Followers

Saturday, July 27, 2019

Airiel Qaid Turns 7!

Assalamualaikum/Hai,

26072012-26072019
Muhammad Airiel Qaid dah 7 tahun!
macam sekejap je masa berlalu kan?

Image may contain: 2 people, including Nooraini Zubir, people smiling, selfie, glasses and close-up

Still rasa dia baby walaupun dia dah ade adik sorang.
mama tak minta banyak, mama doakan semoga anak mama sentiasa berada dibawah lindunganNya.
dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa taat kepada orang tua.


Surprise besday kat sekolah.

kebetulan kat sekolah dia ada yang sama birthday.
zara pon lahir hari yang sama.
jiran depan umah.
satu sekolah. satu kelas.
bincang dengan mama zara nak buat besday utk anak-anak.
bila onz, memasing prepare memasing punya part.

Alhamdulillah everything went well.
hari jumaat rehat panjang sikit.
mintak izin dekat cikgu, pinjam 10 minit waktu kelas untuk happykan kawan-kawan qaid dan zara.
order kek online, siapkan goodies bag. untuk 42 orang kawan dorang.
bab kek ni ada masalah teknikal sikit. yang ni aku story kat entry lain khas punya..
hahaha..

oklah malas nak cite lebih, korang tengok gambar macam biasa je la..
nak kejar masa tapi nak updet jugak blog semata untuk 26/7/2019.


goodies preparation.

Simple je.
Bekas lunch.
Air kotak
Mihun goreng.
Tampal stiker Kat ats tu
Stiker order dari stickers for party. Ig @stickersforparty.




Moment Kat sekolah.


Bila dua mak bergabung.
Meletop top top la..
Nak tercabut tangan masing masing heret beg goodies berat Nak mateyyy.. Hahaha..
Nasib baik tengah jalan, anak anak bawak geng tolong mama memasing.. Good job kids!

Semua happy dapat 2 gift.
Makan 2 kek.

Serius happening.
Seronokkk tgk gelagat memasing.

Jom layan moment moment Sambutan besday Airiel Qa'id + Zara Kat sekolah time rehat.

As per requested Nak Sambut besday dengan kawan.









Syukur semua dipermudahkan.
Cikgu pon bagi kerjasama.

Anak anak happy, mak lagii happy.

Doa mama :
Moga membesar dengan sihat, cemerlang dunia akhirat Dan taat kepada orang Tua.

We love u!



 -MrsPuex-

Saturday, July 20, 2019

rutin setiap hari minggu : restok barang basah dan segar di segifresh market

Assalamualaikum/Hai,

Rutin setiap kali hari minggu memang akan restok semua barang dapur dari bahan-bahan basah sampailah ke bahan-bahan kering. Kebiasaannya bahan basah la yang akan habis dulu sebab aku hanya akan restok untuk seminggu saja memandangkan kapasiti peti ais yang tidak mengizinkan untuk aku restok sebulan punya stok. Aku cerewet sikit kalau memilih tempat nak shopping barang dapur terutamanya bahan-bahan dapur yang basah dan mentah. Syarat utama semestinya kena SEGAR dan tempat kena BERSIH. Paling penting kena DEKAT dengan tempat tinggal.

Kat mana lagi kalau bukan di SegiFresh Market. Aku pilih cawangan Subang sebab paling dekat dengan rumah. Bertepatan dengan konsep pilih FRESH pilih SEGI! Kita boleh dapat barang segar dengan harga borong. Kalau kena gaya, promosi untuk barangan terpilih  akan diadakan khas untuk pelanggan.Penjmatan berganda. saya suka! 

Bahan Mentah/ Basah.


Apa yang best kat segi fresh market ni, semua barang basah di susun setempat. luas dan bersih. Semua ni memudahkan kita nak pilih barang keperluan. Maklumlah masa itu emas. kalau boleh semua nak buat cepat-cepat. 





gembira tengok sotong sebesar peha kaauu..hahah..






rezeki.
masa datang hari tu, ikan siakap tengah promosi. Rm7.90 seekor. ulang, seekor ya.. terus amek 3 ekor.. dalam kepala dah ingat nak buat siakap stim, siakap tiga rasa, siakap masak asam pedas..wallaaaaa!!

Sayur-sayuran.

Untuk seksyen sayuran ni, aku wanita paling teruja sebab harga dia WIN.. murah murah uols!
Rasa semua nak grab.  













pening nak amek telur gred yang mana sebab semuanya harga borong..

sempatlah membawang dengan makcik depan tu. membawanglah sebab harga dia tuuuu..hahhahaha..


laici dengan anggur murah. soo ape lagi.. rembat la seplastik penuh..
tak rugi beli sebab manis...

So korang, kalau tak tau nak shopping bahan basah kat mana, jom lah ke Segi Fresh Market berdekatan korang. Jangan risau.. Segi Fresh Market dah ada 32 Cawangan! Tempat semakin cantik, tersusun rapi dan paling penting bersih dan segar bugar dari ladang.

my happy face!

Untuk maklumat lanjut berkaitan Segi Fresh Market, korang boleh layari :

website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket/

untuk pembelian secara online sila layari : http://segifresh2u.com

Tuesday, July 16, 2019

PENGALAMAN PERTAMA : HFMD MENYERANG ADIK BABY

Assalamualaikum/Hai,

Ada yang Tanya, macam mana tau adik baby kena hfmd?

Jumaat.
start naik bijik Kat area lutut.. Ingtkan alergik sbb Dia rajin merangkak.. Rilekss lagi. Rashes pon ade Kat private part.. Bajet sbb tukar pempers brand lain.

Sabtu.
Bijik mula naik Kat siku.
Hati cakap elergik. Sebab ada terbagi kek.
Gigih gi kenduri kendara memenuhi Jemputan.
Adik baby pon chill chill happy happy.

Ahad.
Pegi Pasar restock barang. Lepas zohor Check in hotel dekat dekat je.
Saja bawak dorang yang dah lamaaa x feel tido katil Putih gebu gebas.
Adik baby meragam sikit tapi masih steady.

Isnin.
Dah set epoiment awal dgn doc koshy utk follow up check up 1 tahun. Suppose 2/7 aritu tapi papa kena outstation. Takut lepas cucuk Dia demam Dan mama kena handle sorang. Big no! Hahaha..
Tu yg set harini sbb dah cuti. Sebelum cucuk, cek suhu tak demam, then bgtau doc Ada rashes here and there. Mula doc suspect elergik sbb habuk je due to mild ezcema yang adik baby Ada. Sekali ade seketul gelembung kt kaki dgn tangan. Terus doc cek dalam mulut. Tadaaaaa seketul ulser Putih duduk helok atas kerongkong.. Terus x jadi cucuk Dan doc confirm Kan hfmd. Dngar penjelasan doc pasal hfmd Dan apa yang perlu buat dalam tempoh 7 Hari.






Monitor suhu.
Monitor kebersihan sekitar.
Elak pegi ke public area.
Makan ubat. Sapu krim antibiotic.
Monitor tahap berat pempers.
Monitor kekerapan Dia minum susu dan makan.
Kalau Makin worse, terus ke hospital.

Hari ni Hari kedua. Virus masih mild. Doc cakap bijik akan bertambah dalam tempoh 2-3 Hari.

HFMD Bukan menyerang kt kaki tgn mulut je. Private part pon dia singgah sekali.. Durjana betul.😏😏

Harini masih steady.
Mama papa x Tau virus ni dapat dari mana.
Yang pasti Bukan 2-3 Hari sebelum. Dia dah Ada since 5-7 Hari sebelum. Baru simptom tu muncul.

Korang yang pernah jaga anak hfmd, boleh share tips? Dah Google tp Nak jugak Tau pengalaman dari korang. Jom share Kat komen.

Pagi ni habis satu rumah aku dettolkan. Sakit pinggang mmmmakkk!

Anak nombor tiga tapi pengalaman pertama kena virus hfmd ni.

Thanks. ❤️
Mama Aidiel Qaiz.

#hfmdattacked
#hfmd
#virus
#aidielqaiz
#1tahun16hari


 -MrsPuex-
Gigih update blog pakai hp. 

Sunday, July 14, 2019

Selamat Hari KITA!

Assalamualaikum/Hai,


14072007-14072019.💞

Selamat Hari KITA.
KITA seadanya.
Bersama 3 nyawa KITA [Aireen Qaisara, Airiel Qa'id, Aidiel Qaiz]

12 years and still counting. 💪💪

Baru suku :
Asam
Garam
Gula
Kopi tanpa gula
Teh tanpa susu
Santan tanpa lemak

Banyak lagi kekurangan yang takkan pernah cukup sampai KITA mati.
Moga ALLAH pinjamkan KITA secukup masaNYA yang dizinkan. Pengakhiran yang diimpikan macam kisah cinta sehidup semati MAK ABAH.
Aminnnn..

#mohontadahtangandoakanKAMI
#weddinganniversary
#darjahenam
#itsagambleoflife
#gowiththeflow


 -MrsPuex-

Thursday, July 4, 2019

Pembukaan Satu lagi Cawangan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall!

Assalamualaikum/Hai,


Rasanya ini salah satu berita yang paling menggembirakan bagi penduduk sekitar Shamelin dan cheras dan juga yang berdekatan. Lulu Hypermarket dengan rasminya telah membuka lagi satu cawangan di 1 Shamelin Mall, Cheras pada 1 Julai 2019 yang lepas.. Mana taknya, dengan pembukaan Lulu Hypermarket ni, banyak barang / produk yang dijual dengan harga yang paling tak masuk akal tau! Diskaun kaww kawww hampir semua barang termasuklah barangan elektrik!



Pembukaan Lulu Hypermarket telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna iaitu YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail . Promosi harga pembukaan berlangsung selama 4 hari bermula dari 1 Julai 2019 sehingga 4 Julai 2019. Tak percaya?? nahh sila tengok katalog kat bawah ni.





Lokasi dan kedudukan barang yang disusun mengikut beberapa kategori memudahkan para pembeli untuk membuat pilihan. penting tau sebab kalau barang yang disusun tak mengikut kategori, sangat susah kita sebagai pembeli nak pilih barang dan secara tak langsung ianya akan melambatkan masa kita. paling best semua seksyen ditempatkan di level yang sama. 

jom kita shopping!

BARANGAN ELEKTRIK

Inilah masa yang paling sesuai kalau korang nak upgrade barang-barang elektrik kat rumah ataupun nak buat back up kalau rosak. Blender dan periuk nasi kan selalu sangat problem sebab penggunaan yang kerap. so ape lagi.. tengah promo, grablah satu!




BAHAN MENTAH / BARANG DAPUR

saya paling suka pegi area sini.. macam-macam pikir nak masak sebab tengok semua bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan udang / sayur / buah yang segar bugar disediakan untuk pelanggan. 





















MAKANAN PANAS 

Seksyen makanan panas ini menyediakan makan  ready-to-eat untuk para pelanggan. pelbagai jenis hidangan disediakan termasuklah roti dan makanan ala timur-barat . rasa nak makan mandy chicken, sila lah terjah sini.





ROASTERY

nak buat kudap kudap kekacang atau coklat,  sinilah tempatnya.. pelbagai jenis kekacang yang ada. tak lupa jugak deretan jenis kopi raw tanpa diblend. sedap je lalu sini sebab bau aroma kopi.



SUASANA SEKITA HARI PEMBUKAAN LULU HYPERMARKET 1 SHAMELIN MALL.

Sambutan sangat diluar jangkaan. Orang ramai berpusu-pusu datang seawal jam 9 pagi untuk sama-sama menyaksikan acara pembukaannya. bukan itu sahaja, sudah tentu mereka menantikan masa untuk grab barang-barang dengan harga promosi. seronok tengok troli penuh barang. 



Serius meriah. paling meriah, que untuk membayar tersangatlah panjang. walaupun panjang berjela, pelanggan tetap sabar dan tenang. salute lah!


happy face!
pembeli yang bijak adalah pembeli yang membeli time harga promosi..gituu!

untuk info lanjut / harga promosi akan datang, boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/



 -MrsPuex-