NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS

Assalamualaikum/Hai, 



Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat Nombor 1 Dunia, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan. bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B,vitamin E, mineral dan fitokimia. 
  

 “Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal!


Apakata anda cuba resepi Biskut Beri Biru Multigrain Cereal.

Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

Saiz Hidangan: 40

Bahan-Bahan
·         125g marjerin
·         100g gula kastor
·         1 biji telur
·         150g tepung naik sendiri
·         ½ sudu teh soda penaik
·         60g beri biru kering
·         ½ sudu teh garam laut  
·         120g Quaker Multigrain Cereal

Cara-Cara :
  1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.
  2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim.
  3. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.
  4. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.
  5. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.
  6. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan. 
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.


Jom Sihat Bersama Quaker Oats!
 -MrsPuex-

0 Comments