Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, August 27, 2019

Nak Rambut Bebas Kelemumur, Amalkan 3 Cara Mudah ini!

Assalamualaikum/Hai,

Masalah rambut Kelemumur ni dah sinonim dengan semua orang.

Bila rambut terabai, mulalah Kelemumur datang. Lepas tu berturut pulak dengan gatalnya. Lelama terus gugur rambut sikit demi sikit.

Terus jadi stress walaupun aku seorang wanita bertudung.

Rambut tu ASET utama wanita kot.
Tak Kira la kita ni bertudung atau tidak.
ASET tetap kena jaga.

Aku wanita bertudung.
So Nak Rambut agar sentiasa bersinar Dan rapi, jaga kena lebih sikit.

Anak dara pon bertudung.
Dan mengalami masalah yang Sama jugak.
Kelemumur Dan kegatalan kulit kepala.
Kesian tengok.

Sekarang dah jumpa produk yang sesuai untuk kami anak beranak.

Produk penjagaan rambut dari Safi Shayla.
Safi Shayla anti Kelemumur pilihan utama.

Wangi dan dapat menyelesaikan masalah Kelemumur kami.

Hanya 3 Cara Mudah.

1. Syampu Anti Kelemumur.


2. Perapi Rambut Anti Kelemumur.


3. Minyak Rambut Anti Kelemumur.


Selesai masalah Kelemumur.
Jangan culas kalau Nak result terbaik.
Berbahagialah kami hendaknyaa.

Next,

Nak bagi Tau beli mana-mana  produk SAFI Shayla berharga RM35 di hypermarket yang berdekatan maka seketul beg comel ini dah boleh dapat secara percuma. Limited Edition tauu..


Cepat sebelum habis.
Terhad.





Finally.
Jenuh Nak kumpul koleksi We Are Bears ni.
Beli satu Berebut.
Beli 4 dengan mak kau sekali tersenyum girang. Hahahaha.

Jangan mintak Kat aku plak.
Aku tamak.
Kah Kah kahhhh..

Mom-kids bonding boleh ootd dengan beg ni nanti.
Kompom comel macam bear. 😝😝😝

#safishayla #SAFIMalaysia #SAFIShaylaWBB #safiblogger  #haircare #webarebears #WBB  #rm #rushmedia #limitededition #mrspuexdotblogspotdotcom

 -MrsPuex-

Monday, August 12, 2019

Happy Eleven Years Old my Princess Aireen

Assalamualaikum/Hai,

11082008-11082019.
Birthday shoutoutπŸŽ‰πŸŽ‚

Happy Birthday to my princess Nur Aireen Qaisara. The one and only geng mama. The one and only kakak to adik adik.


U are too special.
You made me a mom.
You made us a parents.
It wasn't all butterflies and roses at first.
how lucky I am to have experienced something so great, something so great that I never even knew I wanted.
I am humbled to be your mama, and I’ve prayed for you and over you every day since the day you were born.

Selamat darjah 5 kakak.
Date cantek sebab jatuh pada 10 Zulhijjah 1440 bersamaan Hari Raya Aidiladha.
Moga jadi anak yang solehah.

9 Zulhijjah. Sehari sebelum besday kakak.
Hari untuk berdoa.
mama panjatkan doa yang baik baik untuk anak anak mama.
We love u..

#aireenqaisara
#elevenyearsold
#myfirstborn
#birthdaygirl
#happybirthday

 -MrsPuex-

Wednesday, August 7, 2019

FROM ZERO TO HERO SWIMMER DI SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY

Assalamualaikum/Hai,

Ramai orang di negara kita yang tidak tahu berenang. Ramai juga yang takut dan cemas apabila kepala secara tidak sengaja berada di dalam air ketika mandi di sungai, laut mahupun kolam renang.

Tujuan utama belajar berenang tentu saja untuk mengelakkan lemas ketika berada dalam air. Bagi yang tidak pandai berenang juga boleh mendapat manfaat jika bersenam dalam air. Ia aktiviti yang menenangkan sebenarnya. Berenang atau sebarang bentuk senaman dalam air sebenarnya memenatkan, tetapi ia juga menenangkan fikiran dan menyeronokkan walaupun kita perlu mengerah otot bekerja lebih kuat untuk bergerak dalam air. 

Berenang adalah satu senaman yang ada manfaat tersendiri. Tidak seperti senaman areobik lain, berenang adalah satu-satunya senaman yang tidak memberi impak kasar kepada sistem tulang kita. Apabila berada dalam air,  badan kita secara automatik menjadi ringan (kerana daya apungan air). Jika berendam separa pinggang, badan menjadi 50 peratus ringan. Pergerakan di dalam air menjadi senaman yang baik khususnya untuk mereka yang mengalami masalah sendi dan otot termasuklah pesakit artritis. Jika air kolam renang sedikit hangat, ia lebih baik kerana kehangatan air itu akan meredakan ketegangan sendi.

Banyak sebernarnya kebaikan kalau kita rajin berenang. Kalau minat je tapi tak tau berenang pon susah jugakkan. Jom la kita cari mana-mana agensi yang boleh ajar kita cara berenang dengan betul. Paling penting mesti sesuai dengan muslimah memandangkan aku ni berat sikit tentang aurat.


SWIMRUSH menyediakan perkhidmatan yang korang cari. belajar berenang sampai pandai. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah :
 PERNIAGAAN PADA WEEKEND? TIADA MASALAH
Swimrush menyediakan Kelas Kolam & Kelas Renang Kanak-Kanak (muslimah) pada hujung minggu selepas waktu bekerja kerana mereka faham, hujung minggu adalah masa keluarga

BERMULA DARI USIA MUDA
Kanak-kanak boleh menyertai bermula dari seawal usia 5 tahun.

TIDAK SAHAJA BELAJAR TEKNIK DASAR
Sukatan pelajaran Swimrush di samping mengajar teknik renang asas juga memberi penekanan kepada program keyakinan air dan kemahiran hidup kelangsungan hidup

INGIN BELAJAR SECARA PERIBADI.
Tiada masalah, Swimrush mempunyai kelas persendirian - HOME TO HOME BASIS di mana Jurulatih datang ke rumah anda untuk mengajar! pendapatan bayaran pengangkutan

TAK TAHU MACAM MANA NAK MENYELAM DALAM AIR?
PERCUMA untuk belajar menyelam (menyelam) dalam 1.2-1.8metera air
✔ sesuai untuk mereka yang berminat nak belajar perjalanan menyelam / suka

Swimrush mempunyai 4 cawangan:

⚜ Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
- Kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
⚜ Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
⚜ Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
- boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
⚜ Shah Alam Seksyen 14
- Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita




KEPAKARAN SWIMRUSH :

✔ Pengajar wanita akan mengajar dalam Kelas Wanita
✔EMPHASIS PADA ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
✔ Teknik Asas: Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
✔ Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
✔ Pengalaman mengajar pelajar airphobik
✔ Menyediakan CLASS REPLACEMENT
✔ Kolam Renang PERCUMA
✔ Beralih dari ZERO ke Swimmer HERO

untuk maklumat lanjut boleh hubungi : +60 13-365 4711 (Aisyah)

 -MrsPuex-

Tuesday, August 6, 2019

EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER 100 % ESTRAK TUMBUHAN ORGANIK

Assalamualaikum/Hai,

Kosmetik merupakan salah satu lemen daya tarikan seorang wanita. solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% estrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. EVERSOFT kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.

Diperbuat daripada 100% estrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan estrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. bahan-Bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandang hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol,phthalates, wangian,alkohol, minuak minreal dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.

3 VARIASI RANGKAIAN EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER.

Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal.


Kalau korang jenis kulit normal yang tak terlalu berminyak, korang boleh pilih apa saja variasi air micellar yang korang suka. EVERSOFT AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER dapat menyuburkan serta meremajakan wajah kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal hidrat. Estrak avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E berfungsi untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering.


Kalau korang sejenis kulit kering, boleh try yang ini. Estrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah yang dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi.

Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Jerawat.

 Kalau korang mempunyai kulit yang berminyak atau berjerawat, korang boleh try yang ini. manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung dalam Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh.



Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water yang baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan. ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung) dan RM27.20 (Sabah/Sarawak) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasar hyper dan farmasi seluruh negara. *harga termasuk 6% SST.


 -MrsPuex-