Assalamualaikum/Hai,
Ada yang Tanya, macam mana tau adik baby kena hfmd?
Jumaat.
start naik bijik Kat area lutut.. Ingtkan alergik sbb Dia rajin merangkak.. Rilekss lagi. Rashes pon ade Kat private part.. Bajet sbb tukar pempers brand lain.
Sabtu.
Bijik mula naik Kat siku.
Hati cakap elergik. Sebab ada terbagi kek.
Gigih gi kenduri kendara memenuhi Jemputan.
Adik baby pon chill chill happy happy.
Ahad.
Pegi Pasar restock barang. Lepas zohor Check in hotel dekat dekat je.
Saja bawak dorang yang dah lamaaa x feel tido katil Putih gebu gebas.
Adik baby meragam sikit tapi masih steady.
Isnin.
Dah set epoiment awal dgn doc koshy utk follow up check up 1 tahun. Suppose 2/7 aritu tapi papa kena outstation. Takut lepas cucuk Dia demam Dan mama kena handle sorang. Big no! Hahaha..
Tu yg set harini sbb dah cuti. Sebelum cucuk, cek suhu tak demam, then bgtau doc Ada rashes here and there. Mula doc suspect elergik sbb habuk je due to mild ezcema yang adik baby Ada. Sekali ade seketul gelembung kt kaki dgn tangan. Terus doc cek dalam mulut. Tadaaaaa seketul ulser Putih duduk helok atas kerongkong.. Terus x jadi cucuk Dan doc confirm Kan hfmd. Dngar penjelasan doc pasal hfmd Dan apa yang perlu buat dalam tempoh 7 Hari.
Monitor suhu.
Monitor kebersihan sekitar.
Elak pegi ke public area.
Makan ubat. Sapu krim antibiotic.
Monitor tahap berat pempers.
Monitor kekerapan Dia minum susu dan makan.
Kalau Makin worse, terus ke hospital.
Hari ni Hari kedua. Virus masih mild. Doc cakap bijik akan bertambah dalam tempoh 2-3 Hari.
HFMD Bukan menyerang kt kaki tgn mulut je. Private part pon dia singgah sekali.. Durjana betul.😏😏
Harini masih steady.
Mama papa x Tau virus ni dapat dari mana.
Yang pasti Bukan 2-3 Hari sebelum. Dia dah Ada since 5-7 Hari sebelum. Baru simptom tu muncul.
Korang yang pernah jaga anak hfmd, boleh share tips? Dah Google tp Nak jugak Tau pengalaman dari korang. Jom share Kat komen.
Pagi ni habis satu rumah aku dettolkan. Sakit pinggang mmmmakkk!
Anak nombor tiga tapi pengalaman pertama kena virus hfmd ni.
Thanks. ❤️
Mama Aidiel Qaiz.
#hfmdattacked
#hfmd
#virus
#aidielqaiz
#1tahun16hari
-MrsPuex-
Gigih update blog pakai hp.
2 Comments
Semoga cepat sembuh ye.. Jenuh menahan gatal tu..