Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Wednesday, March 30, 2016

Serum Mesti Milik dari Produk Ephyra Skin Nano

Assalamualaikum..

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.


Hari ini hari ke-14 penggunaan setiap hari bermula dari barang sampai ke tangan pada 16 Mac 2016 yang lepas  sehingga pagi tadi 30 Mac 2016..

sukaaaa sangat dengan hasil yang pantas..
takdelah floles sangat tapi boleh laa untuk kecikkan ruang pori pori macam kawah ni haaa..
parut jerawat pon dah pudar sikit.. kalau penggunaan berterusan, diyakini kulit akan lebihh segar dan bersih.. doakann yee..sape tak nak cantik kann??

Kebiasaannya setiap pagi nak ke pejabat mesti akan bermekap tebal tebal untuk menutup pori-pori dan segala jerawat hidup dan parut jerawat yang diternak tanpa sengaja di wajah muka..
diri secara automatik tak yakin kalau keluar tanpa mekap.

Jenis kulit muka yang sensitip memang mengundang kepada pelbagai masalah.. Selepas buat laser treatment, kuranglah sikit dan sel sel kulit mati pon dah kurang juga.. Doktor ada pesan, jika nak pulihkan  keanjalan kulit dan menggalakkan sel sel kulit hidup semula, sila sapu serum..

sesuai sangat dengan ketibaan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni. tepat pada masanya.

sebenarnya semua serum ok.. tapi bila dah terjumpa dengan serum dari ephyra nih, terus jatuh cinta.
betul ni.,. tak tipu.. cecair yang agak likat  mendorong kepada serapan yang sempurna di kulit ditambah pula dengan botol yang comel dan unik..sesuai sangat duduk dalam henbeg sepanjang masa..

ok jom tengok hasil secara bergambar.. 
point kt bahagian dagu di mana jerawat tengah memuncak mencanak canak pembesarannya..

ni wajah asal tanpa mekap beserta parut jerawat dan pori pori umpama sekawah rendang ayam gitu..hahaha.. ada jugak jerawat(refer kat dagu) yang sedang hebat penternakannya di muka ku ini.. tensiiiii tauuuu..

selepas 6 hari penggunaannya :

selepas rawatan laser dan ditambah dengan penggunaan serum ephyra setiap pagi dan malam..
nahhhh kauuu.. ni gambar tak edit langsung tauuuu..
parut jerawat di dagu sedikit pudar.. 
sukaaaa sangatttt..


Wajah saya pada hari ke-14 (30 Mac 2016)


Berseri-seri kan??
yang penting nampak segar..
awak tak rasa tapi kita yang pakai kita rasa ok!
tengok jerawat kt dagu tu.. semakin pudar..

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Pada Kulit :

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan  sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.






10 Kesan Nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum :
  1. Mengecutkan jerawat
  2. Menghilangkan parut jerawat
  3. Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur
  4. Menghilangkan bintik-bintik hitam
  5. mencerahkan kulit kusam
  6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  7. Mengekalkan kelembapan wajah
  8. Menghilangkan lebam bawah mata
  9. Merawat kulit terbakar
  10. memberikan efek kilauan pada wajah  
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum bersaiz 15ML ni boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai jamu. Yang penting ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 
Website : www.oceanlife2u.com 

Harga: 
RM 88  (Sem.Malaysia)RM 92 (Sabah/Sarawak) 
Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577 .


-MrsPuex-

Persediaan Pertama untuk #SBB2016

Assalamualaikum..

Tahun ni semangat lebih sikit nak join #SBB2016..
nak tambah rangkaian rakan bloggers
nak berkenalan dengan blogger blogger otai
nak say hi dengan blogger2 baru..

kalau rezeki lebih,
nak kutip hadiah cabutan banyak banyak..
hahahahaa..

dengar cite hadiah memang power kesemuanya..
penaja tahun ni pon mantapp!!

ape lagi, jangan ketinggalan..
jom daftar cepat !



Selfie with me and i'll give u my namecard..
gituuuu!!!

i just like the simple simple..
tak de gambar sebab kite segan plak nak tepek gamba..hahahaha...


ok guys!



Jumpa di #SBB2016!!!

-MrsPuex-

Monday, March 28, 2016

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-1 SK Puncak Perdana

Assalamualaikum..

27 Mac 2016 
Hari ini dalam sejarah
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-1

Untuk pertama kalinyaa..
bangga kejapp...
hehehehee...
ibu bapa perintis untuk sekolah baru anak..

SK Puncak Perdana..
Alhamdulillah dekat dengan rumah..


wajib hadir untuk bentangkan usul - usul dan sesi pencalonan AJK tertinggi PIBG..

senarai nama semua admin (wakil parents) untuk semua kelas..

Sebelum majlis..
Sekolah baru..semua pon masih kurang..
kerusi ni pon sponser dari salah seorang parents..
banyak lagi sebenarnya yang perlu dipertingkatkan..
masihh banyakk!!

cari port dekat dengan kipas dan microfon sebab senang nak bagi usul..ececeeee..
paling penting cari geng utk bergosip..bahahahaa...
tiga-tiga tu jiran depan umah, tepi umah jeee.. merangkap jiran lepak mengopi depan umah..

nahhh barisan orang orang kuat wakil ibu bapa dan guru untuk PIBG sesi 2016-2017..
Tahniahh kepada yang tercalon..



Semoga gabungan ini dapat mempertingkatkan lagi infrastruktur dan fasiliti sekolah anak-anak kita untuk sesi ini dan akan datang juga
aminnnn...

kami pihak ibu bapa menyokong sepenuhnya kepada barisan AJK PIBG SKPP untuk penambahbaikan dan kecemerlangan anak-anak kami..


cayokkk!! cayokkk!!
pilihan kami adalah pilihan terbaik..
wakil wakil pon mantop mantopp semuanya..


Selamat menjalankan tugas demi kesejahteraan anak-anak kita..


-MrsPuex-

Thursday, March 24, 2016

Selesai berkursus di tempat kursus yang penuh mistik

Assalamualaikum..

21 - 23 Mac 2016.

Selesai berkursus selama 3 hari 2 malam..
Lokasi di Kolej Jururawat Masyarakat PD..

Sempena menyahut seruan kerajaan untuk perbelanjaan optimum..

Duduk Kat hostel yang dah lamaaaaa tak berpenghuni..

Paham paham je la yee..ada peneman yang setiaaaa menanti kehadiran kami..
Dan hanya orang orang tertentu saja yang diberi peluang untuk melihat..

Mujurrrr aku ni diberikan nikmat hijab tidak terbuka langsung Dan tak merasai APA APA pon sentimen sentimen mistik padahalllll ianya wujud berdekatan..

Ada beberapa perkara pelik 2-3 orang member opis dapat..tapi taknak la cite..simpan dlm hati je.. Nak tau, pegi tido sana dan rasa sendiri..kekekee..
Kalau anda orang gomen, haa pegi mintak bos buat kt sini..jimaaattt!!!
Hahahaaa...

Nak menghabiskan 2 malam tu hazabedahnye hanya Allah sahaja yang tahu..

Ingatkan boleh qada' tido tapi nan hadoo.. Kol 3 pagi pon mata tetaplah berkelip kelip..
Partner bilik pon hadap benda sama je..

Photogedik depan astaka..memikirkan malam kang ape akan jadi..hahahaaa
Task dari pegawai arkib di Dewan.. Hari hari akan ADA blackout uolsss..
Ni gamba hari last sebelum pulang ke pangkal jalan..
Jemaah ahli kursus yang hadir.. Aku peserta yee.. Bile mintak selpi, semua pon sporting termasuk urus setia.. Nasib la kalau blogger yang pegi kursus..hheheee...

Lain-lain agenda tambahan yang takde dalam jadual adalah :

Hari pertama sampai, mencari tempat lepak yang ADA ekon di mekdi waterfront pd.. Nyamannn..lamaa okeh kitorang lepak sini ..panaihh lit litt weii KT hostel..tak tahan nak stay smpai mlm..
Program start malam, maka mohla kite cari pasal kt luar..
Selfi dengan laut.. Memasing lamaa tak tgk laut katenye..
Ni hari kedua..mencari minum ptg sebabnya minum petang kami takde.. Caterer boikot..hanttuuu betul..
Macam mane bisnes nak maju kalau semua pon berkira..kesian organiser kami..
Malas kecoh. Kite lepak luar..
Mencari kokonat shake +laksa..
Kokonat shake sedap Dan murah.. Tapi laksa cayoorrr..

Malam ke2.
Mengeteh di King char ketiau..
Kuantiti and space meja mmg banyakkk.. Tapi kualiti outt!! Setakat lepak minum OK la kot..
Sorii char ketiau tak sedap!
Amek peluang berselpi bersama 1 of the best actor of #lelakiharapandunia..
Menang besarr okeh filem ni..
Congrats bos!
Kipidap!!


  Last but not least..
Nak tunjuk katil hostel..
Feeling mcm student nurse je..
Tak dapat jadi nurse, tumpang kolej pon jadik laa..

Masa register, amek cadar, selimut Dan sarung bantal..pasang sendiri..
Balik, cabut semua hantar kt kaunter..
Towel pon kene bawak sendiri tauu..
Ramai yang tertinggal towel sebab bajet konon konon mcm hotel..sudahnya semua pegi soping towel termasuklah aku..kakakaa...
View depan katil, 2 pintu jamban..
Bajet bajet nak tido bukak pintu SBB kipas pasang paling laju pon still bahang..
Kang tido bogel kang kene rogol ngn hantu plak..bahahahaa...
Sudahnya tutup jugak la pintu bilik SBB taknak entiti lalu lintas..aku tak nampak tapi partner bilik aku ni spesel skit..boleh rasa..
Otometik la aku jadi gerunnn walaupun aku rasa mcm biase biasee jee..

Naik gunung duduk dalam hutan pon tak saspen mcm ni tauu!!
Seriessss..

Ape pon, aku amek ni sebagai pengalaman paling berharga dalam menuntut ilmu..
Penuh pancaroba..semoga ilmu aku ni dapat dimanfaatkan utk tugasan seharian..

Friday, March 18, 2016

Himpunan Blogger Terbesar hanya di Sepetang Bersama Blogger 2016

Assalamualaikum..




Done register!
Done lock the date!

16.4.2016 adalah hari bersejarah..

Tak sabar nak beramah mesra bersama blogger-blogger Malaysia..
mana tau rezeki dapat pegi amsterdam kee ??
dapat pegi london kee...
dapat cabutah bertuah paling bertuah punye hadiah kee..
hehehee

terima kasih team DENAIHATI

tegurlah saya yang sangat pemalu ini yee..
disamping ambil peluang kumpul koleksi album #selfieing with mrspuex

panggil ainie boleh,
panggil mrspuex pon boleh..

langkah persediaan pertama : sila tempah namecard wahai mrspuex..

Ada yang belum daftar lagi??
 pegi SINI cepat!

kita jumpa di sanaa!!!
super eksaited!

-mrspuex-

Thursday, March 17, 2016

Azanis Scar Serum : Penyelesaian Baru Masalah Parut


Assalamualaikum..

Seringkali kita akan rasa sedikit terpinggir jika orang terlihat parut yang ada ditubuh kita waima sebesar zarah sekalipun.. tak kisah la parut jerawat ke? parut di muka ke? atau parut dibadan.
dan juga parut luka dihati kita.. lagii susah nak hilang..hahahaa.. *lari topik*

Jangan risau ..
Di sini saya nak memperkenalkan produk keluaran terbaru dari Azanis iaitu Azanis Scar Serum yang kini berwajah baru.


Azanis Scar Serum kini dilengkapi dengan bahan utama yang baru iaitu Cocoa Butter dengan gabungan istimewa antara vitamin E dan Cocoa Butter. Maka terhasillah formula terbaru iaitu    VITA-COCOA BOOSTER FORMULA.




Satu botol Azanis Scar Serum ini mengandungi 100% Vitamin E (d-alpha tocopherol) semulajadi yang dirumus dari soya di mana 50% daripadanya adalah lebih anti-oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik dari Vitamin E sintetik. Cocoa Butter telah dikenali diseluruh dunia dengan keberkesanannya dalam mengatasi masalah parut. 

Azanis Scar Serum ini dihasilkan di kemudahan pengeluaran kosmeseutikal yang Good Manufacturing Practices (GMP). Semua bahan-bahan yang digunakan telah diuji dengan kemudahan terbaik dan didapati sangat selamat untuk digunakan di bawah syarat-syarat ketat GMP. Yang paling best sekali, tiada kesan sampingan negatif yang ditemui pada Azanis Scar Serum ini. Berita baik kann??? Tak risau dah kalau guna produk ini.



Formulasi yang direka khas ini sesuai bagi jenis kulit yang berminyak, kulit berjerawat bengkak, kulit kemerahan dan juga mereka yang pernah menggunakan produk hydrokuinon dan merkuri kerana lapisan asid matel kulit telah terhakis.So, hilangkan kerisauan di hati anda dengan memiliki sebotol atau berbotol botol Azanis Scar Serum ini untuk dibuat stok. 

kat bawah ni ada beberapa testimoni yang positif diberikan oleh pelanggan yang menggunakan Azanis Scar Serum ini membuktikan keberkesanannya..


kesan parut chicken pox hilang..

kesan parut jerawat dimuka.. licinnnn!!!
teruja pulak kite menengoknyee..hehehee

 Lain-lain testimoni boleh refer SINI 

Sekarang Azanis sedang buat harga promosi serendah RM60.00 sebotol. cepat-cepat grab sementara tengah promosi tuh.. rugii tauuu... nak order kat saya pon boleh.. sila pm kat SINI  yee..

Untuk maklumat lanjut boleh check details seperti di bawah :

Website : www.azanis.my
No Telefon :  011-1096 4979 (9am-9pm) / Whatsapp : 011-1082 4979



WAJAH SEPERTI KAWAH BULAN??
KINI BUKAN LAGI MASALAH..

-mrspuex-

Tuesday, March 8, 2016

Family Fun Day Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Assalamualaikum..


Dah lamaaaa sangat opis tak buat family day .. ada la dekat 2-3 tahun tergendala..
so bila ada peluang ni, wajib la join. kita support..
eventho tentatif family day nya adalah setengah hari saje..
ponn happening jugak tauuu..

Lokasi : Taman Botani Negara, Shah Alam
Tarikh : 6 Mac 2016 (Ahad)
Masa : 830 pagi - petang

Dekat 75 family jugak yang datang... syabas organizer dapat kumpulkan keluarga dalam masa yang amat singkat.

transport kami nak ke area taman haiwan.. trem taman dan 2-3 biji transport jabatan..
tak tau la berapa trip dorang ulang alik..
ni pon nak ucapkan terima kasih kerana memudahakan urusan kami yang bawak anak2 kecil ni..

pendaftaran untuk 6 bahagian.
i is bahagian pengurusan.

acara pertama : Senamrobik.
instructor oleh Pn Kang, cikgu erobik kami..

sori cikgu x dpt backup kat belakang..
anak bujang ai takmo lepas ..hahahaa..ai folo dari belakang je..

para peserta..


Acara-acara kanak-kanak yang berlangsung :

pertandingan mewarna

finding aireen..
hehehee..
adik tak boleh masuk sebab tak cukup umur..

kakak in action.


antara koleksi hasil tangan anak anak dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


pertandingan rebut gula gula.


nampak tak anak bujang ai tgh dok stanby jee tuhh..
tapi kan die pegi kutip sebiji sebiji..
memang kalah leee...
adoii adik..

maka bantuan dari mama adalah diperlukan..bahahahaa..
kecohhhhh gileeee masa ni..
semua pon nak anak menang..kekeke..
tapi yang menang tu yang baju hijau tuh.. 
sumbat padat padat dalam cap die..cerdikkk..hahaha..


pertandingan tiup belon sampai pecah.


tapi belon aireen tak pecah pecah..
sudahnya dipecahkan dengan bantuan uncle nizam..hahaha..

pertandingan rebut kerusi 


participant adalah anak anak remaja.

Sukaneka untuk dewasa pon ada..
aku masuk kategori perempuan..

balingan maut tapi takde gamba plak..huaaaaaa...
menang dapat no 3

gamba amek hadiah je ade..hehehee...


game untuk lelaki.
shaolin soccer..
baling kelapa kat botol air..

last but not least,

 acara cabutan nama bertuah..
iols terselit jugak dapat hadiah cabutan bertuah..
selalu memang payah weii nak dapat..
rezeki namanya,,


Thanks encik Bala for this pictures..
iols sedih time ni sebab hp suddently corrupted..
memang takde stanby 2nd hp..
peringatan untuk diri sendiri..lenkali sila buat backup utk moment penting nih..huhuu.. 


aktiviti santai..
anak anak tak mandi sebab mak malas nak berbasah2..mujurlah mereka menurut perintahh..
syukurr sangat sebab memahami..


sebelum balik, haruslah isi perut dulu..
tapi weols tak makan pon.
anak anak sibuk nak balik. mybe cuaca sangat panas plus anak bujang tak boleh panas skit..mulalah gatal-gatal..
maknyee tengok jek laa lauk pauk tuh..



sekian,
tahniah sekali lagi untuk pihak urus setia yang bertungkus lumus menjayakan acara family day ni..
walaupun simple tapi anak anak sangat seronok..

tahun depan buat lagi yee..

-MrsPuex-