Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Monday, October 31, 2016

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

Assalamualaikum/Hai,

Dengar je ECHANTEUR PARIS, mesti semua dah tau ape ke bende nye kan??
mesti la benda yang wangi wangiii saje..
yap betul. terbaru, ECHANTEUR PARIS didatangkan khas dengan 3 rangkaian wangian terkini..,

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

Last week saya berpeluang menikmati ketiga-tiga jenis haruman yang berbeza special dari ENCHANTEUR PARIS. seruisly, seharum semerbak haruman wangi dari dalam kotak cantik nih tau..
nak tau apa yang saya dapat??
jeng
jeng
jenngg



ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!
tadaaaa!!
didatangkan dengan 3 haruman yang berbeza.
wangiiiii sangat!
meh saya cerita sedikit setiap 3 haruman baru dari Enchanteur Paris ni.


ENCHANTEUR PARIS Mon amie (kuning)


ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!


Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.



ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR (pink)

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.

Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.


ENCHANTEUR PARIS Adore (PURPLE)

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore berfungsi memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam. selain itu, ianya boleh membuatkan anda rasa segar sepanjang hari. 


ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!
Semburan Pewangi Deodoran : RM10.10 - 100ml
Belle Amour | Mon Amie| Adore

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!
Deodoran Wangian Anti-Peluh : RM8.70 - 50ml
Belle Amour|Mon Amie|Adore

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!
Lotion Wangian : RM16.95 - 300ML (botol picit)
Mon Amie : Double Moisture
Belle Amour : Triple Whitening
Mon Amie : Light & Fresh
Adore : Antibacteril Care

pilih je mana yang berkenan.. 

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

Lotion Wangian : RM7.50 - 100ML (tiub)
Mon Amie : Double Moisture
Belle Amour : Triple Whitening
Mon Amie : Light & Fresh
Adore : Antibacteril Care

yang ini boleh sumbat masuk dalam henbeg.
boleh sapu je bila-bila masa yang sesuai.

ENCHANTEUR PARIS : CREATE MAGICAL MOMENTS EVERY DAY!

amacam??
best tak??

saya dah dapatkan.
korang bila lagi??

untuk info lanjut tentang produk dari Enchanteur Paris ni, sila layari :





Friday, October 28, 2016

Syoknya berbelanja di EZBUY dengan Kos Penghantaran hanya RM8.80 sahaja.

Assalamualaikum/Hai, 



Seronok kan kalau dapat shopping online??
lagi seronok kalau kita dapat shopping online kat tempat yang murah murah..
susah sangat nak cari shopping online yang murah dengan kos penghantaran yang paling minima kalau kita beli secara pukal.

sekarang tidak lagi..
pegi sahaja kat ezbuy . semua ada..
barang-barang pon comel comel belaka.

dah kena sangat dengan saya yang suka shopping di hujung jari.
ditambah pulak dengan sales meletop letop.
mana nak dapat kan???

dah pilih barang melambak-lambak, risau pulak kita dengan kos shipping.
yang best dekat ezbuy ni kan, kos shipping dia murah giler giler. Hanya dengan kadar shipping terendah RM4.50 / 500g dan tiada kos agent



eyhhh sukaaaa sangattt kitaaa..




beli tanpa PRIME shipping.
beli 2 barang dan kos penghantaran sebanyak RM9.00


Cuba tengok kehebatan PRIME.



kalau kita puchase banyak barang, maka banyaklah kos postagenye. postage plak ikut berat sesuatu barang.
tapiii kalau pkai PRIME Shipping, kau purchaselah banyak mana barang, keberatan barang, tapi kos pos HANYA RM8.80.
jimat kan??
jimat banyakk sangat tauu..

nak tau apa kelebihan PRIME untuk kos shipping yang murah??
ok meh saya cerita secara ringkas.


Apakah ezbuy PRIME?

ezbuy Prime adalah program keahlian yang dilanggan eksklusif untuk ezbuy pelanggan sedia ada. Yuran keahlian adalah RM 188 setahun dan ini membolehkan anda untuk menikmati ahli Prime satunya manfaat untuk satu tahun.

Apakah faedah kalau kita jadi ahli Prime?

1. Prime RM 188 penghantaran yang tidak terhad

ahli ezbuy Prime menikmati RM 8.80 penghantaran antarabangsa tanpa had. Tanpa mengira jumlah kuantiti, berat atau saiz barangan ', jumlah kos penghantaran antarabangsa adalah RM 8.80 bersih setiap checkout Prime barangan yang layak. Tidak ada had berapa banyak perkara yang anda boleh menyemak pada satu masa.

2. ejen kadar bayaran terendah

Bayaran Agent dikenakan untuk pemprosesan pesanan dan pemeriksaan, penyatuan petak dan pembungkusan, mengeksport dan mengimport dokumen, dan lain-lain ahli Prime boleh menikmati 4% ejen kadar bayaran yang paling rendah untuk Prime barangan layak, tanpa mengira tahap ahli semasa (normal, VIP atau SVIP )
.
3. Percuma insurans sehingga RM2000
ahli ezbuy Prime menikmati insurans percuma sehingga setiap petak untuk menutup kejadian malang seperti isu kehilangan parcel, kerosakan atau produk disenaraikan dalam liputan pemeriksaan. Pampasan berikut dasar yang sama seperti perkhidmatan membeli-untuk-me.
Apakah Perdana barangan layak?


untuk keterangan lanjut, boleh refer kt link di bawah :

website : 
www.ezbuy.my

15% off shipping fee with code - ezship15

Anda register dan dapatkan free RM15 voucher dari EZBUY!





Ok gais!!
apelagiii.. silakan shopping!
dan selamat shopping! 

 -MrsPuex-

Thursday, October 27, 2016

kaedah rebus jagung yang tersedap!

Assalamualaikum/Hai,

sekarang tengah trend rebus jagung bersama butter dan susu pekat..

nak tau macam mana nak buat?
teruskan skrol sehingga habis..heheee..

sapp sapp soiii je korangg..


kita cuba kaedah rebusan jagung yang baru. katanya lagi sedap..

bahan-bahan :

🌽air untuk direbus secukupnya
🌽 jagung secukupnya
🌽susu pekat 3-4 sudu atau secukupnya
🌽butter 1/4 buku atau secukupnya

cara-cara :
🌽masukkan semua bahan dalam periuk
🌽rebus sehingga masak
🌽sedia untuk dihidangkan

seriusly...memang sedap!
lemak berkrim...sehingga tersedut sedut batang jagung tu nak bagi kering..

jangan lupa try tau..

#jagungrebus
#jagung
#dapurkecilmrspuex



-MrsPuex-

Wednesday, October 26, 2016

Hiking Ke Bukit Broga

Assalamualaikum/Hai..

Sebenarnya banyakkkk cerita nak diceritakan kat sini tapi tulah..hujung tahun ni banyak plak keje hakiki kat opis ni.. tak menang tangan hakak menatap keje..
sampai terabai sungguh missblog ni.
kalau ada updet pon semua pasal review yang ada dateline..

aduihh,.,
cerita langkawi pon masih dalam draft..
cerita reunion sekolah menengah pon dok tersadai lagi tuh..
banyakkk tauuuu nak share ngan korang ..
sabarr yee.. bagi kita bertenang tenang dulu..
kita pon eksaited sebenarnya..

skang ni kita nak borak pasal hiking bukit broga dengan zumbamate kita..
1st time ke sana.
apa yang kita dapat simpulkan adalah..

seperti pergi ke broga MALL..
maknusia masya allah... punya la ramai..
bukan penat sebab hiking..tapi penat sebab trek jem..

bertolak dari shah alam dalam jam 5.00 pagi.
berhenti solat subuh kat rnr area kajang.

mula hiking jam 615 am.
konon konon nak tgk sunrise.
tapi kiciwa di pertengahan jalan sebab pagi tu kabus banyak.
tgh malam tu hujan lebat. waktu kitorang bertolak dari shah alam pon hujan masih turun lagi.
trek pon agak licin ditambah dengan maknusia yang seret kaki kt trek..hahahaha..


mrspuex ke broga hill
kita buat 1st pit stop sendiri sebab view dia cantik.
masa ni pukul 645 am.





,


ada jugak spesis maknusia yang bawak pets hiking sama.. kalau kucing tu tak pe la..
ni ulau weii..ulauu.. dah terjerit2 dak dak pompuan yang terpaksa lalu lalang kat sebelah mamat nih..
almaklum, trek adalah 1 hala.. kecik cinonet..
gerammmm iols...




mrspuex ke broga hill
sebelum nak hiking kat belakang tu, kita selfi seketul..
perkenalkan my zumbamate!

mrspuex ke broga hill
the view

mrspuex ke broga hill
fuuuhhh!!
bukan puncak sebenar.

mrspuex ke broga hillmrspuex ke broga hill
my morning snack!
wajib bawak kalau nak pegi hiking.


mrspuex ke broga hill
finaally!
were at 1312 ft.
goodjob my zumbamate!


mrspuex ke broga hill
broga MALL checked!
kekekeeee...

mrspuex ke broga hill
view pagi tu berkabuss dan sejukkkkkk..
indah ciptaan Allah.

rindu pulak kita dengan alam dan manusia ...
lepak puncak dalam setengah jam untuk melepaskan penat lelah..
sebenarnya tak boleh lepak lelama sebab manusia makin ramai dan tempat makin crowded..

last-last ajak teammate gerak turun.
dan kita kalau turun ni tak reti nak slow slow..
dah cakap ngn dorang jumpa kat bawah je la..hehehe..
tak risau sebab kompom dorang tak sesat punya . kan broga MALL..
pepaham la ye.. RAMAIIIII sangat orang.. 

dannnnnn...
akhirnya sampai juga ke bawah dengan selamat alhamdulillah.


mrspuex ke broga hill
while waiting for another 3, kita lepak pekene nasi lemak pak lebai ..
dari atas puncak dah dengar ada orang cakap nasi lemak pak lebai sedap!
sedap sebab semua yang turun dah lapo agaknya..
aku rasa biasa biasa je..

burn fat dan carbo loading..
hahahaa.. lemaks tak kemana-mana pon..
ada jugak jual air kelapa dan coconut shake..
amboiiii sangat ..mcm foodcourt open air dah ku rasa..

BROGA HILL turns to BROGA MALL
i tot uu!!

nah layan video(bukan puncak sebenar) sebelum henpon kehabisan  bateri..hehehe..


video

ok, gaiss..
next plan please!!!


-MrsPuex-

Wednesday, October 19, 2016

Nike Running Shoes : Trend Terkini Fesyen Remaja



Assalamualaikum/Hai,

https://www.zalora.com.my/women/sport/running-shoes/


Bila kita cakap je tentang jenama kasut sukan terkemuka Nike pasti kita sudah terbayang dengan koleksi Nike running shoes wanita terkini bukan? Apatah lagi kerana koleksi terbaru kasut Nike running shoes for women diperbuat dengan bahan yang sangat bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan Nike lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!

Malah apa yang menarik ialah sekarang ini Nike telah tampil dengan a new collection of Nike running shoes yang sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Yes, ini bermakna anda boleh memakai kasut sukan Nike Malaysia ini bukan semata-mata untuk tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa walau ke mana sahaja anda mahu pergi.

Tapi pasti ramai tertanya-tanya how to pull a nice fashionable look with a pair of running shoes from Nike? Well, imej yang sporty sekarang cukup ‘in’ dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut larian Nike Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya. Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.

https://www.zalora.com.my/women/sport/running-shoes/https://www.zalora.com.my/women/sport/running-shoes/


 See? 
Siapa kata wanita tidak boleh kelihatan bergaya dengan kasut sukan? Ramai je yang pandai menggayakan pakaian mereka dengan kasut-kasut sukan. Sweet jugak kan? comfort pon ye jugak. Apa yang penting ialah anda tahu kasut manakah yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang anda ada in your wardrobe. Start making your own research dan jangan takut untuk buat sedikit mix and match!



 -MrsPuex-



 -MrsPuex-

Wednesday, October 5, 2016

Jangan Lupa Minum Susu!

Assalamualaikum/Hai,

Korang sarapan apa pagi tadi? ada sarapan dengan susu tak?
apee??? takde??
tak suka susu?? susu tak best??
jangan macam tu kawan, susu tu bagus untuk badan kita tau.
tak boleh minum direct segelas susu?? don't worry..
meh saya tunjukkan cara-cara bagaimana nak selitkan susu dalam menu seharian kita.
tak perlu banyak, 1 atau 2 gelas sehari pon dah memadai.


RUTIN SARAPAN YANG SIHAT.




Sajian sarapan yang enak tidak lengkap tanpa minuman kegemaran yang dihidang panas-panas. tak kira jenis minuman yang anda pilih tu kopi, teh atau coklat sekalipun, mesti bertambah sedap dan lebih berperisa jika ditambah dengan susu. Ini salah satu langkah untuk kita selitkan susu dalam minuman kita. Tapi, kalau tak suka nak tambah susu ke dalam minuman kegemaran ( yang secara tidak langsung akan meningkatkan nutrisinya), anda boleh menikmati kebaikan susu yang dihidang sejuk-sejuk. best tau minum susu sejuk sejuk pagi-pagi.tak kiralah bagaimana  cara kita me menikmatinya, kajian menunjukkan susu pilihan terbaik untuk sarapan.

Pada hari yang sibuk dan tak sempat nak menyediakan sarapan sendiri, satu atau 2 gelas susu segar sudah memadai untuk mengalas perut. namun tentulah lebih baik jika ia dinikmati bersama makanan sekurang-kurangnya sekeping sandwish.

selepas 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir anda, segelas susu mempunyai khasiat yang diperlukan oleh badan untuk mengawal fungsi secara sendiri pada waktu pagi.


KEBAIKAN SUSU




Susu adalah sumber yang kaya dengan kalsium, membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak. susu membantu kita mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa walaupun pasa usia emas. Nampak tak betapa PENTING nya susu dengan kita.

Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrian penting yang lain. Dutch Lady Pure Farm kaya dengan nutrien penting di mana ada yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi. Contohnya protein yang memainkan peranan utama dalam tumbesaran dan perkembangan seperti membina otot dan tisu. Vitamin A penting untuk fungsi mata yang sihat, vitamin B2 menyokong fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga dan vitamin D3 membantu menyerap kalsium dan fosforus.


KEPENTINGAN SUSU DALAM SARAPAN



Kalsium ada dalam susu. kekurangan kalsium dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah tulang rapuh. Oleh itu, dengan adanya susu Dutchlady menggalakkan semua keluarga supaya minum susu sebelum pergi kerja atau sekolah. Hanya 2 hidangan sehari boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan untuk sekeluarga. Minum satu daripada dua hidangan sewaktu sarapan bererti anda sudah memberikan 200 miligram kalsium kepada badan.


saya telah menyahut seruan Dutch Lady untuk cabaran 7 hari sarapan bersama susu.
nak tau apakah menu sarapan pagi saya bersama dutch lady??
jommmm check it out!


Day 1 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Lemak Kukus (special delivery from Dutch Lady)
Day 2 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi lemak bungkus


Day 3 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Sandwish Sardine
Day 4 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Tumpang


Day 5 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Goreng Ayam
Day 6 : Susu Dutch Lady Pure Farm + Pau Cendawan


Day 7 : Susu Dutch Lady Pure Farm combine with heavy traffic..hehehe

Mudahkan?
tak susah pon nak minum susu untuk sarapan.
kalau saya boleh, anda semua mesti boleh..
apelagi??
 jomm penuhkan peti ais anda dengan susu dutch lady yang super berkhasiat ni..

untuk maklumat lanjut boleh layari website :




 -MrsPuex-

Tuesday, October 4, 2016

NZ Boutique Menyatukan Usahawan Baru

Assalamualaikum/Hai,

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri satu karnival dan hari terbuka Tadika U Bestari yang terletak di Ampang, Selangor.  Karnival ini adalah kolaborasi antara NZ Boutique bersama Tadika U Bestari yang masing-masing terletak bertentangan antara satu sama lain. Karnival ini bertujuan untuk memberikan informasi kepada orang ramai tentang kewujudan butik di kawasan perumahan ini dan memudahkan pelanggan di sekitar Ampang mendapatkan barangan vendor terpilih seperti pastri, makanan tambahan, makanan kering, pemanis mulut dan aksesori.


Tema utama untuk karnival ini ialah "Re-Inventing Education" dengan menjemput Mr Middleton Malaysia, Zain Saidin untuk memberikan perkhidmatan sosial dengan memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan penguasaan bahasa inggeris kepada masyarakat. 


Kedua-dua bisnes ini memilih tema "Re-Inventing Education" kerana ibubapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Apabila guru memudahkan kerja ibubapa, proses pembelajaran anak-anak berjalan dengan lancar.

antara pertandingan yang ada di karnival tersebut .
mak-mak lilit shawl kat anak supaya lebih jelite..
kiuttt sangat.

tarian chicken dance untuk kanak-kanak yang hadir.
my kids pon join sekaki..


Bersama founder NZ Boutique,  Nasyrah Zainuddin.
super gojes tau beliau ni..sporting je melayan tetamu yang hadir.

oh, by the way, nak bagitau NZ Boutique akan melancarkan satu lagi produk iaitu Boxscarf pada akhir november nanti. Boxscarf merupakan salah satu inisiatif pembungkusan yang menarik dan unik untuk pakaian. Macam menariks je..macam tak sabar pulak kita..harap dapat join masa launching nanti.. psstt jangan lupa jemput tauuu..




eyhh... sempat lagi weols berphotogediks kt booth gambar nih sebelum balik.

terima kasih kerana sudi menjemput kami memeriahkan karnival ini.
anak-anak sukaaaa sangat.


untuk keterangan lanjut sila layari :
atau hubungi 013-6130702 atau emel di nzboutique@gmail.com





 -MrsPuex-