Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Tuesday, May 31, 2016

Trip Geng Gonjeng ke Pulau Pangkor : Part 2

Assalamualaikum/Hai,

Part 2.
refer SINI untuk part 1.

Aktiviti pagi 8 Mei 2016 (Ahad) di tepian pantai.
Secara tak langsung, sambut mothers day di tepi pantai bersama anak-anak dan pantai..
aummmmm... bestt!!!
cuma tak de kek je.. tapi takpe, everything is just in plan!.
cantikk sangat!



 while mak-mak prepare untuk siapkan belon, kites and so on, dorang layan deruan ombak dan main pasir dan berkenalan antara satu sama lain..
kiuttttt sangatt!!
happy sangat tgk dorang..
    





 AKTIVITI GIANT BALLON.





video

AKTIVITI LAYANG-LAYANG.



cik qiss jadi mentor..
penat weii.. dorang lari, maknye pon lari jugak..
dorang bawak layang-layang, maknye bawak kamera nak snap gambar/rekod video..
kecut lelemakk mak masing masing..hahahaha..

tu belum kes tersangkut layang-layang kt pokok..
gagah maknye lompat lompat tarik dahan, tarik daun nak dapatkan layang-layang tuh..
sib baik semua mak adalah maskulin punye patern..hahahaa...
hadee aku kesahhh...





 



video

AKTIVITI MAIN BELON.

kembang kucup tak cukup napas meniup belon tu hokeyy...
bukan sikit ye.. 1 pekett!!
ni sape punye idea bawak belon ni baik ngaku??
kah kah kahhhhh...








dah tiup belon, bebudak ni pegi lepaskan plak kat pantai nun..
maknyeee peratiiiiii jeee..
urut dadaaaa jee menengoknya..
tapikan ..jauhhhh betul belon tu berenang renang.. tak letop letop plak tu..
powerr sunggoh napas makk dorang ni..haahahaha..
rasanya ada yang menuju ke private pangkor island depan tu kot..
kuiikuiikui..

bebudak syiok main belon, while mak mak sibuk selpi..

three of us!
molly, me, qiss

1st shot.
alaa tak nampak plak muka qiss

2nd shot.
eyh eyhh.. penuh plak muka qiss dlm skrin..
molly plak dah terkeluar skrin..
hahahaa..

3rd shot.
ok ngamm!!

purrfectt!!!


lepas tuu..

sibukkk plak nak belajar terbangg!!!

layannnnn...



helookkk plakk bot lalu kat belakang time aku nak belajar terbang..
dah ghuper ahli sihir yang bawak penyapu tuh
tapi aku advance skit.. guna bot..bahahahahaa...

selesai aktiviti di pantai,
kami sambung lagi aktiviti tambahan..


swimming pool time!

memang tugas khas cik qiss jadi mandor..
tq cik qiss..heheheee..



video



photogroup dalam kolam sebelum naik apartment..


check out time..
alhamdulillah semuanya dipermudahkan..
semuanya seronok walaupun penat nak matikkk!!!
taulah kerenah on off anak anak ni..

kat feri lagii hazab sebab dia punye Q nak tunggu feri, subhanallah..
3 kali trip baru lepas masuk perut feri.. kejung kaki makk berdiri lama..huhu..

last but not least,

babai pangkor..
we had soooo much fun!
soo much memories!!
till we meet again at another place!..
aminnnnn..


Trip Geng Gonjeng ke Pulau Pangkor : Part 1

Assalamualaikum/Hai,

Amboi nama grup kemain..
baru cipta on the day nak pegi ke pangkor..
ini semua kerja balqis.. dia yang wujudkan nama tuh
hahahahaa.. not bad jugak nama tu..
harap biar kekal sampai bebila..

Lama dah trip ni.. 7-8 mei yang lepas.
unplanned plan memang selaluuuunya menjadik..

plan asal nak lepak kat manjong utk team gigirls diploma dulu..
tapi apekan daya, hajat tak tercapai..
sorang-sorang undur diri.
sudahnya aku tenung balqis, balqis tenung aku.. ahhhh tak boleh jadi ni..
aku dah acap kali ngadap si balqis ni..
tapi plan tetap diteruskan walaupun berdua..

mungkin rezeki anak anak dapat jalan jauh sikit ke pulau..

here we gooo!!

adhoc jugak ajak mmber lain, molly and her kids utuk join sama..
last minit pulak tu ajak..lagi ramai lagik hauk sebenarnya..
mujur die ok saje..
tapi dalam ok tu, kene tazkirah la dalam kete sebab lambatt nauuu bagitau dia.. nasib baik la sekejap je..kalau panjang berjelar macam karangan, mau aku letak balik die kat tepi jalan then balik la kau sendiri..hahaha... *ok aku tak sekejam itu ye*
ampun beb, dah muka ko je terpacul kt otak suci aku nih..bahahahaaa..

ok malas nak bebel panjang..
layan gambar jek la yee..
kadang tu dengan gambar je sudah cukup menceritakan kegembiraan masing masing..
*sebenarnye dah kering idea*hahahaa..


berkumpul di rawang. port umah qis.
gerak dari rawang jam 10 lebih kot.
sampai jeti lumut dekat jam 3 lebih kot.
otw tu ada la singgah JJCM ..part ni lain entry ye..hehehe..

otw nak ke sini, kalau tak u-turn, bukan percutian la kannn..

sorang nak ikut waze.
sorang nak ikut gps
sorang nak ikut naluri signboard. aku lah tu..hahahahah...
alhamdulillah selamat sampai jugak..
3 dewasa, 4 kekanak bersesak dalam kereta qis.
time kasih qis bagi pinjam kete..selesaaaaa!!!

otw nak masuk ke perut feri.
moms travel with kids!
pestime sorang-sorang handle bawak anak anak jalan jauh.




video

pengalaman pertama naik feri. feel dorang lain maciam tau..
menghayati sungguh..seronok mama tgk anak-anak mama..
siap cakap, mama, nanti dia masuk dalam laut tak??
amboiii.. kita naik feri tau..bukan kapal selam ye anak-anak.


us!

my room. tapi tak tido bilik. hangkut tilam lepak depan hall..
puas hati!

hall dan balkoni.
kami menginap kat hotel pangkor coral bay, pasir bogak.
5 minit dari jeti pangkor.
5 minit nak pegi ke laut.
kedai makan melambak kiri kanan..
just nice!
sib baik ada kosong..almaklumlah plan terkejut-terkejut.
sabtu nak pegi, jumaat petang baru hegeh-hegeh cari hotel..kah kah kahh.,
sila jangan buat lagi next trip ya.. *in sya allah*

letak beg, terus mencari makan.
padahal dah makan dah tadi kt darat sana..

malam tu lepak makan kat kedai thailand sebelah hotel je.. kemain ramai maknusia.
lepas makan, naik apartment, lepak lepak, gosip gosip..


aktiviti esoknya,
tunggu part 2 plak ye..
aktiviti di tepian pantai.


main layang-layang
main giant bubble
tiup belon..
semua pon bawak dari umah.
ohhh seronokkk betul tengok gelagat kanak-kanak riang.!



-mrspuex-

Monday, May 30, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com




Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.



Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

'Hari Mamee' sempena Hari Ibu dan Ulangtahun ke-45 di Mamee Jonker House.

Assalamualaikum/Hai,

(AWASSS..ENTRY PANJANG BERJELAR)

Hari ibu dah berlalu tapi rasanya hari-hari adalah hari ibu tau..
Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri jemputan meraikan 'Hari Mamee' oleh pihak MAMEE . terima kasih daun keladi. lain kali jemput lagi..


Bertempat di lokasi strategik Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali sebagai Jalan Jonker, Mamee Jonker House yang dibuka pada 8 Ogos 2013 merupakan stor konsep jualan ulung di bawah kumpulan ini selepas lebih 40 tahun berkecimpung sebagai penggiat ulung dalam industri pembuatan makanan dan minuman.

haaa... kat situ la kami bergembeling tenaga antara ibu dan anak melakukan macam-macam aktiviti special untuk Hari Mamee.

dari subang - melaka.
terima kasih MAMEE sediakan transport untuk kami.
dalam bas, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh wakil MAMEE.

  jom check it out apa aktiviti kami anak beranak sepanjang 1 hari di sana.

Dapur lil Monster :


kat sini anak-anak diberi peluang menyediakan snek mamee kegemaran. start dari penyediaan bahan-bahan sampailah ke langkah penghasilan snek mamee..

cik aireen sedang menguli tepung untuk buat doh snek mamee..

sementara menunggu doh kembang, cik aireen siapkan pakaging utk snek mamee.. diy semuanya..


doh yang diuli tadi dilenyekkan untuk dijadikan mee


ni dia hasilnya.. 

seterusnya proses menggoreng. masa yang diambil untuk menggoreng adalah lebih kurang 3-4 saat sahaja..


tadaaaa.. dah siapp!! 

bersedia nak masuk dalam plastik diy tu..

part terakhir.


tadaaaa...dah siapp!!
sempat pose dengan auntie irma hasmie..
renyuk, renyuk dan goncang!
tq cik aireen..

Noodle Doodle :
Pernah terfikir nak buat resepi mee cawan sendiri?? campur dan suaikan perasa serta kondimen kegemaran dalam langkah mudah untuk mee cawan MAMEE yang hebat.

yeee.. ini task kedua untuk cik aireen.
buat mee cawan spesel untuk mak dia..

diy dulu cup dia.

sabar menunggu step by step penghasilan cup MAMEE..

 
siap dah 2 task!
yeayyyy!!!

Galeri World Of Good Taste :


View dalam galeri world of good taste.


di sini kami diberi taklimat secara ringkas tentang sejarah penubuhan MAMEE dan evolusi produk MAMEE DOUBLEDECKER dalam suasana yang sungguh interaktif.

koleksi mamee di seluruh dunia dengan pakaging yang berlainan bersesuaian dengan negara yang dieksport. sempat jugak cik aireen berfoto dengan mister potatoas..hihii..

sebelum keluar, moh le kite snap gambar kat kerusi empuk dalam galeri ni..
we are sooo happy!

Kafe Mamee :

Kami disajikan dengan makanan special dari kafe MAMEE .
Menu yang disediakan adalah Laksa kari mamee chef, mee goreng mamak mamee dan resepi tradisi istimewa Nasi Ayam Hainan selain pencuci mulut seperti ais kacang, cendol.

menu pilihan dihati mama, Mamee Cheff Creamy Tomyam..marrveless!!!
highly recommended kalau nak datang sini tau.. u guys should try it!
mama order bersama ice chocolate dan pencuci mulut, ais kacang..

menu pilihan cik aireen, Kari Mamee Chef.
air dan pencuci mulut, share dengan mama..hehehe..

sebelum makan, ada sesi press conference antara wakil mamee dan para bloggers..

macam-macam jugak la soklan cepumas dari kami untuk wakil mamee..
ape-ape pon, jangan serik jemput kami, blogger untuk sebarang aktiviti lain ya..


last but not least,
sebelum pulang, sedikit cenderahati dari MAMEE khas untuk kami bawak pulang..
thank you soo much!!

My daughter and me had soo much fun!

sedut pic dari IG mamee..

puas kami anak beranak nak abiskan stok nih..
heheheee...
bestttt gilerr..
pengalaman yang paling indah untuk mama dan cik aireen..

tahun depan jemput lagi yee..
auummm!!


THANKS YOU MAMEE!
THANK YOU FOR HAVING US!

jangan lupa, kalau pergi melaka, singgah ke Mamee Jonker House dan sertai pelbagai aktiviti menarik sempena ulangtahun Mamee yang ke-45!
untuk maklumat lanjut, layari www.mameejonkerhouse.com atau ikuti laman sosial facebook serta instagram @mameejonkerhouse untuk perkembangan terkini..