Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, June 28, 2018

Sertai Peraduan Pokka Rasa Raya Dan Menang Hadiah Lumayan Bernilai RM10K

Assalamualaikum/Hai,

Musim raya ni banyak peraduan-peraduan yang boleh kita sertai. Salah satu darinya adalah dari brand Pokka. Aku dan keluarga memang peminat tegar brand pokka ni. terutama minuman milk tea. berbotol-botol beli sebabnya suami memang hantu milk tea. brand pokka ni je yang kena dengan tekak sebab tak manis sangat dan rasa teh tu just nice orang kata.. aku dari tak suka pon boleh tersuka tanpa sengaja jugak. my fav is coffee / cuppocino dia.

Untuk pengetahuan korang, Pokka Milk ada buat contest. hadiah boleh tahann hebat tau! Mana yang rajin beli dan minum produk ni boleh la cuba nasib..mana tau mengena ke kann..




PERADUAN POKKA RASA RAYA .

Cara-cara untuk sertai peraduan Pokka Rasa Raya :


1.Beli produk POKKA Milk minimum RM10 dalam satu resit. 
2.Cipta satu resepi menggunakan produk dari POKKA Milk. Snap gambar/ buat video utk step-step resepi anda. 
3.Hantar resepi anda beserta resit pembelian ke FB Mesengger POKKA.


Ade rezeki, anda berpeluang menang:
1.GRAND PRIZE: An open house catering package worth RM10,000
2.CONSOLATION PRIZE x 3: RM200 cash + POKKA hamper + 1 month’s supply of POKKA drinks
3.WEEKLY PRIZE x 20: RM100 worth of shopping vouchers + 1 month’s supply of POKKA drinks.

T&C apply.

Best tak hadiah tuu?? Kalau dapat grand prize, jgn lupa jemput sis beraya taauu..

TRIFFLE DE POKKA.

Image may contain: 1 person, smiling
Anak bujang bersama barisan pokka melon milk dan banana milk. korang boleh dapatkan produk ni di pasaraya berhampiran korang seperti Aeon, Giant, Tesco dan lain-lain. harga pon berpatutan. rasa dia, aku gerenti sekali korang beli, korang akan beli lagi dan lagi dan lagi.
Aku sempat cipta resepi berasaskan produk dari Pokka ni. Kali ni nak try buat dari perasa tembikai susu dan pisang susu. Penah dengar orang buat triffle dari brand pokka?? tak pernahkann?? hahahaha..Jom check it out. share sini mana tau korang pon teringin nak cuba. sharing is caring katanya..


Bahan-Bahan :
1. Pokka melon milk + banana milk - secukupnya
2. buah tembikai susu (dipotong dadu) - secukupnya
3. buah pisah dipotong nipis nipis - secukupnya
4. 1 bungkus agar-agar
5. 1 tin cocktail
6. kek swissroll - 1 peket. *aku amek perisa kopi sebab sedap bau kopi*
7. kristal jelly. *aku suka guna brand nona sebab wangi

Cara - Cara :
1. potong kek swissroll dan susun secara rapat-rapat dan padat-padat ke dalam bekas/tupperware. buat 2 bekas. 1 utk triffle melon milk. satu lagi untuk banana milk. ketepikan.
2. masak agar-agar sehingga larut. tapis dan bahagikan kepada 2 mangkuk sama rata. kalau nak manis, boleh tambahkan sedikit gula. aku suka less sugar so memang xde bubuh gula dalam agar2.
3. tuangkan pokka melon milk + banana milk ke mangkuk yang berisi agar-agar yang telah dibahagikan siap siap tadi. sejukkan seketika dalam peti ais.
4. tuang agar-agar (separa sejuk) ke dalam bekas berisi kek swissroll. *pastikan sejuk. kalau masih panas dikuatiri agar-agar masih cair dan meresap ke dalam kek*
5. tuangkan buah cocktail ke dalam kedua-dua bekas agar-agar. 
6. susun buah tembikai susu ke dalam bekas agar-agar melon milk pokka.
7. susun buah pisang yang dipotong dadu ke dalam bekas agar-agar banana milk pokka.
8. masak agar-agar kristal jelly sehingga larut di atas dapur. *rujuk panduan kat kotak. . 
9. tuangkan agar-agar kristal jelly ke dalam kedua-dua bekas melon milk dan banana milk sehingga menutupi buah-buahan .
10. sejukkan di dalam fridge.
11. sedia untuk dihidangkan kepada tetamu.

hasilnyaa.


Taraaaaaa!!!
mempersembahkan Triffle De Pokka by urs truly - mrspuex. amboi  kemain nama resepi..hahaha

Apa lagi?? jom la buat resepi mengikut kreativiti korang sendiri.. macam-macam menu yang boleh korang buat selain dari resepi pencuci mulut ni. contohnya korang boleh buat resepi kukus/panggang/grill/rebus.. why not kan kan??

dah beli produk ni, try masuk peraduan sekali. cipta video resepi korang dan hantarkan penyertaan ke fb pokka.. mana tau rezeki termenang. aku tumpang gembira.. gituuu..

keterangan lanjut boleh check di FB pokka : https://www.facebook.com/pokka.my/

Good Luck uols!

-mrspuex-



Saturday, June 23, 2018

Rebut Hadiah RM10K Gold Bar Dengan Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Assalamualaikum/Hai,

Julung-julung kalinya Seraimas Herb menawarkan peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold dengan hadiah berupa RM10K Gold Bar tau. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia bila menang kontes.. hehehe.. tak cuba tak tahu. rezeki di mana-mana.. so apalagi, jom la cuba nasib..


Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018. Kalau anda dan keluarga  memang mengamalkan minum  Jus Hidayah Gold ni, inilah masanya dan peluang terbaik untuk mencuba nasib untuk join peraduan ini. alah membeli memang hadiah gituuu. 
Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan. Segala info tentang maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian. stay tune!
Yang bestnya peraduan ini, bukan satu penyertaan, malah anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka tapi dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 1/7/2018 jam 10 malam.
Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
Syarat-Syarat Penyertaan :
  • Beli Jus Hidayah Gold
  • Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  • Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  • Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  • Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  • Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
    1. Gambar adalah milik anda
    2. Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
    3. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
    4. Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  • Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Hadiah yang Ditawarkan kepada Bakal Pemenang :
Seramai 5 orang pemenang bertuah akan dipilih. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah :
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Imam Muda Asyraf Sebagai Duta Produk 

Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Imam Muda Asyraf juga turut dijadikan duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.
Umum mengetahui Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.
Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

Serai Mas Herbs Sdn Bhd

Sedikit info tentang pihak penganjur peraduan iaitu Serai Mas Herbs Sdn Bhd. Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.
Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.
Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.
Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.
Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.
Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.

Jus Hidayah Gold
Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik. Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah TiĆ­n, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit. 
Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.
Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan. Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.
Kepada anda yang belum mencuba, boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di:-

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
No Telefon : 6012 7848364
Website: www.seraimas.my 
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

Lama tak join peraduan. nak cuba nasib la..mana tau rezeki termenang pulak kali ni.. aminnn... korang, jomlah join..mana tau rezeki korang jugakkan.. Kalau beli, badan jadi sihat, kalau menang peraduan, hati jadi gumbira.. banyak woooo RM10k tauu..hehehee..

Bismillahh..

-MrsPuex-

Wednesday, June 13, 2018

Jom lakukan pemeriksaan kaki di Sunfeet International Rehabilitation Centre

Assalamualaikum/Hai,

Ramai sebenarnya yang kurang mengambil berat tentang kesihatan tapak kaki.
Saya pon tak terkecuali. jarang menitikberatkan perubahan jenis tapak kaki.
tau tak, dari tapak kaki, kita boleh dapat pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri pon tak sangka.
contoh paling dekat adalah sakit pinggang.
Contoh lain, kalau tapak kaki kita sakit, biasanya kita just pergi berurut je kan.
Pernah tak korang terpikir untuk merawat tapak kaki selain daripada kaedah mengurut?
pernah tak korang terpikir nak cari kasut yang sesuai dengan keadaan tapak kaki kita?

Saya dan keluarga berkesempatan untuk datang ke Sunfeet International Rehabilitation Centre untuk memeriksa sendiri keadaan tapak kaki masing-masing. Ok jom saya cerita sikit tentang Sunfeet International Rehabilitation Centre.

Sunfeet International Rehabilitation Centre


Sunfeet diasaskan oleh Mr Lee Joo Wee untuk memenuhi harapan terakhir ayahnya iaitu  Mr Lee Yin untuk menubuhkan pusat pemulihan orthotics dan prostetik untuk membantu lebih ramai pesakit dengan keadaan muskuloskeletal dan gangguan fizikal sejak tahun 1978.




Dato Dr Edmund Lee iaitu seorang  pengasas MyOrtho, jenama pakar penjagaan kaki pada tahun 2010. Beliau menyedari betapa perlunya beliau menyambung legasi untuk mencapai impian  datuknya berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre.
Terdapat empat jenis masalah yang melibatkan tapak kaki. Antaranya adalah pronated, flat, severe flat, high arch. Untuk yang normal, peratusannya adalah sangat rendah.


Dalam kes ni, tapak kaki anak bujang, airiel qaid yang ketara sangat flat .Bila tanya kepada yang pakar, puncanya adalah dari pemakaian kasut..huhuhuuu...




keadaan tapak kaki incik suami dalam kategori high arch. 
macam mana nak menangani permasalah tapak kaki ini?
caranya adalah dengan memakai custom insoles.

Custom Orthotics Insoles 
No automatic alt text available.

tapak kaki yang bermasalah boleh dirawat dengan memakai custom insoles. kelebihan sekiranya memakai insoles ni, ia akan mengembalikan bentuk tapak kaki kepada normal (bergantung kepada tahap masalah tapak kaki) dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan masalah sakit belakang, sakit tumit dan beberapa masalah yang lain.



Sekarang baru saya tahu, kalau ada masalah yang berkaitan tapak kaki, kita perlu dan wajib memakai kasut yang sesuai dengan masalah tapak kaki kita.Bukan semua kasut di luar sana yang sesuai dengan kita tau. biasa, kalau nak membeli kasut, kita akan tunggu sales atau kasut yang murah-murah tanpa mempedulikan tahap kesihatan tapak kaki kita. Pada pendapat peribadi saya,  biarlah melabur sikit demi kesihatan yang berpanjangan. betul tak??



test kasut Ortho Lady & Gent by Schein. buatan german.


tergoda sungguh dengan sport shoes ni. raya pakai kasut ni aci takk?? hahaha

Sempena Hari Raya yang bakal tiba, Sunfeet International Rehabilitation Centre ada menyediakan tawaran dengan diskaun sebayak 10% untuk kasut-kasut yang diperbuat daripada German dan Custom Made Orthotics Insoles. Seriusly, bila dapat sarung, kaki rasa sangat selesa. lembut sangat tapaknya bila kita pijak. Siapa yang belum beli kasut raya, apa kata singgah ke Sunfeet International untuk shopping kasut raya. berbaloi memang berbaloi. atau, korang boleh hadiahkan kasut sedap ni kat mak ayah korang. gerenti sayang dorang tinggi melangit..hehehe..sesekali bahagiakan orang tua kita apa salahnya kan??

Dr Edmund Lee bersama blogger yang hadir.

 Korang boleh datang ke Sunfeet untuk melakukan pemeriksaan secara percuma tau. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre, boleh refer details di bawah :

Waktu Operasi :
Buka setiap hari, 7 hari seminggu
masa : 10 pagi- 7 petang.

Alamat :
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No telefon :
013-5283939 / 013-9122939





 -MrsPuex-

Tuesday, June 12, 2018

NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS

Assalamualaikum/Hai, 



Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat Nombor 1 Dunia, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan. bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B,vitamin E, mineral dan fitokimia. 
  

 “Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal!


Apakata anda cuba resepi Biskut Beri Biru Multigrain Cereal.

Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

Saiz Hidangan: 40

Bahan-Bahan
·         125g marjerin
·         100g gula kastor
·         1 biji telur
·         150g tepung naik sendiri
·         ½ sudu teh soda penaik
·         60g beri biru kering
·         ½ sudu teh garam laut  
·         120g Quaker Multigrain Cereal

Cara-Cara :
  1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.
  2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim.
  3. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.
  4. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.
  5. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.
  6. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan. 
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.


Jom Sihat Bersama Quaker Oats!
 -MrsPuex-

Monday, June 11, 2018

Scan 5D adik baby di Klinik My Family

Assalamualaikum/Hai,

Alhamdulillah mama berkesempatan untuk buat 5d scan untuk adik baby di klinik My Family. Rezeki untuk adik baby katanya. Masa zaman mengandungkan kakak dan abangnya dulu memang takde la nak buat 4d scan ni.. 2d scan pon utk tengok secara random je keadaan kakak dan abang dalam perut mama. zaman dah berubah. turn adik baby, dapatlah merasa scan untuk 5d. memang details sangat. terang jelas dan nyata. 

Person yang in charge adalah Puan Suraya. Sangat humble dan sabar melayan kerenah malu-malu adik baby bila nak kena scan. Usia adik baby dalam perut mama 32 minggu. so nak capture penuh memang agak sukar jugak sebab adik baby dah padat kat dalam perut mama dan perut mama agak kecik. adik baby time tu sedap sangat berbantalkan uri dia. lagi susah auntie suraya nak tengok..hehehe.. seriusly memang saja nak buat surprise kat semua orang. Jantina pon dah dapat detect boy or girl. soo, senang mama dan papa nak buat preparation sikit-sikit untuk adik baby. Perasaan mama masa tu tak boleh nak digambarkan betapa happy sangat dapat tengok adik baby. alhamdulillah adik baby sihat dan baik-baik sahaja kat dalam.  

Beberapa details scan yang dilakukan kat adik baby. antaranya nak tengok jantung, struktur buah pinggang, ukur lilit kepala, kaki/tangan, jantina, kuantiti air ketuban, kedudukan uri/placenta.
Kat bawah ni ada beberapa momen yang berjaya dicapture oleh Puan Suraya.  jom tengok jom!

DETAIL SCAN (2D)





3D/4D/5D/HDLIVE SCAN

adik baby tengah menguap. cute takk??

adik baby memberikan senyuman paling menawan untuk mama, papa, kakak dan abang..
mama is meltingg!

muka serius sangat tu kenapa dik?? hehee


Sebenarnya, disyorkan untuk buat 5d scan adalah dalam lingkungan usia kandungan 30 minggu ke bawah.. mungkin time tu dapat capture secara penuh. 

KLINIK MY FAMILY.


Klinik My Family menyediakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan. Antaranya adalah :

- pemeriksaan mengandung
- ultrasound (2d,3d,4d,5d)
- pemeriksaan bayi dan kanak-kanak
- vaksin
- pemeriksaan darah
- Asma
- batuk / demam / selsema
- Pemeriksaan perut
- Pelvis
- dan lain-lain servis.

Jangan risau. Doktor wanita yang berpengalaman yang akan entertain pelanggan di klinik My Family ini. Terdapat juga pakej-pakej ultrasound dan pakej atenatal check up.

Jom check it out ! :

pakej ultrasound


pakej atenatal

Lokasi Klinik My Family pon senang sangat nak cari . sebab, klinik ni berada dalam kawasan bandar jugak. lebih spesifik, terletak di kawasan penduduk yang padat. Cuma, anda perlu bersabar untuk mencari parking. maklumlah, klinik ni terletak di dalam kawasan perumahan. Untuk servis, layanan, memang tiptop. staff yang peramah, suasana klinik yang tenang untuk keselesaan para ibu mengandung atau anak-anak menunggu giliran untuk diperiksa. Yang paling penting, semua kelengkapan yang disediakan adalah up-to-date. Jujur cakap, tak banyak klinik yang menyediakan perkhidmatan 5d scan ni tau. 

direction/landmark untuk ke Klinik My Family.



simpan sebagai kenangan terindah adik baby dalam perut mama..hehehe..
  
kenangan bersama puan suraya yang sangat sabar layan kerenah adik baby..hehehe..
kenape awak malu-malu sangat wahai adik baby?? takk puas tau mama nak tengok awak kat dalam tu.. ke awak memang nak seperaiskan mama?hehehe..


Alhamdulillah sesi 5d scan untuk adik baby berjalan dengan lancar walaupun orang dalam tu pemalu sesangat. Seriusly, memang seronok mengadap 5d scan ni tau.. puasss hati!.

Ibu-ibu mengandung yang teringin nak buat servis 5d scan boleh la datang ke Klinik My Family ni. Sangat disyorkan. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok details kat bawah ni ok.

KLINIK MYFAMILY

Alamat : 
B-G-14, Residensi Bistaria,
Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 
03-41622754
016-6211002

Facebook : 

Instagram :

mama is counting days untuk lihat adik baby secara live. doakan kami selamat ya..aminn..

 -MrsPuex-

homemade biskut raya edisi 2018

Assalamualaikum/Hai,

memang setiap tahun akan buat 2-3 jenis biskut raya sendiri..
dulu-dulu masa bujang, dekat 9-10 jenis kauu..
sampai terlentang terlangkup kat dapur tu menunggu turn biskut nak kena bakar..

bila dah kahwin ni..hajat tu ade juga sebab nak makan sendiri buat tapi apekan daya.
kita buat mana biskut raya yang terpenting untuk sambung legasi je la ye..
ade yang cakap, beli je la kan senang..
no no no.. mood raya aku nak mai bila ada bau biskut raya dalam umah..
haaaaa... barulah semangat tu lain macam weii..

biskut raya homemade yang masuk dalam list wajib setiap tahun adalah:

- biskut cornflakes
- cornflakes madu
- chocolate chip ala femes emes style - ubah resepi ikut sukahati..hahah

weekend lepas, gigih aku dgn adik buat projek biskut raya.
tengah sarat pon ku redah jugak.. aku amek tender duduk menggentel biskut kat meja je la..
tugas bakar-membakar ulang alik ke oven, pas ke adik aku..hehehe..
dan bebahan mentah termasuk balang semua minta adik aku prepare awal.


day 1 - sabtu.
buat biskut raya pertama - cornflakes madu

Image may contain: flower and food
cornflakes madu in the making. yang ni tunggu turn nak masuk oven.


team production untuk projek cornflakes madu.
2 bancuhan sekejap je setel.
tugas aku just tabur sprinkles kat cornflakes aje..
bahagiaaa wei banyak esisten menolong..
alhamdulillah.. semua ringan tulang walaupun jam dh dekat kol 12 tengah malam dan memasing berganti ganti menguap.. 
biar dorang rasa sendiri susah senang nak menyambut syawal yang mulia ini..
lagipun, dorang jugak la yang bakal menyambung tradisi ni tauuu..
gituuhhhhhh...

day 2 - ahad 
buat biskut raya kedua - biskut cornflakes.

Image may contain: food
in the making.
tunggu turn nak masuk oven jugak.


Image may contain: 9 people, including Mohd Azahari Mohd Roslan, Nooraini Zubir, Noor Hayati and Shazelan Lan, people smiling, people eating, people sitting, food and indoor

hari kedua lagiii ramai team production menolong..
4 bancuhan selesai dengan jayanyaaa..
time ni tak sabarrrr nak tunggu berbuka sebab nak ngap biskut ni..
aduhhh bau semerbak kat dapur..
mujurrr mamayong berhati kental. hehehe..

part paling kelakar,
laki aku pegi kaupp adunan kat mangkuk konon tak nak membazir..
last last balance adunan kat jari dia, dia pi masuk dalam mulut..
lepas tu baru sedar tgh puasa..
kelam kabut masuk toilet basuh mulut..hahhahaa..
terbahak2 memasing..
hahahahaa..haruuuuuu!!!

biskut raya ketiga- choc chip tak sempat nak buat sebab kekangan masa.
maybe akan repeat biskut ni selasa mlm nanti..in sya allah..
tak lengkap wei kalau xde homemade choc chip ni..
sejenis gigihkan kami ni..

korang buat sendiri jugak ke atau tunjuk tunjuk kat kedai je??
tak kisah pon kan janji ade la jugak biskut raya utk dihidangkan kt tetamu yang datang beraya nanti ye dak.??


 -MrsPuex-

Thursday, June 7, 2018

Honor Malaysia Lancarkan Honor 7A & Honor 10 Edisi Phantom Green Secara Eksklusif di Shopee!

Assalamualaikum/Hai,


Seperti yang kita sedia maklum, Shopee merupakan salah satu platform untuk kita yang gemar shopping secara online. Pelbagai barang dengan pelbagai jenama yang ada di Shopee. Terkini, Shopee dengan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.




5 spesifikasi menarik yang ada pada smartphone Honor 7A :

1. paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. 2. dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.
3. dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan.
4. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. 5. menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.

Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day.

Berita baikkk!!!
Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Korang boleh layari https://shopee.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore jika nak menikmati keistimewaan pada Super honor day!

Dannn..
Jangan lupa download apps Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Saya sudah download!
Anda bila lagi??? Hehheee..

#SuperHonorDay #ShopeeMY

 -MrsPuex-