan lupa jemput lagi tauu..
hehehe.. 

xoxo,
 -MrsPuex-

3 Comments

Kasih Juju said…
wah banyaknya makanan..murah juga rm78 tu..kena plan awal kalau nak berbuka dekat sini :)
pajeri dengan masak lemakkk....haruslah set date ni :)
Su Hamid said…
Semua menu sedap. Harus grab harga early bird.