Skip to main content

KOLEKSI #AFBYANUARFAIZAL UNTUK EID2017

Assalamualaikum/Hai, 



#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei 2017. Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.


Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai "AIR-FLEX". Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.





   KEMBARA ANUARFAIZAL


Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016 di Jakarta, istimewa 2017, ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.

Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami.


ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.

Penggambaran yang dilakukan di kuil di Kemboja
Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari. ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.



ANUARFAIZAL | MAESTRO MODEN | Perjalanan Kreatif yang Luar Biasa


Tanpa pengajian fesyen yang formal, ANUARFAIZAL pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah Alam, dan dilahirkan di Amerika Syarikat telah mendapat panggilan sebenar yang merubah haluan kerjaya nya pada tahun 2014, untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam reka bentuk fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-busana untuk wanita.

Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa ANUARFAIZAL terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.


Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka "kontroversi". Pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang “direct” dan berkesan bermula dari saat digelar “kontroversi”. Nama beliau menjadi bualan di kalangan Selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada rekaan yang mewah, glamor dan elegan.


Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat ANUARFAIZAL untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk pasaran Antarabangsa. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.



Bagi yang berminat, koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial  ANUARFAIZAL :

ANUARFAIZAL


 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P