Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, January 18, 2018

Red Lion Dalam Kenangan

Assalamualaikum/Hai, 

Semalam. aku totally breakdown.
pingsan seawal jam 9 malam.
mungkin kesan dari minum air gula agaknya so badan jadi tak stabil.
pening membawak smpai ke malam.
nasib baik anak anak pandai bawak diri memasing.legaaa...

baju sekolah / baju keje semua gosok pagi tadi. agak kelam kabut jugak la tapi i loveeee the kelam kabut moment..hahahaha.. 

nak dijadikan cerita.
pagi tadi masa nak keluar rumah aireen terperasan, keta pegot papa xde.
aku pon tercari cari gak kot kot parking jauh sikit ke kan..

penik la tetibe.. ingatkan kena curi ke hape..

kol suami, cakap kete pegot tak de la..
awak parking mana??

then suami cakap, saya dah jual la keta malam tadi,
orang tu datang umah terus setuju nak beli, terus bawak balik ..

mesti dia sedih malam tadi.
aku pulak tido sampai tak hengat doniaa..

yelaa.. lama tau red lion ni berkhidmat dengan kami.. since aireen kecik lagi..
dari rupa tak senonoh, sampai lah hensem bergaya kejadiannya..

sesuatu yang kita sayang, bila kita let go, akan terasa jugak sedih di hati.
tapi apekan daya.. mungkin sampai sini saja tempoh perkhidmatan dia untuk kami anak beranak.

before - blue black lion



after - red lion
gambar kenangan .
red lion tetap dalam ingatan kami..
semoga red lion behave dengan tuan baru.

rinduuuuu... huwaaaaa!!

sori mama xde mlm tadi disaat dikau dilepaskan ke tuan baru.
Terima kasih di atas segala jasamu.

huwaaaaa..sedihnyaaa..
#nangis





 -MrsPuex-

Wednesday, January 17, 2018

Minum gula at week 14 of pregnancy

Assalamualaikum/Hai,


Harini aku ada pesta minum gula kat klinik.
Masya Allah manis keting orang kata.

Baby dah 14 minggu.
So memang kena minum gula.
Hopefully everything goes well..


8.20 am - amek darah.
8.30 am - minum gula.
10.30 am - amek darah then balik.

By the time aku tulis ni, baru jam 945 am. Penantian satu penyiksaan nak menunggu jam 10.30 am uols!

Berdoa semoga tak muntoh gula terbelahak ni..tekak dah sebu. Perut dah sebu.

Semoga result baik baik saje.
Doakan mom-baby kuat ya.

#suprisingno3
#pregnancyjourneyisbegin



 -MrsPuex-

Tuesday, January 9, 2018

Alami Keriangan di Sunway Lagoon Sempena 25th Wonder Years!

Assalamualaikum/Hai, 


Cuti sekolah baru-baru aku berkesempatan untuk membawa anak-anak menikmati keriangan di Sunway Lagoon sempena 25 wonder years. #experienceit!

kalau korang nak tau, macam-macam ada dalam sunway Lagoon tau. Theme Park, Waterpark yang kita sedia maklum keseronokannya.. tak ketinggalan jugak tempat-tempat lain yang ada dalam Sunway Lagoon ni seperti rumah hantu macam macam patern, wild life park, extreme games pon ada ok.

tapi tak semua yang aku dapat masuk dan main sebab bawak anak maka limited sikitlah langkahnya.. rumah hantu tu berlalu pergi je sebab tak berani nak menjerit bersama-sama anak kat dalam tu..Game-game extreme pon banyak yang kita perati je sebab kekangan diri nak naik..hahahaha.. 
. maybe next time?? 

welcoming performance from Sunway Lagoon staff.

Jom aku bawak menjelajah tempat-tempat family friendly. mana tau boleh masuk dalam wishlist korang satu hari nanti.


Jangan tak tau, dalam Sunway Lagoon pon ada Wild Life Park tau. Kat sini korang boleh tengok persembahan daripada haiwan-haiwan yang begitu jinak dah terlatih bersama pelatih masing-masing di bahagian wild life theater. Antara haiwan yang sempat kami tengok semasa pertunjukan itu adalah itik, tupai, sekumpulan tikus putih, burung dan juga ular. 






waktu persembahan adalah jam 11.30 pagi dan jam 3.00 petang.



Dari Wild Life Park, korang boleh terus menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon. Jaraknya tak berapa jauh. Kat sini korang boleh bergambar bersama spongebob square pant dan sekawan teenage mutant ninja turtle mengikut sesi sesi yang telah ditetapkan . Kat dalam area sini jugak ada water park. Boleh tahan jugak la mainan air yang ada kat dalam tu.






Yessss... kawasan yang paling ditunggu tunggu oleh anak-anak. dari Nickelodeon Lost Lagoon, kalau korang taknak berjalan kaki, korang boleh menaiki trem yang disediakan oleh pihak sunway lagoon. 


Dari view sini, korang akan nampak aktiviti flying fox, jambatan gantung dan bungy jumping sebagai sukan lasak yang ada di sunway lagoon. kami peraatiii je dari jauh sebab masa tak berapa sesuai nak naik.. teringin tu ada tapi nanti la kalau ada rezeki lain, kita cuba pulak..



korang jugak boleh tunggu ombak besar setiap jam 4 petang kat kawasan ini. seriusly memang happening. 

bagi yang sukakan cabaran air, korang boleh try game ni. syiokkkk betul tengok dorang main luncur air ni..









Finally. 
Suspension bridge checked!
a must visit place ok.

Jambatan gantung terpanjang di sunway lagoon. dari sini korang boleh melihat pemandangan almost keseluruhan theme park yang ada dalam sunway lagoon. ai is teruja sangat sangat sebab akhirnya dapat juga jejak ke sini.. beberapa kali datang, tempat ni la selalu tercicir list tauu..

Last sebelum balik, gumbirakan hati si anak bujang untuk naik merry go round ni.. hanya kanak kanak tinggi dia je yang lepas nak naik. yang kecik, boleh ditemani oleh sorang parent untuk main merry go round ni.



the kids had sooooo much splashhh splashhh time!
kids happy, mom double happy! *abaikan jerawat kegembiraan setepek di muka..hahaha..

Thank You Sunway Lagoon sebab menceriakan hari hari cuti sekolah untuk anak anak saya,
yess!! definitely we will come again and again ..
 #experienceit!

untuk info lanjut tentang Sunway Lagoon dan bagaimana nak beli tiket atau nak tengok best deal dari Sunway Lagoon dari semasa ke semasa, korang boleh refer details seperti di bawah :

website :
facebook :
Instagram :




 -MrsPuex-

Monday, January 8, 2018

Majlis Pelancaran Produk STEA : Be Gorgeous And Healthy Everyday

Assalamualaikum/Hai, 

Siapa yang tak nak cantik dan tak nak sihat kan?? 
Cantik dan kurus tu satu anugerah. Tapi macam mana kita nak kekalkan cantik dan kekalkan jugak kurus dalam masa yang sama nak sihat??

senang jee.. meh saya kongsikan sesuatu dengan korang semua. Baru-baru ini saya telah hadir ke majlis perasmian produk berjenama STEA yang memfokuskan penggunaan teh hijau dalam semua produk-produk mereka.


Kecantikan dan kesihatan adalah anugerah terindah. Setiap insan ingin kelihatan cantik dan sihat setiap masa. Manjaga kesihatan luaran dan dalaman menjadi kemestian setiap insan. Kesibukan dengan rutin harian sepanjang hari tidak membataskan bagi setiap individu untuk kekal cantik, sihat dan cergas. 


Memahami keperluan wanita yang sangat sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri, STEA telah melahirkan produk kecantikan luar dan dalam produk yang sangat senang dan cepat digunakan. Produk minuman dan rawatan wajah yang berasaskan teh hijau menjadi pilihan STEA bagi memastikan semua wanita di luar sana sentiasa muda, sihat dan berseri.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor
Penyanyi Amylea Azizan yang berjaya memukau para tetamu yang hadir dengan suara yang lunak dan masih berbisa..kipidap dear!

STEA TEH HIJAU


Teh hijau asli STEA adalah daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi jepun. Dipilih oleh pakar bagi memastikan rasanya yang luar biasa dan tetap segar. Didalam uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut 'matcha'. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kelihatan dan kecantikan. Serbuk matcha mengandungi 17 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.

KENAPA KENA MINUM TEH HIJAU STEA?

Sebab :
  • Mengawal berat badan
  • Meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan msalah pembuangan
  • Membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolesterol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • Tinggi anti oksidan
  • Menmbah tenaga
  • Menghalangkan pengumpulan lemak dalam badan

nak tau tak, STEA teh hijau ini juga sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga dan sebagai booster sebelum melakukan senaman. 

STEA BEAUTY


STEA Beauty adalah produk diformulasi berasaskan teh hijau. didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat wajah anda. 


Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali kita mencuci muka. Mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kuit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.


Serum STEA bertindak sebagai agen merawat wajah rosak anda. Kandungan utamanya terdiri daripada ekstrak teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi meastikan kesan maksimum kepada setiap pengguna. Teksturnya dalam bentuk jeli dan tidak melekit sangat menyejukkan dan memberi kesegaran pada wajah setiap kali penggunaan.

Kelebihan STEA BEAUTY adalah :
  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • Mengecutkan jerawata dengan cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
  • Mngurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus 
  • Mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sunburn
  • Agen anti penuaan
  • Menanggalkan whitehead dan blackhead
Jadi, silalah gunakan atau cuba dulu STEA Beauty untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat dan berseri-seri sepanjang hari. saya mesti cuba !hehehe..


Bersama pengasas produk Puan Mastura yang sangat humble.
 Dengar-dengar bakal keluarkan produk terbaru yang ketiga?? ehemmmm...

antara rakan blogger/media yang hadir ke majlis pelancaran produk STEA.
thanks for having us.


HARGA :

STEA TEH HIJAU : RM60.00
STEA BEAUTY : RM89.00 


boleh juga beli secara online. untuk maklumat lanjut atau pembelian, boleh refer :


 -MrsPuex-

Surprising Number Three!

Assalamualaikum/Hai,


Selamat tahun baru 2018.
hari ke lapan baru nak updet untuk tahun 2018.
apekahhhh??
hahaha..

Sebelum blog memulakan bicara tentang segala review yang akan datang dan jugak yang tertangguh tahun lepas, (*mak is mabuk tengok blog sendiri) , suka cita sangat nak berkongsi sesuatu rezeki kepada rakan alam maya ku..



Alhamdulillah.
Allah bagi rezeki untuk kami dalam bentuk anak. Suprising nombor 3.
almost 14 weeks in my womb.
jangka lahir 14 Julai 2018 . date yang sama mama papa sambut  11 tahun usia perkahwinan
in sya allah.
rezeki papa balik dari mengerjakan haji agaknya.. mungkin ni salah satu doa yang dia panjatkan di sana.

1st trimester berlalu dengan jayanya. weldone embrio!
tapi.
nak masuk 2nd trimester ni, baru nak rasa mual, pening, segala macam serba tak kena. tengok bontot kuali pon menyampah. tapi gigih masak jugak untuk kesayangan di rumah.

kalau nak makan, mesti cari makanan pedas+ masam. ikutkan memang tak lalu sangat nak telan..
kang dehydrate kang lagi bahaya.. gigih jugak telan walau sikit.

doakan mom-baby melalui perjalanan 9 bulan ini dengan jayanya ya.

zat utk adik baby.
obimin.

sebenarnya belum bukak buku kat klinik gomen lagi..
tunggu sikit dalam minggu ni la kot..aduhaiii malasnyee nak menebeng kat klinik ibu anak ni..
kompom kene minum air gula..

barang-barang baby pon dah mula pikir nak beli sikit-sikit.
paling penting pam susu. mama istiqomah nak menyusu adik baby sampai 2 1/2 tahun.
semoga ada rezeki untuk adik baby mama ni..
kot kot dapat review untuk pregnant mommy ke kann..

work hard, eat harder. eyh!!

doakan kami ya korang.
masih terkejut tapi teruja.

aireen qaisara- 10 tahun
airiel qaid - 6 tahun
adik baby - 14 weeks


 -MrsPuex-