Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, December 19, 2018

Bayar Zakat lebih mudah dengan Kaunter Zakat Bergerak PPZ

Assalamualaikum/Hai,

Zakat.

Harta yang dimiliki ini semuanya hanya milik Allah. Dia yang memberikannya. Dia yang memilih kita untuk diberikan rezeki. Kita hanyalah pemegang amanah. Justeru apabila Allah memerintahkan kita untuk mengeluarkan 2.5% daripada harta sebagai zakat, maka itu juga adalah amanah kepada kita.

Zakat dari segi bahasa adalah BERSIH, SUCI, SUBUR, BERKAT dan BERKEMBANG iaitu membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bkhil. Dalam erti kata lain, ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Banyak cara kita boleh bayar zakat. selain dari bayar zakat di kaunter-kaunter yang terpilih, sekarang kita juga boleh tunaikan tanggungjawab membayar zakat di kaunter zakat bergerak .lebih mudah dan lebih fleksibel!

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak.



Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah menyediakan perkhidmatan kaunter zakat bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat taksiran zakat dan apa-apa pertanyaan berkaitan zakat. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pertanyaan zakat, taksiran zakat, skim potongan gaji zakat (skim thohir), salinan penyata atau resit zakat.

Kaedah Pembayaran Zakat 

Ada dua kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP iaitu secara tunai dan cek atau secara kad kredit atau kad debit.

Bagi pembayaran zakat yang melebihi RM5000 dan ke atas, PPZ-MAIWP telah menyediakan perkhidmatan zakat DOOR-TO-DOOR terus ke rumah atau ke pejabat anda.


Kelebihan Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak 

Pegawai yang mesra pelanggan

Perkhidmatan Lebih Mudah
Cenderahati menarik menanti
Perkhidmatan ke tempat anda
Perkhidmatan yang cekap & pantas
Kemudahan yang selesa




Untuk keterangan lanjut boleh hubungi maklumat seperti di bawah :


Hotline : 1 300 88 5757



 -MrsPuex-

8 comments:

Intan Saffyna said...

senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak!๐Ÿ˜„๐Ÿ˜˜

linda lin said...

Mudahnya nak bayar zakat bila dah ada kaunter bergerak mcm ni...

Azlinda Azman said...

Kita pun kejar kaunter bergerak aritu untuk byr fidyah. Tapi LZ Selangor lah. Kebetulan dkt opis dia dtg. Untuk zakat lain, selalunya online je

Maha Mahu said...

Bagus mcm2 cara nak bg kemudahan orang bayar zakat harap tak ada alasan lg.. kita byr online sahaja...

Hernee Nazir said...

bayar zakat lebih mudah..tiada alasan lagi kan..

Mrs FaRa said...

mudah skg nk byr zakat

Cerita Huda said...

bagus sekarang ni, mudah sangat nak bayar zakat

Fadzi Razak said...

Ni kalau orang still tak nak bayar zakat bila dah ade kaunter bergerak ni tak tau lah kenapa