Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Wednesday, November 26, 2014

Kenangan kami di Karnival Upin Ipin 2014

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi pengalaman. Tiada niat nak meng-negative-kan karnival ini. Sila jangan banned saya yee..heeeee..


gambar dari mr gugel..


Weekend lepas (23.11.2014)  sempat bawak anak-anak ke karnival upin ipin yang berlangsung di Putrajaya.Ikutkan hati macam berat nak pergi sebab kompom sesak giler dengan manusia. tapi memikirkan ajakan kakak nak tgk upin ipin jugak, so kami teruskan niat murni itu..
lagipun iklan di kaca tv, kat wasap wasap, kat fesbuk kemain promot lebih karnival ni memang kaw kaw punye..bukan budak jek melonjak lonjak nak pegi, mak bapak pon eksaited luar biasa nak bawak anak-anak tgk live maskot upin ipin tuh..

Budak-budak kan adrenalin dorang hover sikit..huhu..

Pergi hari ahad, hari terakhir karnival.
Datang pon x de la awal sangat dan takde lah lewat sangat. kol 10.30 pagi dah terpacak kt putrajaya nuh.
Bajet macam lom nak ramai orang lgi..tapi unsangkarable, parking majoriti dah full! nak parking kat dalam bangunan, sile bermimpi di pagi hari gamaknye..

Meredah lautan kereta untuk mencari parking. kat trafik lite (rujuk gambar di atas) kami terpaksa belok kiri.
alhamdulillah rezeki, dapat la kami parking depan taman sebelah kiri trefik lite tuh..

Bersiap siap untuk memanjat bukit kat belakang kami tuh..nampak tak betapa jauh kitorang parking pastu nak kene eksais buang lelemak naik bukit menuju ke dewan karnival upin ipin ni.. masa ni hepi hepi lagi..eksaited pepagi kan..layan..muka ade sinyumm lagi..

Cabaran pertama yang terpaksa di hadap oleh mak bapak sekelian. 
mendaki bukit. peluh toksah cakap..becak ketiak, kembang hidung dan sewaktu dengannya..mane yang ade angin kompom tersendawa sendawa time nih..bahahaaaa.. masa ni stroller adalah penyelamat.

part ni aku kesian kat atok nenek yang ikut cucu cucu mereka. jalan, benti, jalan benti.. demi cucu, mereka turutkan. *pikir aku masa tu*.

Suasana dalam dewan.
masa ni jam 11 pagi. manusia dah padat sangat..kitorang nak berganjak ke depan memang tak boleh dah.stroller membataskan keadaan. satu kesilapan besar bawak stroller masuk dewan..hoh! .. tak kitorang sondol orang, orang lain yang sondol kitorg dengan stroller.
duduk sekejap kat area vitagen. terus secara tak langsung kene pau beli vitagen..hambek. anak anak kene panjat bahu bapak memasing sebab memang takkan nampak dah kalau dorang berdiri. kompom kene kentut jek manjang..huhuhu.. berapa lama bapak nak menampung keberatan anak anak tuh?sendiri rasa, sendiri pikir! 

Booth-booth dalam dewan tu aku rasa tak yah letak la utk next karnival. lagi menyesakkan orang. lagipon banyak jek booth yang kosong tak berpenghuni dok dalam tuh.. merchandise upin ipin tu pon lagi sesuai letak kat luar dewan. lagi senang orang nak membeli.


Tak sampai 10 minit kitorang dah berganjak keluar. Sesak napas plus kesejukan aircond tak dapat nak menampung kepadatan manusia yang semakin bertambah tambah. Ni pon temperature memasing dah macam tak stabil. baiklah keluar dulu.. Kesian kat kakak, Upin Ipin tak kluar kluar pon masa ni . Yang ada kawan kawan upin ipin yang berbahasa indon tuh..apetah nama katon tuh..maap lupe. 



Dapat keluar, terus legee gilerr.. oksigen marilah kemari wahai oksigen.. gituu!!!
Keadaan di pintu masuk dewan. masa ni jam 11.30 pagi.. masa aku masuk masih belum beratur lagi.
Bila keluar, tengok dah berjela jela que nak masuk dalam. yang kat dalam belum tentu nak kluar. ko bayangkan kepadatan manusia time tuh. padattt melekat. part nih paling kesian kt budak budak. serius.
sebab tu kami decide terus keluar. 

akhirnya bergambarlah kami dengan maskot pelekat upin ipin yang kt luar dewan. Bukti kami pergi sana.
nak bergambar dengan maskot hidup, ko kene bayar rm25 dan beratur menunggu que untuk bergambar. yang ni kami laki bini tak kental. parents dan anak anak yang kental dengan suasana tu je yang berjaya melepasinya.

Weols serender. bukan jiwa kot. jiwa kami tenang tenang macam suasana dok dalam hutan jek..hahaha...
tak sherashi bershama dengan suasana crowded. soriii..


Cadangan penambahbaikan (paling terpenting) secara peribadi  kepada pihak penganjur khususnya untuk pengunjung cilik/kecil :

Tempat :

Silalah pikirkan tempat/ lokasi yang lebih terbuka dan lebih bernapas. karnival ni dah cantekk tp lokasi tak berjaya nak tampung pengunjung yang terlalu ramai. mostly yang datang semua yang ada anak anak kecil yang memang peminat tegar karton karton femes nih. Pikirkanlah ya.. Lokasi dalam dewan kalau boleh silalah elakkan. sesak napas makk! udara x cukup weii.. orang yang masuk tak tentu bila nak keluar.. orang yang tgh beratur nak masuk tu lgikk laa sedeyy.. makin padat, padat dan padat.

Parking Lot:

Yang ni pon penting tau. bila melibatkan anak-anak, haruslah parking pon tidak menyusahkan parents. tak kisah nak menapak sikit tp jgnlah smpai tercungap2 nun ke bawah bukit ko bagi parking..ni dah mcm kes penderaan fizikal ok.. budak-budak, parent boleh la dokong kejap kejap kalau dorang penat, ni orang tua yang bertongkat yang semangat nak perig, takkan anak anak nak dokong plak..kesian tauu.. pihak penganjur tak nampak, tapi kami nampak dengan mata kepala sendiri.Sediakan anggota rela untuk lancarkan proses parking.

Tandas Awam :
pic from google.


Sila add on mobile toilet yang lebih untuk pengunjung anda. takkan cukup kalau hanya toilet yang sedia ada je. Bajet takkan takde kot? budak2 tak reti nak tahan tahan kencing/berak tau..

Tempat menyusu :
pic from google.

Bagi pengunjung yang ada bawak baby, dah tentu perlu ruang untuk menyusukan anak. masa karnival aritu, ramai ibu-ibu terpaksa menyusu di khalayak ramai. kesian aku tgk. lagipon aurat ibu-ibu ni dah tentu x tertapis bila anak nak menyusu. mata orang kita susah nak katupkan. Ibu-ibu terpaksa buang malu selak baju menyusu di khalayak ramai demi anak even dah siap pkai nursing wear/nursing cover.takkan nak menyusu dalam tandas? just buat partition simple(macam gambar atas) tagging *tempat menyusu* pon dah bersyukur sangat dah. -aku salah seorang breastfeeding mama tau-

Last but not least : sila pikirkan TEMPAT, TEMPAT, TEMPAT yang paling sesuai untuk pengunjung cilik/ kecil anda. avoid DEWAN pliss!!

Terima Kasih Les Copaque dan penganjur bersama!


Sekian dariku untukmu wahai pihak penganjur. 

*sekadar pendapat awam.*

Wordless wednesday :: 26112014

Assalamualaikum..

Wordless wednesday : 26112014

Sleep like a boss!
Just recover from chicken pox..
Percubaan nak hilangkan parut die..
Susah btol nak sapu ubat kt budak kecik ni..
Haihh!!

Tuesday, November 25, 2014

Bawal Aidijuma White Label

Assalamualaikum..

Last sabtuday, sempat pesan kat member yang pegi butik aidijuma utk grabkan latest design white label aidijuma ni..

Dulu masa aidijuma buat freegift sempena besday tokei die tak dpt aku nak terjah.. Tuntutan kerja sangat padat.ada event masa tu..sedeyyy tauu!!

Alhamdulillah rezeki hari sabtu aritu..member dapat grab sehelai untuk aku walaupun die kene beratur panjang gilerr pepagi..Pon dah suka sangat dah..sebab design die comell..hehehe..

Nak beli yang black/red label mcm mahal la.. Dulu dah beli 2 tp jarang jarang pkai sebab skang berhantu dengan shawl..konon mengikuti peredaran semasa..konon!

Siap dapat paperbag lagi..hihii..
As usual kakak la jd model mama..
Best..senang bentuk..
Paling suka tak yah kalut nak gosok gosok..hehee..

Sekian..selamat hari selasa!

Monday, November 24, 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Assalamualaikum..
 


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )

  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )





EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :

  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :

  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.


Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar?
Anak saya.

Umur pengguna?
2 tahun

Jantina pengguna?
Lelaki

Jenis kulit?
Sensitif


Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Minor Ekzema. perlukan Ephyra Skin Bar untuk memulihkan parut kesan dari ekzema dan juga chicken pox yang baru dihidapi oleh beliau 1 minggu yang lepas.

Pengguna Ephyra?
Ya.Sudah tentu!


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Friday, November 21, 2014

Resepi : ikan masak gulai lemak cili kering

Assalamualaikum..

Masih cuti menjaga anak bujang yang chicken pop dance..heee..

Maka,

Resepi baru lagi harini..macam biasa resepi bondaku dan hasilnya memang tambah nasi 2x..hehee..

Benda sedap, saya suka untuk sharing bersama rakan blogger yang tersayang.

Ikan masak gulai lemak cili kering.

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembung bersaiz besar.dipotong 2.pilihan ikan ikut citarasa anda.
2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
Segenggam ikan bilis*
1 senduk cili kering yang telah diblend. Kalau nak pedas tambah lagi 1 senduk.optional.
1 kotak santan.
3 batang serai.dititik.
1 helai daun kunyit. Koyak-koyakkan.
2 sudu serbuk kunyit.
1 keping asam gelugor.
2 cawan air.
1 biji tomato.
1 biji cili hijau.dibelah tengah.
Sedikit garam.ikut tahap kemasinan anda.
2 sudu minyak untuk menumis.

Cara-cara :
 Blendkan bahan bertanda *.
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bahan * tadi.
Dah garing, masukkan cili kering, serai, daun kunyit, serbuk kunyit, asam gelugor, garam.
Kacau sehingga naik minyak.Cili masak.
Kemudian masukkan santan, air dan ikan.
Masak sehingga ikan masak.
Last skali masukkan tomato dan cili hijau.

Sedia untuk dihidangkan.

*tips : Sentiasa kacau dengan perlahan untuk elakkan santan berketul-ketul.

Selamat mencuba!

Thursday, November 20, 2014

Resepi : Rendang ayam versi mrspuex

Assalamualaikum..

Kemain versi mrspuex sangat..hahaha..

Takdelah..ni resepi bonda kesayangan..

Saja share utk korang..senang je buat rendang rupanya..cuma nak tggu kering tu yang jenuh sikit..

Rendang ayam..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 8 ke 10 ke ikut sukati.bersihkan. Lumurkan dengan serbuk kunyit.ketepikan.
4 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
1 Ulas kunyit hidup*
3 biji cili padi* - nak pedas boleh taruk lebih
1 helai daun kunyit-dihiris nipis
2 senduk cili kering yang telah diblend
1kilo santan
2 sudu kerisik
1 keping asam gelugor
3 sudu minyak masak utk menumis.
Seasoning secukupnya spt garam/ gula/1 kiub ayam/2 sudu sos tiram

Cara-cara :
Blendkan bebahan bertanda *.
Panaskan minyak. 
Tumiskan bebahan * tadi.
Agak agak garing, masukkan cili kering yg dh diblend.
Biarkan sampai naik minyak.bubuh segala macam seasoning/asam gelugor. Jgn masin sangat nnti termasin masa nak keringkan.pepandai bajet ye.
Masukkan santan dan kerisik.
dah mendidih baru masukkan ayam.
Sentiasa kacau supaya tak melekat di kuali.
masak sehingga jadi seperti di gambar kat atas tu.
Last skali masukkan daun kunyit.

Sedia untuk dihidangkan.

*tips : aku masukkan ayam last skali sebab tanak ayam tu hancur lebur. Kalau guna ayam kampung/pencen baru boleh masukkan awal awal Sebab daging liat.

sedap dimakan bersama nasi impit.feeling selamat hari raya konon konon..heee..

Selesai!

Selamat mencuba!

Wednesday, November 19, 2014

Resepi : Breadstick with nestum+choc

Assalamualaikum..

Resepi simple sap sap soii untuk kudapan anak anak di kala kebosanan..

resepi ni kezen wasap dalam grup..maka macam nak try plak..plus ada roti yang hampir nak expired tu kita gunakan sebaiknya..

silakan share untuk kebaikan bersama.. anak suka, kite gumbira!


bahan-bahan :
roti
nestum
coklat masakan
 
Cara-cara :
1.potong roti seperti bentuk stick..
(aku buang kulit tepi tepi tuk untuk nampak lebih comel). bakar dalam masa 5-6 minit sehingga bertukar kaler kekuningan. ketepikan.
roti yang dah dipootng menanti untuk dibakar.
2. Cairkan coklat masakan.
(kuantiti mengikut berapa banyak roti yang dah dibakar tu.)
 
3. Golek-golekkan roti yang dah dibakar ke dalam coklat masakan yang dah cair.
 
4. golekkan semula ke dalam nestum.
 
5. sedia untuk dihidangkan kepada anak-anak.
 
 
Ni lah hasilnya.. buat banyak ni jek sebab stok coklat masakan sikit sangat..
tekstur rangup..dan serius sedap..tak tipu..!!
Testimoni pelanggan itu wajib..hihiii..
adik makan sambil main beskal.

kakak dok mengadap jee.. sila abaikan tumbesaran gigi beliau..tetap comel di mata mama..hahah..

makan secara berjemaah..kakak rekues suruh buat lagi.. ok, marilah kite cari cekelat masakan ye kakak..
 

sekejapan tinggal serdak nestum saje..mama dpt rasa sebatang dari banyak banyak batang tuh..

Yours Truly ;P

Wordless Wednesday ::19.11.2014

Assalamualaikum..
 
wordless wednesday :: 19112014
 
our 2D1N shortrip vacation at Lost World Of Tambun, Ipoh..
Ohsemm!! 
14.11.2014 (friday)
check in time
clear utk berfotosession


 15.11.2014 (Saturday)
checkout time..
sesakk gilos dengan umat maknusia..
semua orang nak interprem skali..huhu..

 
will updet more and more stories about #LWOT ..soon..
 
now anak anak tengah tak sihat..
kakak mild fever, adek chicken pox..
hadiah dari bercuti kekdahnye..
bertabahlah mama kamu ni..
 
ehh..dah tak WW pulok..lantok..

Yours Truly ;P

Thursday, November 13, 2014

Terima Hadiah Contest dari spa d rumah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah selamat terima hadiah.
terpilih sebagai antara pemenang contest dari blog mushpunyer

ni entry yang berkaitan :

20 facts about me

dengan ini :

senarai pemenang


dan ini hadiah yang aku terima. freshh baru sampai harini :


botol tengah  : scrub yogurt
botol kiri : shower scrub
botol kanan : massage oil

Terima kasih banyak banyak kepada organizer.

saya suka! saya suka! saya suka!

Yours Truly ;P

Wednesday, November 12, 2014

Lubuk Batu, Hulu Langat

Assalamualaikum..

Hari cuti Deepavali yang lepas lepak ceras.
tak tau nak buat ape, maka jom la kite mandi sungai..
penuhi aktiviti dengan anak-anak seharian.. *baru ada masa nak uplod dan karang ayat*

Lokasi pilihan di Lubuk Batu, Hulu Langat.

menu macam biasa buat simple2 sudah.
nasi goreng + mee goreng.
air teh o sedap dari mak
agar-agar koktail mak buat jugak
dan sedikit jajan kudap2..

yang penting kita nak mandi sungai..

tapi terliur gak la orang pondok sebelah bizi panggang itu ini..dugaan hoii!!
tak xpe, next time kite kasi repet sebab lokasi just nice!

sampai terus loading barang kat pondok.
atok sibuk pam pelampung..
opah sibuk kaut agar agar koktail.
maklumlah datang dekat jam 11 pagi.
memasing lapa tetibe..
aireenqaisara dan airielqaid dah stanby nak terjun sungai.

partner seumur hidup kalau plan nak kemane2..dedua free trus ON..
abah/mak free sesaje kalau bab jenjalan..hihihi..

sungai cetek jek.
recommended untuk parents yang ada anak kecik.

anak-anak aku memang jenis tak takut air langsung.

tengok tu..siap tak nak orang pegang..
kene hanyut dengan air, baru tauu..hishhh..

mem-mem macam biasa..santai kat kerusi..
padahal tanah tu tak berapa nak rata..hihihi..

mane boleh dok saje hoi..wajib la keshebushhh sekali..sejukkk..besttt!!
mereka happy, saya happy!


Sedikit review tentang LUBUK BATU, HULU LANGAT :


Susur masuk ke Sungai Congkak, Hulu Langat.
terus ke dalam dan anda akan jumpa signboard di atas di sebelah kiri laluan.

Kawasan parking yang luas.
pondok untuk disewa juga banyak.
kaunter untuk buat tempahan.
Berminat nak booking, boleh call nombor yang tertera.
Senarai harga untuk setiap pondok.
boleh bermalam jika berminat.
jelaskan?
aku amek pondok qaseh.rm33 termasuk parking sepanjang hari.

 Laluan ke tandas.
 Free Of Charge.
Tandas bersih. air die pon sejuk wooo..hiii...

Review Pondok Qaseh. RM33 Sehari.
Boleh muat untuk 2 family.
keadaan pondok qaseh.

tingkap.unikkan?
keadaan dalam pondok qaseh.
bersih.

berandah ni mengadap sungai.
tenang dan damai.
rileks rileks sambil tengok sungai.

ada sedikit video untuk anda..
hishh macam nak repet mandi lagi pulak..


video


Sekian.

Yours Truly ;P