Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Friday, July 29, 2016

Sambutan Hari Lahir Airiel Qaid di Tadika Dzuliman Puncak Perdana

Assalamualaikum/Hai, 
selesai sambutan majlis harijadi my lil hensem boy, airiel qaid yang ke empat tahun di tadika pagi tadi..
besdaynya 26/7 yang lepas tapi baru berkesempatan nak sambut harini..
mak dia bizi beraya kat opis sepanjang minggu ni..
dasatttttttt woooo.. hari hari makan pree.. semua pon sedapp!!
eyhh..melalut plak..

sambutan hari lahir
besday kek dan goodies bag untuk kawan kawan qaid..
tema tahun ni kita pilih the good dinasour..
semoga qaid jadi good macam dinasour dlm cite tuh...
tak tau cerita apa?? sila pegi tgk ...hahahaaa..


simple menu.. tengkiu all the teachers yang sangat membantu dalam persiapan sambutan besday qaid.
mak dia datang bawak kek, goodies dan sosej je.. yang lain semua teachers uruskan..


sambutan hari lahir
besday boy bersama geng pengembaraan upin dan ipin..hahaha...
boboy team!


sambutan hari lahir
yeeee.. seorang kumbang bersama debungaaaaanyaa...
tersepit qaid di apit puteri puteri comel..

mask tu saje beli untuk menceriakan suasana..
ok, memang comellll semuaaaa walaupun tali dia tercabut cabut...adeh!

sambutan hari lahir
photogroup!
tengkiuuuu khalifah and teachers!
tengkiu for the doa!


sambutan hari lahirsambutan hari lahir
kita suruh dia potong kek tapi dia berdiri kaku seperti menyanyikan lagu negaraku depan kek..
maka, maknye la jugak yang terpaksa menonjolkan diri..
kalau tak, semua pon tak boleh makan kek..kekekekeeee..


sambutan hari lahir
makan berjemaah..
sooooo cute!

sambutan hari lahir
kek cantik ni kita order kat mychocsforyou ..takkk pernah mengecewakan..
sedappp dan cantik!


sambutan hari lahir
customized goodies bag dan stickers ni kita buat di stickersforparty .
boleh la kalau nak tempah untuk persiapan besday party anak korang..
ig : stickersforparty (sekarang tgh ada giveaway - sila masuk mana tau bertuah)


fuuuhhhh..selesai part adik..
lagi 2 minggu turn kakak plak..hohohooooo..

 -MrsPuex-

Tuesday, July 26, 2016

Airiel Qaid turns 4!

Assalamualaikum/Hai, 

birthday shoutout!
26072016.
happy 4th birthday!

Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari.



Four years rising you has been a challenging journey for me, but it is all worth it especially when i see you run around the house, exploring new things, make new friends and when you are asking me a loootttt of questions (there are smarts ones, by the way).
happy birthday my little sonshine.
i knoe you will do great things someday.
mama loooveee u soo muchh.
always.

Monday, July 25, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

Assalamualaikum/Hai,

MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 34 tahun 
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana perfume ini memainkan peranan besar untuk set MOOD kita dan orang sekeliling kita untuk hari itu. Perfume yang bagus tidak semestinya mahal tapi mesti sedap baunya, tidak pening dan tahan lama at least 4-8 jam. Bonus jika perfume itu kecil cili padi. senang nak sumbat dalam beg dan sembur waktu emergency .Dan, jika saya berpeluang, saya akan review dengan seikhlas hati demi menarik minat para pembeli..
Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.







-MrsPuex-

Thursday, July 21, 2016

AL-Fatihah Untuk Mak Gemok

Assalamualaikum/Hai,

masih lagi dalam mode berkabung..
aku kehilangan bapa saudara kesayangan yang paling rapat dan palinggg cool..
betul orang cakap, kehilangan (kematian) adalah sesuatu yang perit..
2 bulan lepas (17/5/2016) Pak Long(abang ipar abah) pergi mengadap Ilahi .

Haji Abdul Aziz bin Sharif  (mak gemok) telah kembali ke rahmahtullah pada 19 Julai 2016(selasa), jam 8 malam di hospital serdang due to heart attack..

mula warded jumaat (15/7/2016) malam sebab kena serangan jantung.
cadangan nak masuk stan pada isnin 18/7/2016 tertunda berikutan keadaan beliau yang lemah..

dannnnn..
19/7/2016 sekitar jam 8 malam, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir..
Innalillahiwainnalillahirrojiunn.. Allah permudahkan urusan beliau mengadapNya..

malam tu terus berdesuppp dari shah alam ke puchong (rumah abang jiji - anak lelaki pertama arwah) untuk melihat jenazah mak gemok untuk kali terakhir. jenazah dibawa terus dari hospital serdang.. dalam perjalanan tak henti henti air mata ni mengalir.. Allahu akbar..
anak demam pon aku hangkut sekali..


Selesai pengebumian pada 20/7/2016 sebelum zohor..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..

Talkin di baca oleh abang jiji (anak arwah)-kopiah hitam baju putih
lagi bertambah syahdu keadaan masa tu.. tersedu sedu abang jiji nak menghabiskan talkin..
pastuh..
aku tengok abah(kopiah putih tengah tunduk tepi tiang), aku nangis..
aku tgk kezen-kezen aku, aku nangis..
anak arwah ada 11 orang. 7 lelaki, 4 perempuan..
kezen yang paling rapat , anak arwah no 9 - fida..
 hari arwah meninggal tu adalah hari fida baru lepas abis pantang.. semoga dia tabah..
aku tgk dia, berjujuran air mata keluar..
time aku peluk dia tu toksah nak cakap.. teresakk esakkk kami nangis berjemaah.. 
Allahu akbar..



Abah's besfren..
abah dah kehilangan seorang abang dan teman gaduh-baik-gaduh-baik...
tak de orang yang secool mak gemok yang sanggup melayan 'kerenah' adik bongsu (abah) ni..
semoga abah kuat dalam menempuh hari hari tanpa mak gemok..
seriusly, abah nampak lemahh..

Mak Gemok in memories
5/4/1948-19/7/2016
Damailah mak gemok disana..
Innalillahiwainnalillahirrojiunnn..
AL-FATIHAH..

-MrsPuex-

Wednesday, July 20, 2016

Happy 1st Birthday to ALTHEA!

Birthday Shoutout!!
its 20 July 2016!

happy birthday to youu..
happy birthday to youu..
happy birthday to Althea!
happy birthday to youuu...
Althea is turning 1!
congratulationssss...


and thank you sooo much for the PINK party kits!
me loveeee it sooo muchh!!!



and heyy ladiess out there!!
if you want the PINK party kits like mine,

here you goo..
log on to www.althea.kr
and just follow the steps below and u will get yours!

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last.
  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!Rebate will be credited into your account.
  • #AltheaTurns1 Instagram Contest
    - Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
    - Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
    - Contest starts from 20th July - 15 August 2016.
once again,
happy 1st birthday to ALTHEA!


LOVE,
mrspuex

Tuesday, July 19, 2016

Zack Kapcai : Gerak Lu, Paper Roger

Assalamualaikum/Hai..

Korang dah tengok ke filem Zack Kapcai ni? 
kalau belum, jommm penuhkan wayang, kite tonton dan support filem melayu..
tak rugi tauuu..
korang tengah sedih pon kompom akan tergelak berdekah dekah menonton aksi dari pelakon pelakon Zack Kapcai ni..

Terkini, MIG Pictures tampil menayangkan filem mereka yang ke113 bermula minggu kedua hari raya yang lepas iaitu pada 14 Julai 2016. Zack Kapcai adalah sebuah filem bergenre komedi aksi yang diarahkan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib.
Filem Zack Kapcai membariskan pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama filem ini pastinya satu bonus dalam memberikan elemen humor yang bersahaja dan segar. Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim R2 sememangnya terkenal denan lawak bersahaja mereka yang pasti akan mencuit hati penonton.. yesss.. memang aku tergelak kah kah kahhhh dalam wayang haritu..
turut sama menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang, Shahfiez, Serina Redzuwan serta heroin yang mula meningkat naik iaitu Julia Marin.
SINOPSIS.

Sebuah filem yang mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun minat Zack ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuwan). ini kerana suami Minah iaitu ayah kandung Zack juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu.kerana gelaran Raja Kapcai itulah, rumahtangga Minah dan Rudy (Rahim R2) berkecai.
Selepas memenangi Qistina, motor kesayangan milik Roy(Shuk SYJ),Zack dan Roy yang dulu berkawan baik terus jadi musuh. Sementara itu. Minah sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack, memarahi Zack dengan teruk sehingga Zack insaf dan berjanji tidak akan merempit dan berlumba lagi. Namun, segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy(Rahim R2) dan Minah dengan caption "RAJA KAPCAI AKHIRI ZAMAN BUJANG". Zack terus teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. Zack nekad untuk menjejaki ayah dan adik perempuan kandungnya, Tasha (Julia Marin) yang telah lama terpisah.

lepas tu, macam- macam yang terjadi..

Apakah kesudahannya?? Jommm pergi ke pawagam sekarang .. Gerak Lu Paper Roger..ehemmmm...

-mrspuex-

Monday, July 11, 2016

Takbir di Malam Raya

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA!
kita dah keje..
korang??
masih mood raya ke??
 gua sedih beb sebab raya pertama takde gambar langsung kat gallery..
kenape ntah aku pon xtau..
sebijik gambar pon takde..
nampak nauu dah kertu sedikit demi sedikit..


adoiiiii...

Ok ni nak cerita sikit pasal takbir di malam raya..

takbir kali ni dimonopoli oleh golongan pemuda dari lorong 36, kampung cheras baru..
kaum bapa-bapa ramai yang telah mengadap Yang Maha Esa..yang tinggal pon semua dah tak berapa sihat termasuklah abah.

so tugas- tugas semua diambil alih orang pemuda yang ada..
syukurrr..
harap dapat diteruskan di masa akan datang..

terharuuu pon ada..
sedih pon ada..
gembira pon ada jugak sebab dah laaamaaaaaa umah takde laungan takbir di malam raya..

aku dengan mak pon dah ding dong ding dong macam tanak buat..
mak pon bukan larat ..
sib baik abang aku yang semangat..kalau dia tak de, memang tak bertakbir la umah kami..

seee semua orang muda kan???
sila teruskan usaha murni korang di masa akan datang okeh!

rumah kami rumah PERTAMA!
lintang pukang bila dapat kol jemaah nak sampai..
ko mampu siap siap dengan kelajuan tahap 200 km sejam..
fuuhhh.*lappeluh..
adik dah kendong baby yang tgh meragam..memang takboleh usik dah..
aku ngn mak jela yang kulu kilir kedepan kedapur..
becak tiakk weii!!

next..

next..

yang ini pertama kali dapat join bertakbir..
dia punya heksitedd jangan cakap laaaa...
gigih folo sampai rumah terakhir..
syabas anakanda!


Friday, July 8, 2016

hidup lebih mudah dengan Innergie!

Assalamualaikum/Hai..
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin..

psstttt... kita ada benda best nak share dengan uols tau.. 
nak tau apekah ia??

nahhh...

INNERGIE MOBILE USB POWER HUB!!

Zaman generasi Y ni, paham dah, semua hp melekat di tangan.. nak updet kemeriahan raya di kampung memasing.. betul tak?? pastu mesti ada 1 masalah utama. berebut plug dengan sedara mara.. lagi sedih, power bank pon drained sama..hahaha.. kompom la takkk ramai yang hangkut extension balik kg kennn??? apa nak risauu.. kita ada INNERGIE mobile  USB power hub tauu.. sekali charge, berderet 3 ketul hp/power bank charged berjemaah. semua brand pon boleh.. seghooonookkk!! lagi bertambah seghoonokk sebab kita antara yang terawal menggunakannya dan merasai kehebatannya!!

selesai satu masalah.. hati gumbira.. bateri pon lajuuuu je penuh.. tak lama lagi INNERGIE nak sampai kat Malaysia dah tau... takkkk sabarrnyaa..
info lanjut boleh pegi ke :  www.myinnergie.com/us/product/11

#Innergie #power #travel #charger #adapter #lifestyle #travelcharger #traveladapter #productreview #reviewbymrspuex #malaysianblogger #iamblogger #LifestyleBlogger #mommyblogger
#mrspuexdotblogspotdotcom

Friday, July 1, 2016

Kat Mana Nak Cari Hadiah Yang Comel-Comel??


Assalamualaikum/Hai,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan alam maya ku..
syawal hampir tiba, molek rasanya kalau kita ceriakan orang tersayang dengan sesuatu yang comel.kalau nak buat koleksi peribadi pon tak salah jugakkan??


sebelum ni dah bagitau kat mana nak shopping hadiah yang comel comel untuk orang tersayang.. ni nak refresh semula untuk pembaca blog saya. manalah tau kot kot dalam ramai-ramai ni ada yang tengah kering idea tak tau nak pegi mana untuk shopping hadiah..

soooooo..

korang boleh la singgah cuci cuci mata dan purse ke www.printcious.com !! heheeee...
kat situ macam-macam hadiah comel comel sampai rasa nak cubit-cubit gigit-gigit kegeraman tauuu!!

kat sini ada beberapa contoh gift sebagai idea untuk korang .
jom check it out!



GIFT FOR HARI RAYA : SEND BLESSING AND RAYA SURPRISES TO LOVED ONES!


Untuk edisi terhad, sempena perayaan aidilfitri yang tak lamaaaaa lagi ni, printcious ada menawarkan beberapa koleksi hadiah . kalau tak tau nak bagi sesiapa, boleh jugak dijadikan sebagai perhiasan deko deko kat rumah untuk menyerikan lagi suasana Hari Raya nanti..

orang yang berkunjung kat umah tu nanti mesti akan tanya :
wahhhhhh!!! comelllnye mug ni?? beli kat mana??
lepas tu korang jawablah : alaaa beli online kat www.printcious.com tu jeee..
eyh eyh.. mousepad ni customized la.. beli kat mana??
macam biasa jawab : alaaa beli online kat www.printcious.com tu jeee..
orang yang berkunjung kat umah tu nanti mesti akan tanya :
wahhhhhh!!! canteknya bantal ni?? beli kat mana??
rekod ayat untuk jawab : alaaa beli online kat www.printcious.com tu jeee..

hahahaaa.. secara tak langsung, korang pon akan tercomel sekali di pagi raya..


GIFT FOR BIRTHDAY : SPECIAL GIFTS FOR A SPECIAL DAY

Yang ini memang tiap tiap hari ada jeee yang menyambut hari lahir.. malas nak keluar beli barang hadiah??  dah buntu dah otak xtau nak cari barang ape??

jangan pening pening ye tuan-tuan dan puan-puan..
marilah singgah ke www.printcious.com 
semua masalah akan selesai..
penghantaran pon boleh teruss kepada penerima hadiah tu..
seperaisssss sangat kan??
tahun depan birthday saya, sila pos seketul hadiah kat saya okeh!!
heheeee...

Salah satu koleksi hadiah birthday yang ada.
selain tu ada bantal, t-shirt, mousepad jugak.. boleh taruk gambar untuk birthday boy/girl tu tauuu...


GIFTS FOR WEDDING : GIFTS FOR A SPECIAL DAY


kalau bukan cuti sekolah pun, tetap ada jeee undangan majlis perkahwinan. di bulan syawal yang mulia ini pon mesti ada je yang dah pilih tarikh untuk kawin.

soo koranggg, cecepat pegi www.printcious.com dan pilih hadiah paling best untuk pasangan mempelai tersebut..wahhhhh... kehhlasss... hadiah ni tak payah la kauu hantar terus kepada penerima.. takkk sesueii... pos kat alamat korang, then wrapped la cecantik then bawak lah pegi ke majlis tu.. lagiiii sesuaiii... *cadangan*


GIFTS FOR NEW BABY : CAPTURE PRECIOUS MOMENTS

Semua barang baby pon comel kannn???
emmm macam nak beli untuk anak buah baru kita yang baru lahir la plak..
tak tahan tgk baju baju dia.. cuteee sesangat..

nampak??? tak ke comel sangatt rompers baby ni.. di tambah plak dengan wording yang super duper cute tuh?? kalau baby gebus pakai mesti lepas tu kita rasa nak geget peha dia.. hahahaaaa..
jaga-jaga wahai baby...kekekeee..

apelagik korang.. jom terjah bersama-sama..
sesekali menggembirakan yang tersayang dengan hadiah yang comel ni ape lah sangat kan??
harga pon masih mampu milik lagi.. boleh customized pulak tuhh..



“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”.


 -MrsPuex-