Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Monday, May 30, 2016

'Hari Mamee' sempena Hari Ibu dan Ulangtahun ke-45 di Mamee Jonker House.

Assalamualaikum/Hai,

(AWASSS..ENTRY PANJANG BERJELAR)

Hari ibu dah berlalu tapi rasanya hari-hari adalah hari ibu tau..
Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk menghadiri jemputan meraikan 'Hari Mamee' oleh pihak MAMEE . terima kasih daun keladi. lain kali jemput lagi..


Bertempat di lokasi strategik Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali sebagai Jalan Jonker, Mamee Jonker House yang dibuka pada 8 Ogos 2013 merupakan stor konsep jualan ulung di bawah kumpulan ini selepas lebih 40 tahun berkecimpung sebagai penggiat ulung dalam industri pembuatan makanan dan minuman.

haaa... kat situ la kami bergembeling tenaga antara ibu dan anak melakukan macam-macam aktiviti special untuk Hari Mamee.

dari subang - melaka.
terima kasih MAMEE sediakan transport untuk kami.
dalam bas, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh wakil MAMEE.

  jom check it out apa aktiviti kami anak beranak sepanjang 1 hari di sana.

Dapur lil Monster :


kat sini anak-anak diberi peluang menyediakan snek mamee kegemaran. start dari penyediaan bahan-bahan sampailah ke langkah penghasilan snek mamee..

cik aireen sedang menguli tepung untuk buat doh snek mamee..

sementara menunggu doh kembang, cik aireen siapkan pakaging utk snek mamee.. diy semuanya..


doh yang diuli tadi dilenyekkan untuk dijadikan mee


ni dia hasilnya.. 

seterusnya proses menggoreng. masa yang diambil untuk menggoreng adalah lebih kurang 3-4 saat sahaja..


tadaaaa.. dah siapp!! 

bersedia nak masuk dalam plastik diy tu..

part terakhir.


tadaaaa...dah siapp!!
sempat pose dengan auntie irma hasmie..
renyuk, renyuk dan goncang!
tq cik aireen..

Noodle Doodle :
Pernah terfikir nak buat resepi mee cawan sendiri?? campur dan suaikan perasa serta kondimen kegemaran dalam langkah mudah untuk mee cawan MAMEE yang hebat.

yeee.. ini task kedua untuk cik aireen.
buat mee cawan spesel untuk mak dia..

diy dulu cup dia.

sabar menunggu step by step penghasilan cup MAMEE..

 
siap dah 2 task!
yeayyyy!!!

Galeri World Of Good Taste :


View dalam galeri world of good taste.


di sini kami diberi taklimat secara ringkas tentang sejarah penubuhan MAMEE dan evolusi produk MAMEE DOUBLEDECKER dalam suasana yang sungguh interaktif.

koleksi mamee di seluruh dunia dengan pakaging yang berlainan bersesuaian dengan negara yang dieksport. sempat jugak cik aireen berfoto dengan mister potatoas..hihii..

sebelum keluar, moh le kite snap gambar kat kerusi empuk dalam galeri ni..
we are sooo happy!

Kafe Mamee :

Kami disajikan dengan makanan special dari kafe MAMEE .
Menu yang disediakan adalah Laksa kari mamee chef, mee goreng mamak mamee dan resepi tradisi istimewa Nasi Ayam Hainan selain pencuci mulut seperti ais kacang, cendol.

menu pilihan dihati mama, Mamee Cheff Creamy Tomyam..marrveless!!!
highly recommended kalau nak datang sini tau.. u guys should try it!
mama order bersama ice chocolate dan pencuci mulut, ais kacang..

menu pilihan cik aireen, Kari Mamee Chef.
air dan pencuci mulut, share dengan mama..hehehe..

sebelum makan, ada sesi press conference antara wakil mamee dan para bloggers..

macam-macam jugak la soklan cepumas dari kami untuk wakil mamee..
ape-ape pon, jangan serik jemput kami, blogger untuk sebarang aktiviti lain ya..


last but not least,
sebelum pulang, sedikit cenderahati dari MAMEE khas untuk kami bawak pulang..
thank you soo much!!

My daughter and me had soo much fun!

sedut pic dari IG mamee..

puas kami anak beranak nak abiskan stok nih..
heheheee...
bestttt gilerr..
pengalaman yang paling indah untuk mama dan cik aireen..

tahun depan jemput lagi yee..
auummm!!


THANKS YOU MAMEE!
THANK YOU FOR HAVING US!

jangan lupa, kalau pergi melaka, singgah ke Mamee Jonker House dan sertai pelbagai aktiviti menarik sempena ulangtahun Mamee yang ke-45!
untuk maklumat lanjut, layari www.mameejonkerhouse.com atau ikuti laman sosial facebook serta instagram @mameejonkerhouse untuk perkembangan terkini..









1 comment:

Ahmad Hasif said...

waa bestnye.. ada pula aktiviti gitu ya.. bagus2..

pergh.. ada gift lagi tu.. bnyk juga.. pilihan saya mamee monster perisa bbq tu juga paling bez ooo..


Blogwalking sini, jom baca artikle ini

Apa Khasiat Sayur Celery? article...