Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Monday, March 27, 2017

Sambutan Hari Pengasas Pakar Kulit Dr.Ko 2017

Assalamualaikum/Hai,


Hari Pengasas KO kembali untuk tahun kedua. Bermula 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr KO akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.

Dato Dr Ko Chung Beng, Pengasas KO Skin Specialist Center.
Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia, "kata Dato Dr. Ko Chung Beng.

Encik Amin Mohd Ali Sidik dari Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.
Pada tahun lepas, Dato Dr Ko telah menyumbangkan RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Tahun ini, beliau mensasarkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.

Artis tempatan Dynas Mokhtar dan Idris Khan turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Hati Pengasas KO.


Dengan setiap transaksi di klinik pakar kulit Dr Ko bermula 25 Mac sehingga 30 April 2017, Dr Ko akan menderma RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.foundersday.koskinspecialist.com

 -MrsPuex-

Sunday, March 26, 2017

Little Vive Green Market di The Parenthood, Sunway Pyramid.

Assalamualaikum/Hai,

Sekejap je nak habis cuti skolah seminggu.
Seronok tengok kawan2 yang pergi bercuti sana sini.

Harini last day cuti sekolah.
Bagi yang x tau nak pegi mana harini, boleh la ke the parenthood, sunway pyramid.

Kat situ ada program Little Vive Green Market. Semua produk yang dijual berasaskan organic dan makanan sihat untuk seisi keluarga.

 Beberapa produk yang akan diperkenalkan kepada para blogger
 Vendor yang terlibat untuk sesi memperkenalkan produk- produk dari little vive green market ni.

Ok meh saya tunjukkan produk- produk lain yang ada semasa kami dibawa untuk lawatan dan taste food di sekitar little vive green market.

Natural dan organic cake.

Cacao nibs.
Ada 3 jenis kesemuanya..

Arts & craft pon ada jugak.
Salah satunya owl art homemade..
Soooo cute.

Homemade roselle dan compressed tea bag.

Paling best, cocoraw ni..
Pestime rasa choklat gula melaka dan green tea chocolate..
Ade jugak sweet choc dan 70% dark choc..fuhhhhh... Tak boleh tahan kesedapannya..

Overnight oat pon ada jugak..

Yang rare, aiskerim gula melaka.. 
Dah rasa sekali mesti nak nak nak lagi..
Semua pon homemade..memang susah nak jumpa di pasaran..
Hanya ada di little vive green market!

Masih sempat lagi nak pergi sana tauu..
Yang berdekatan sunway pyramid, jangan lepaskan peluang ni ok..
2 hari je tauu..

Tarikh : 25th & 26th March 2017
Masa : 10.00am - 8.00pm
Tempat :The Parenthood, 1st Floor, The Parenthood, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid 
Facebook:
www.facebook.com/vivegreenmarket/
Instagram : 
@vivegreenmarket


Semua produk-produk yang ada di Vive Market boleh didapati di Bold Outlet di The Parenthood, Sunway Pyramid atau boleh juga beli melalui secara online oleh vendor-vendor yang terlibat.

Last but not least, sesi photo bersama organizer dan para blogger.

Thank you so much for inviting me to this event.. Im lovin it..

#theparenthood
#sunwaypyramid
#vivemarket
#mommyblogger
#parentingblogger
#lifestyleblogger
#mrspuexdotblogspotdotcom

 -MrsPuex-

Wednesday, March 22, 2017

Contest Jom Aktif Bersama Smurfs! dari 7 Eleven

Assalamualaikum/Hai, 

Mesti kat sini ramai yang suka pergi ke 7 Eleven membeli belah barang keperluan harian kan??
7 Eleven ni sangat penting kalau tetengah malam kita nak mencari barang..
24/7 operation hours!

Sekarang ni 7 Eleven  tengah buat kontes tauu..
kontes Jom Aktif Bersama Smurfs!
hadiah memang lumayan..
nak tau ape kontes yang dimaksudkan tu??


jommm..
saya tunjukkan satu per satu bagaimana nak join kontes  (kalau malas nak baca, boleh refer gambar kat atas tu je ok.)

Kontes Period :
14 Mac - 1 May 2017

Cara-cara Penyertaan :
1. Beli minimum RM5 mana-mana produk air minuman Aktif  dalam satu resit.
2. Ambil mana- mana gambar yang bertemakan BIRU dan ambil gambar resit pembelian tu sekali.
3. Collagekan gambar BIRU bersama gambar Resit pembelian 
4.upload gambar yang dah dicollagekan ke Facebook atau Instagram anda
5. hashtag #AktifSmurfs  dan #7ElevenMy
6.Selesai.

Hadiah-Hadiah :

Grand Prize :
1x 7H6M trip ke Belgium & Amsterdam untuk 2 orang termasuk lawatan ke smurfs muzium of Brussels bernilai lebih RM20,000 (termasuk tiket kapal terbang +accommodation)

Special Prize :
100x smurfs : The Lost Village Limited Edition Scooter bernilai Rm300 setiap satu.

wwwwooowww!!!
menarikkkk kann??

apa tunggu lagi??
jom cepat cepat ke 7E, ikut step penyertaan dan cuba nasib join kontest ni..
mana tau rezeki korang menang kali ni..

selamat berkontes!!

-MrsPuex-

Program Outdoor Remaja 2017

Assalamualaikum/Hai,

Harini cik aireen ade program outdoor remaja anjuran surau kat taman rumah.
surau ni memang aktif.. tiap tiap cuti sekolah memang akan ada aktiviti untuk anak anak.
punyalah kakak eksaited, setiap masa menghitung hari nak menunggu 22hb ni tau..
paling best mama lupe yang anak mama kurang baju color merah/oren..
hitammm sokmo baju tshirt dia..hahaha..
ade la color merah tapi klo angkat tangan bolehlah nampak puyut die..
nasib baik ade baju hotfm saiz xs (dulu dulu otw nak balik rumah kebetulan ada keta hotfm terus berenti cuba nasib)
helokk tersimpan dalam lemari..
tu pon papa yang ingatkan..



mama memang tak risau sangat utk lepaskan kakak sebab since dia 6 tahun mama dah lepaskan join aktiviti yang dianjurkan di tadika/sekolah dan memane program-program macam ni..
bermalam atau daytrip semua mama registerkan.
biarr dia berdikari macam mak dia..
paling jauh mama lepaskan nun kat melaka..

semoga selamat pergi dan selamat pulang dengan ilmu dan kenangan penuh di dada..
semoga kakak-kakak dan abang-abang fasi bertabah melayan kerenah dan perangai mereka sepanjang program dijalankan..

aminnn...


-MrsPuex-

Monday, March 20, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum/Hai,


Happy 5th Birthday to LAZADA!
sekejap je dah 5 tahun walaupun hari hari aku dok peratiii je sales yang ade kat LAZADA ni..

Happy 5th Birthday to LAZADA!
walaupun kali ni kita termiss birthday surpise box dari LAZADA!
sooo sadddd.. sob sob sob..

to all bloggers!
ada masa kecederaan lagi ni nak cuba nasib join contest ni..
klik SINI..
contest tamat 23 Mac 2017.
jangan lupa emel ke : contest@lazada.com.my untuk submit contest okeh!

by the way, LAZADA sukaaa sangat buat contest untuk bloggers tau..
thats how they appreciate the bloggers..
thank you so much LAZADA..
and again, HAPPY 5TH BIRTHDAY LAZADA!

Ok jom kita jawab 4 soalan cepu cemas untuk contest nih..

1. WHAT DO YOU LOVE ABOUT LAZADA MALAYSIA?

i lovee the word SALES .. Lazada suka sangat buat sales-sales gempak gempak tau..
dari sekecik barang sehingga sebesar-besar barang kat Lazada tu..
lagi satu, bermacam-macam-macam barang yang ada kat lazada.. kita hanya perlu standby RM RM je tauu.. everything in your fingers! click-click then barang sampai.
setakat ni takde perkara buruk terjadi bila shopping online dengan Lazada.
semua barang sampai dengan jayanya.

2. TOP THREE PRODUCT PICKED FROM LAZADA MALAYSIA (YOUR THREE FAVOURITE PRODUCT)


perkara penting untuk lengkapkan mood aku sebagai blogger picisan.
dahh lama tak tukar gadjet untuk kerja-kerja memblog ni..
ade rezeki terpijak, benda ni aku tuju dulu..hahahaha..



yang ini pon selalu selak selak kat lazada. tak pernah tukar sofa baru since kawin 10 tahun lepas..
sofa pon dah mula lendut lendut sana sini..
kan best dapat sebiji letak kat umah..
aku pilih grey sebab boleh matchy matchy dengan wall dinding yang color merah makngah tu ha..
i wishh.. i wishhhh..


aku sejenis memang akan masak hari-hari untuk kesayangan di rumah.
sooo..kalau dapat tambah koleksi periuk belanga yang canteik deboom ni kat umah, mungkin mood memasak tu akan menonjol lebih sikit dari kadar biasa.
yela, bila masak dengan periuk comel comel ni, mood comel pon otomatik akan menjelma..
nak show off kat media sosial pon rasaa terujaa..hehehee..
i wishh..i wishh.. i wishhh.. (24x)


3. HOW DO YOU THINK LAZADA MALAYSIA CAN IMPROVE?

hmmmm... setakat shopping online bersama LAZADA MALAYSIA ni, tiada perkara buruk yang terjadi. kalau ada pon mungkin bukan dari buyer bernama nooraini zubir.. gituuu..hehehe..
kalau nak improve pon, sila improve SALES kat Lazada banyak banyak banyakkk tauu..
99% sales ke ataupun 100% sales dari Lazada .. mampuu?? hahaha.. (berangann sangat ni)

so far so good. teruskan menceriakan pembeli pembeli di lazada.

4. WHAT IS YOUR BIRTHDAY WISH TO LAZADA MALAYSIA?


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to LAZADA MALAYSIA
Happy Birthday to yoooouuu..

Semoga terus success..
semoga terus menjadi shopping online No.1 di Malaysia
semoga terus membahagiakan pembeli-pembeli di serata Malaysia.
Tahniahhh untuk LAZADA MALAYSIA and TEAM.!

we proud of you!

Thanks to LAZADA MALAYSIA.

 -MrsPuex-

Cuti Sekolah Pegi Mana?

Assalamualaikum/Hai,

Kami tak pegi bercuti/staycation memane pon..
bercuti kat kampuung je..
kampung cheras baru..


masa ni je yang ada utk atok opah beramah mesra, bergaduh sakan dengan cucu..
semalam nak balik shah alam, semua taknak balik..
bila anak2 aku taknak balik, anak anak adik pon sama taknak balik..
berat jugak nak tinggalkan dorang semalam. tapi dah memasing taknak balik, mak redokan je la..
takut menyusahkan mak abah..

macam2 pesanan khidmat masyarakat bagi kat dorang.. harap dorang hadamlah..
malam tadi lepas semua tido baru la senang hati nak gerak ke shah alam..
bila sampai shah alam, sunyi pulakk rasa,..
ni ade yang seminggu ni ulang alik kerja ceras- shah alam - ceras ni kang..
adududuuu..



cerita semalam.
cucu days out dengan atok.
atok sahaja ye..
3 angels + 1 boboiboy pergi inhouse playground kat tesco ampang sana.
beriya abah nak usung cucu dia lepas tu tak kasi kitorang folo.. kauu rasaaa?
sentapp ok..hahahaha..
dalam hati dah pikir, macam mane kalau salah sorang nak terkencing ke terberak ke??
adoiiii...macam2 la pikir..
syukurr alhamdulillah everything goes smoothly..
pergi jam 11 pagi , balik jam 2.30 petang
tu pon kitorang kol suruh balik..
tak daya dah nak menampung kerisauan dalam hati..heheheee..


 -MrsPuex-

Monday, March 6, 2017

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai,

Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store.





Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang.

Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun.



A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan  stesen keratapi di Jepun.



Di samping itu, cenderahati ada dijual di tempat-tempat seperti Box Lunch Shinkansen dan direka khas Beg Tote. Melalui "Projek Shinkansen", Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan
dan Kedutaan Jepun di Malaysia berharap untuk mendalami pemahaman di kalangan rakyat Malaysia
bagaimana Shinkansen Jepun akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia dan peningkatan kehidupan rakyat.

Kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur, apa kata singgah sebentar di Isetan Lot 10 untuk sama -sama melihat kecanggihan projek Shinkansen dari Jepun ni.. serius, memang sangat teruja.

Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang.. ade rezeki boleh bawa pulang tote bag special dari Projek Shinkansen ni tauuu..



Title: Projek Shinkansen (PROJECT Shinkansen)
Tempat: Isetan The Japan Store (1F THE STUDIO / Studio.I)
LOT 10 SHOPPING CENTER 50 JALAN SULTAN ISMAIL 50250
KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Facebook : https://www.facebook.com/isetanthejapanstorekl/

Tempoh Pembukaan: 17 Februari - 9 Mac 2017 (21 hari).


 -MrsPuex-

Thursday, March 2, 2017

Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum/Hai, 

Kekuatan diri sekarang ni hanya mampu nak daki bukit je.
rindu sebenarnya nak hiking gunung dan berkotor-kotor dalam hutan tapi tu la..
komitmen lain perlu di pikirkan..

soooo..

kemane kite kali ni??
kita ke Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson.

kita malas nak menaip..so korang layan gambar beserta caption sikit sikit tu je ye..
kadang tu tengok gambar pon dh tau tahap keseronokan weols kan kan kann??

simple track.
kids pon boleh join.

my lovely kezens belah hubby.
just 3 of us..
memula kami salah track.. patah balik then baru jumpa track yang sebenar.. hahahaa..
kelakarrr pon ade..
nak bagitau je, track nak ke bukit ni memang takde ape ape sinage ye.. 
sila ikut naluri atau ikut je orang atau sila ringan mulut bertanya.



at the peak of bukit batu putih/
orang boleh tahan ramai.
puncak dia kecik je..
sebab ape dinamakan bukit batu putih??
sebab batu batu kat sini berwarna putih. serius putih.
dari jauh korang akan nampak view bukit batu putih ni..

random picture from us!

bukit batu putih .
checked!
belakang tu view pantai port dickson.

supermom in action.
jom repeat lagi jommm.. 


take five and eat snickers!
choc fav klo hiking.
bagi tenaga.. maklumlah dah lanjut usia..hahahaa..

lepas turun bukit batu putih, kitorang tak terus balik.
kitorang singgah monkey bay.
lebih kurang privet island jugak la.. laut cantik. bersih. tenang dan damai.
tak ramai lagi yang tau tempat ni. camping pon boleh jugak sebab masa kami datang tu adefamily yang bercamping kt sini..
macam syokkk jee..

monkey bay, portdickson 
macam feeling kat pulau perhentian je..hehehee..
   

the gojesss!!!
 
dari monkey bay ni korang akan nampak bukit batu putih kat belakang sana.
tu pasal dorang namakan sebagai bukit batu putih.
saujana putih mata memandang.. gituuuu...
by the way, ade track lain kalau nak naik bukit tu.
track dari batu paling bawah tu..cuma kau perlu berhati hati la sebab track die berbatu.
kasut kene sesuai. kalau tak nak tanggung risiko, sila ikut track biasa.

sekian.
tengkiu sudi baca.



 -MrsPuex-