Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Mudah Berbuka Puasa : Sotong Masak Kicap Berempah

Assalamualaikum/Hai,

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama je lagi.
korang yang dah jadi mak mak ni dah siapkan diri untuk menu sepanjang sebulan ni??

tak de idea lagi??

meh saya bagi idea salah satu resepi mudah untuk berbuka seisi keluarga.
yang penting penyediaan dia saapp sappp  dahh siap..

SOTONG MASAK KICAP BEREMPAH.

Resepi asal adalah sotong masak kicap yang biasa biasa je.
tapi saya upgredkan kesedapannya menjadi resepi luar biasa..hehehe.
maka terhasillah resepi sotong masak kicap berempah 
kesukaan keluarga kecil saya ni tauu.

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

Cara- Cara Penyediaan Sotong Masak Kicap Berempah.

Bahan A:
Sotong kecil secukupnya.Bersihkan bahagian dalamnya.
Sos tiram secukupnya
Kicap masin secukupnya
Kicam manis secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
(Secukupnya refer kepada kuantiti sotong korang ye)

Bahan B :
3 sudu minyak masak
1 tangkai daun kari
1 kiub ayam 

(Diblendkan)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
2 batang serai

Bahan C :
(Untuk hiasan)
2 biji cili merah dipotong 3
2 biji cili hijau dipotong 3
4 helai daun bawang dipotong sebesar 1 inci..
1 biji tomato

Cara-cara :
Satukan Bahan A sehingga sotong sebati dan diperapkan bersama selama 5 minit.. Ketepikan.
Panaskan kuali bersama 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang diblend bersama kiub ayam dan daun kari. tumis sehingga kekuningan dan garing.
Masukkan bahan perapan sotong bersama kuah-kuahnya skali. Masak sehingga pecah minyak dan air sotong kering.
Last skali masukkan bahan C . gaulkan rata dan tutup api.

Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!


KNORR SEASONING CHICKEN 12 CUBES

Resepi bertambah enak jika korang masukkan 1 kiub knorr ayam ni dalam setiap masakan.
bagi saya, setiap masakan, memang saya akan bubuh at least 1/2 kiub knorr ayam ni tau..
Dalam resepi kat atas tu pon saya ada bubuh jugak 1 kiub ayam..
tak caya?? sila skroll atas.

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST
Sekarang dah mudah. Korang boleh beli online je .
kat mana??

kat LAZADA la..
LAZADA semua ada..
korang just pilih pilih, klik klik ajee..

Sempena Marhaban Ya Ramadhan dari Lazada ni, korang boleh menikmati diskaun sehingga 90% di setiap barang yang dijual..best kan??

apelagi?? pegi la terjah sana..


RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

mrspuex- RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST
klik banner untuk join!

Perhatian kepada semua blogger!
inilah peluang keemasan untuk korang yang rajin join contest/giveaway..
hadiah yang ditawarkan sangat menarik tauu..
lagi ramai lagi havoc!
jomm join jomm..

Saya sudah!
anda bila lagi?
hikhikhik..
all the best untuk semua!


 -MrsPuex-

Tuesday, May 23, 2017

PELANCARAN QURTA BY SWEET AIMAN DAN MENANGI PERCUTIAN KE KOREA

Assalamualaikum/Hai,

Setelah mendapat kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Amin Tino mengorak langkah dan ingin menerokai dalam bidang fesyen pula. Maka kini lahirlah Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity”  Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini ialah sebagai hadiah Iman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.
PELANCARAN QURTA BY SWEET AIMAN DAN MENANGI PERCUTIAN KE KOREA
Aiman Tino bersama model yang menggayakan Qurta
Aiman memilih konsep Qurta hipster ini kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.  Qurta by Sweet Aiman ini juga terdiri daripada sepuluh warna yang terkini dimana ia nya dipilih oleh Aiman sendiri. Apa yang menarik tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah kerana ianya bercirikan "unisex" dimana ia boleh juga digayakan oleh wanita juga. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow. 

PELANCARAN QURTA BY SWEET AIMAN DAN MENANGI PERCUTIAN KE KOREA
Aiman Tino dengan lagu baru - Lara Dalam Kerinduan
Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya. Lagu berjudul Lara Dalam Kerinduan yang telah dimuatkan di saluran YouTube pada 12 May 2017 yang mana kini telah mendapat sejuta lebih penonton. 
Pihak Sweet Aiman jugak ingin merakam ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Busana @Menara Mara Kuala Lumpur dan juga Mara Inc kerana menaja lokasi untuk Majlis Pelancaran "Qurta by Sweet Aiman" ini.

PELANCARAN QURTA BY SWEET AIMAN DAN MENANGI PERCUTIAN KE KOREA
Harga jualan di Mydin adalah RM 79.90 sahaja. Bagi peminat Aiman Tino yang ingin mendapatkan koleksi pakaian Qurta ini, sila kunjungi rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia. Diantarannya ialah :
1) Mydin USJ Subang, 
2) Mydin UTC Melaka, 
3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, 
4) Mydin Kubang Kerian Kelantan, 
5) Mydin  Pelangi Indah Johor Baru, 
6) Mydin Meru Raya Ipoh  
7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 
Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadan ini.

Bagi memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman, sebagai tanda terima kasih pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500, 000.
PELANCARAN QURTA BY SWEET AIMAN DAN MENANGI PERCUTIAN KE KOREA
Aiman Tino Bersama Pengasas Produk Wonder Glow , Dato' Ryzal Bin Jamaludin
Cara untuk menyertai  peraduan ini adalah mudah sahaja. Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta adalah layak untuk menyertai peraduan Soul to Seoul Contest Sweet Aiman.” Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli boleh mengisi maklumat-maklumat seperti yang dikehendakki di borang peraduan “on-line” di lama web tersebut. Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk  sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017.
   
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Tel          : +6016 7094042
Email      : sweetaiman360@gmail.com



 -MrsPuex-

Wednesday, May 17, 2017

Cikgu Aireen In Action

Assalamualaikum/Hai, 

Dari minggu lepas lagi kakak dah start exam.
masalahnya, soh bukak buku study ape yang patut, die boleh rileksss je..

harini ni ada exam untuk KAFA dgn Sek Ren. sekali..
berbuih buih mulut suruh study,
ok, die pegi kt meja belajar, panggil adik,


dia STUDYkan adik dia..
subjek : Penulisan.

9 Tahun VS 5 Tahun.

amboiii...

mak suruh kakak study, die pegi buat benda lain..

bila tanya :
mama : boleh jawap exam tak kat sekolah?
kakak : boleh.
Mama : susah ke senang?
Kakak : senang je mama...
urut dada betul..

fineeee... nnti mak nak check result dia..
tak capai KPi, siapppp!!!

-MrsPuex-

Tuesday, May 16, 2017

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Assalamualaikum/Hai, 

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Ramadhan Review kali ini bertempat di Streat Thai yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya Selangor. Lebih 60 hidangan yang diperkenalkan kali ini sememangnya 100 peratus selera Thai. Nama- nama makanan pon semuanya versi Thailand. Sampai ko nak sebut pon tergeliat lidah.. aku tau kap kun kap je..hahahaha... konsep buffet dipilih khas untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini. 

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Bila bercakap mengenai menu dari Thailand ni, makanan pertama sekali akan terpacul dalam kepada kita adalah TOMYAM .. tapi bagi aku tak, pertama sekali, menu yang terlintas dalam anak tekak adalah MANGO STICKY RICE. my all time favourite thailand food hokey!! tak pernah jemu dengan menu nan satu ni.. seriusly! 

So jom kita mulakan dengan sesi pembuka mulut / pencuci mulut dulu sebab port ni yang 1st dulu aku tuju..hahahaha...

mango sticky rice. 

kanom tom. 
ala ala buah melaka tp dalam tu dia boh isi kepala.. not bad!

agar-agar jelly

3 jenis dessert bersantan.. saya pilih red ruby! sedapppp sangat!

Kemudian jom saya tunjukkan menu-menu utama yang akan dihidangkan kepada para pelanggan yang ingin berbuka puasa di Streat Thai ini.

tomyam bersantan bersama sup sayur.

  

   





 





Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya
kerabu mangga. wallaa..

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Banyakkan juadah yang disediakan?? soo takk rugi tau kalau korang datang sini untuk berbuka puasa. Dan yang paling penting, harga sangat murah dan berbaloi-baloi untuk rakyat marhein macam aku ni.. nak berbuka dengan family reramai pon masih mampu.. tempat pon bersih dan selesa.  Nak solat pon tak berapa jauh.. masih dalam mall tu jugak.

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya
selera sungguh dia makan bihun ni.. siap makan dengan chop stick lagi tauuu.. gaya tak penting janji bihun masuk mulut..hehehe..

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Terima kasih Streat Thai!
Terima kasih sis Hanny sebab sudi jemput kami satu family ..

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Harga :

Dewasa : RM49.90 
Kanak-Kanak : 19.90 (6 tahun -12 tahun)

EARLY BIRD :
RM39.90 (tempahan 7 hari lebih awal)

Buffet bermula : 27 May 2017 sehingga 24 Jun 2016.

STREAT THAI - AUTHENTIC THAI STREET EAT

ALAMAT :
100-G.001 The School (Jaya One)
No.72A, Jalan Universiti
Petaling Jaya, 46200
Selangor Darul Ehsan

TEL :
03-74961296 / 012-9073581


WEBSITE :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :



 -MrsPuex-

Monday, May 15, 2017

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum/Hai, 

DIA wanita TERKUAT di dunia
DIA wanita TERBAIK di dunia
DIA wanita TERHEBAT di dunia
wanita itu adalah IBU.

Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-Ibu hebat di luar sana..

Image may contain: 3 people, text
simple celebration cum birthday celebration untuk adik sebenarnya..
hehehe..



untuk MAK

Selamat Hari Ibu.
Semoga sentiasa diberikan kesihatan dan sentiada dipermudahkan urusan setiap hari di usia emas ni..
kami nak mak sihat, sihat dan sihat..

jaga mereka dan jaga hati mereka dengan sebaik-baiknya selagi ada.
sedekahkan al-fatihah dalam solatmu jika mereka tiada di sisi,.


 -MrsPuex-

Friday, May 12, 2017

PELANCARAN PERFUME PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ

Assalamualaikum/Hai, 



PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ merupakan produk wangian keluaran bumiputera milik sepenuhnya saudara Shidie Sahaq, usahawan tempatan yang mula manapak sekitar tahun 2014. Wangian by Shidie Sahaq adalah produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise.


Wangian PAPAHUG adalah berinspirasikan wangian kaum adam manakala wangian MAMAKISS adalah berinspirasikan wangian kaum hawa. Kedua-dua wangian ini ada berkualiti EDP iaitu dengan kepekatan sehingga 65%-75% menjadikan perfume inspired ini lebih pekat dari perfume lain yang ada di pasaran. Perfume oil ini diimport dari France, Swiss dan Germany dan kerana itulah kualiti standard nya seperti perfume original yang terdapat di komplex membeli belah.


Selain daripada itu, dengan saiz yang comel berisipadu 35ml menjadikan ianya lebih mudah dibawa kemana-mana. Bagi ketahanan wangiannya, purata maklum balas yang diterima daripada pelanggan-pelanggan adalah melebihi 8 jam yang boleh membawa sehingga ke 12 jam. Malah semburan dibaju mampu mencapai ketahanan sehingga 24 jam (1 hari).

semasa majlis pelancaran perfume PAPAHUG & MAMAKISS By ShidieSahaq baru-baru ini.
Kajian demi kajian juga telah dijalankan bagi memastikan perfume inspired ini 90-99% sama seperti bau perfume original tetapi dijual pada harga yang jauh lebih murah. Juga wangian inspired ini adalah produk mesra solat dan halal kerana menggunakan alcohol dari tebu dan tiada bahan yang terlarang dalam islam, dan ini membuatkan anda tidak perlu was-was dalam menggunakan perfume PAPAHUG dan MAMAKISS ini. Ianya juga merupakan pilihan terbaik untuk seisi keluarga.
Selaras dengan percaturan pasaran semasa, produk wangian by shidiesahaq ini telah melibatkan artis-artis tempatan dalam membantu urusan promosi dan marketing.

  
Beberapa artis telah diberikan wangian ini secara percuma dan mereka telah dengan rela hati membuat liputan di instagram dan memuji wangian by shidie sahaq ini. Antara artis yang telah mencuba wangian ini adalah Azhar AF (bekas anggota Azhael), Taufik Ola Bola, Syura Badron dan Lan Kristal. Selain dari itu, pihak syarikat wangian ini juga telah dengan berbesar hati untuk menaja beberapa program dan aktiviti melibatkan artis tempatan seperti menaja sepenuhnya pembikinan video kilp single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu. Pihak syarikat ini juga juga turut menaja aktiviti sukan selebriti tempatan seperti perlawanan persahabatan futsal dan badminton diantara team sukan selebriti tempatan bersama organisasi korporat.

Kerjasama antara pihak syarikat ini dan selebriti tempatan sedikit sebanyak meletakkan produk wangian PAPAHUG dan MAMAKISS lebih dikenali dan platform media social seperti di instagram berjaya mendapat lebih 11,000 pengikut sehingga ke hari ini dan jumlah pengikut semakin meningkat dari hari ke sehari. Ini merupakan kerjasama positif diantara syarikat wangian ini dalam dunia seni tempatan.

Semoga dengan kerjasama ini, pihak syarikat mampu merialisasikan cita- citanya untuk menjadikan wangian PAPAHUG dan MAMAKISS by Shidisahaq ini terkenal bukan sahaja di pasaran tempatan malah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

No automatic alt text available.

kelebihan dan keistimewaan perfume PAPAHUG dan MAMAKISS by Shidisahaq adalah :
✔ Mesra SOLAT
✔ Wangian TAHAN LAMA sehingga 8-12 JAM
✔ Produk keluaran BUMIPUTERA
✔ 99% sama dengan wangian ORIGINAL!
✔ JIMAT penggunaan sehingga 2 BULAN
✔ Haruman segar dan tidak memeningkan kepala anda
✔ Memberikan anda lebih 500x SEMBURAN
✔ MURAH
✔ MAMPU MILIK
✔ MUDAH dibawa

Antara wangian yang sedang hangat dipasaran adalah seperti:-
1) Dunhill Desired Red
2) Dunhill Desired Blue 3) One Million

4) 212Sexy
5) Jadore
6) Forbidden Rose 7) Be Delicious
8) Midnight Fantasy 9) Purr 10)Bombshell 11)Gucci Flora 12)Hugo Boss Red

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk PAPAHUG dan MAMAKISS by Shidiesahaq ini, bolehlah berhubung dengan pihak syarikat Shidierich Global Enterprise:-

311, Block 3 Jalan Tepian 8/1
Seksyen 8

40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019 2978724/016 9601297 


Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

As-Salam






p/s : saya dah join. doakan saya tergolong dalam pemenang tu ya.. aminnn.. tqsm..
korang kalau nak join, boleh klik kat banner tu ok!

all the best to all..

 -MrsPuex-

Thursday, May 11, 2017

13 ANEKA LAKSA DI BUFFET RAMADHAN BEST WESTERN I-CITY SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, 

Ramadhan preview saya kali ini adalah di Best Western i-city, Shah Alam.
Dengan bertemankan pemandangan sunset menanti senja di Alfresco area di hotel ini memang tenang sangat tau.. Disamping deretan-deretan menu yang sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu.

tapii.. jangan risau.. taknak duduk di luar, boleh juga bersantai-santai di dalam yang sejuk berteman aircond. dua-dua anda boleh pilih..

Selain daripada menu BBQ dan satay yang disediakan dibahagian luar (Alfresco area), apa yang paling best bila anda berbuka puasa di Best Western i-city, Shah Alam adalah anda boleh menikmati 13 aneka jenis laksa yang ada di Malaysia. Biasa kita makan laksa Johor, Penang, Utara, Sarawak je kan? ni first time dapat rasa laksa negeri sembilan, pahang, melaka dan lain lain lagi..



yang keduanya, anda boleh menikmati hidangan raja buah - durian king yang akan dihidangkan setiap hari kepada para pelanggan bermula jam 8.30 malam sehingga buah habis. Disamping tu juga turut dihidangkan pelbagai jenis buah-buahan yang lain untuk santapan pemanis mulut anda.


bagi yang gemarkan sup-sup, ni ha sup tulang / gear box sekuali besar panas-panas dah ready untuk anda. cicah pulak dengan roti memang padu beregu dia. must try!


Antara menu-menu utama yang lain adalah :

kari kepala ikan.

paru sambal berlada - sedappp sangat!

telur itik masak lemak - marveles kepedasan dia.

hati ayam goreng.

ayam palembang

daging rendang tok.

pucuk manis ubi keledek

udang goreng jintan

Pencuci mulut a.k.a sweet tooth mesti tak boleh tinggal. pelengkap menu katanya. Ada pelbagai jenis kek, sago gula melaka, kuih beronok, kuih bakul,ais kacang, ais kerim batang  dan lain lain.. biar gambar yang tolong ceritakan.hehe..












Tak lupa juga aneka salad dan 13 jenis sambal colek yang berjaya memikat hati pelanggan semua.




Harga :

Dewasa : RM98.00
Kanak-Kanak (5 tahun -12 tahun ) / Warga Emas :RM49.00

EARLY BIRD : RM78.00 *Sehingga 31 Mei 2017

untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

Tel :03-5521 9000



 -MrsPuex-