Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, November 28, 2018

Promosi Back To School dari Jenama Sunfeet : Pakar Kaki Anda!

Assalamualaikum/Hai,


Sempena cuti sekolah ini, jenama kasut Sunfeet iaitu salah satu jenama pakar kaki di Malaysia telah memperkenalkan promosi Back To School yang menawarkan harga kasut yang mampu untuk dimiliki. Saya dan keluarga berkesempatan untuk melihat sendiri kasut-kasut sekolah yang dibuat khas untuk kepentingan kesihatan kaki anak-anak kita. Sekali imbas, seperti kasut sekolah yang ada dipasaran tapi bila kita belek-belek secara terperinci dan teliti, kasut-kasut sekolah yang diperbuat dan direka khas oleh Sunfeet ini memang lain. insole yang digunakan memang sangat selesa.

Sunfeet International Rehabititation Centre


Sunfeet diasaskan oleh Mr Lee Joo Wee untuk memenuhi harapan terakhir ayahnya iaitu Mr Lee Yin untuk menubuhkan pusat pemulihan orthothis dan prostetik untuk membantu lebih ramai pesakit dengan keadaan muskuloskeletal dan gangguan fizikal sejak tahun 1978. 

Dato Dr. Edmund Lee iaitu seorang pengasas MyOrth, jenama pakar penjagaan kaki pada tahun 2010. Beliau menyedari betapa perlunya beliau menyambung legasi untuk mencapai impian datuknya berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre.


Untuk pengetahuan semua, terdapat empat jenis masalah yang melibatkan tapak kaki. Antaranya adalah pronated, flat, severe flat, high arch. Untuk yang normal, peratusannya adalah sangat rendah

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet!

Kalau korang berkesempatan datang ke Sunfeet yang terletak di Petaling jaya, korang boleh cek tahap kesihatan tapak kaki korang secara percuma tau. kanak-kanak seawal 0-4 tahun biasanya boleh mengalami masalah tapak kaki. majoriti kanak-kanak selalu mengalami masalah flatfeet. Saya berkesempatan bawa anak-anak cek tahap kesihatan kaki dorang di sunfeet. elok kesan awal sebab kalau umur anak dah semakin bertambah, agak sukar nak perbetulkan sebab tulang dah semakin keras.





Back To School : Healthy Feet, Healthy Kids!

Cuti Sekolah dah bermula, so bagi ibu bapa yang prihatin ke atas kesihatan kaki anak-anak, eloklah pilih kasut yang selesa dan sesuai dengan tahap kesihatan tapak kaki anda. Design yang direka pon memang menarik untuk anak-anak pakai ke sekolah. Anak bujang dah sarung sebelah kaki terus cakap, mama sedap dan selesanyaaaa kasut ni mama!.. ok kita beli satu ye anak..yang penting, sila jaga baik-baik ya..hehe..

ok jom tengok design-design kasut sekolah yang terdapat di sunfeet ni..





healthy feet, healthy kids!
yessss!! 

Selain kasut sekolah, beg sekolah khas untuk penjagaan tulang belakang anak pon ada dijual di sunfeet. pelbagai warna menarik untuk tarikan anak-anak ke sekolah.
 


Bersama Dato Dr Edmund Lee.
Banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau semasa sesi taklimat tentang penjagaan kaki untuk anak-anak.


thanks Sunfeet for having us!

Sekarang baru saya tahu, kalau ada masalah yang berkaitan tapak kaki, kita perlu dan wajib memakai kasut yang sesuai dengan masalah tapak kaki kita.Bukan semua kasut di luar sana yang sesuai dengan kita tau. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre, boleh refer details di bawah :

Waktu Operasi :
Buka setiap hari, 7 hari seminggu
masa : 10 pagi- 7 petang.

Alamat :
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No telefon :
013-5283939 / 013-9122939

Website : www.sunfeet.com.my


 -MrsPuex-