Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, November 26, 2018

Orientasi tahun 1/2019

Assalamualaikum/Hai,

Pejam celik, pejam celik dah masuk ke alam persekolahan dah anak mama..

Harini mama papa cuti utk hadir orientasi tahun satu anak bujang mama, airiel qaid..

Start mula beli baju sekolah sampailah nak menggosok baju, perasaan tu lain mac rasa dia..hati tisu pulak mamanya.. padahal si anak kemain heksaited berzikir kat mama bila nak pegi sekolah.. nak pakai baju sekolah baru lee tuuu..

Kaki silang tu well trained..hahah



Pagi tadi pon dah ada anak anak yang berdrama depan pagar sekolah sambil tarik tarik baju maknya..

tapi anak mama steady je sepanjang masa senyum kembang setaman saat melangkah masuk ke sekolah.. tgk gambar kat atas pon dah tau kan, kan, kan..well done!! Lagi best, dia dah start cari geng..hahaha..

Doa mama,

Semoga anak mama dapat menimba ilmu dengan sebaiknya..menjadi murid yang cemerlang, terbilang dan menyenangkan hati cikgu cikgu di sekolah..

You can do it bebeh!!

Monday, November 19, 2018

Airiel Qaid dah konvo dah..

Assalamualaikum/Hai,

simpan sini untuk kenangan di masa akan datang.
hujung tahun bermulalah episod konvo+penyampaian anugerah anak-anak di tadika/sekolah..

so nak cerita jugak kisah semalam.

my 2nd born, Muhammad Airiel Qaid bin mohd Azahari dah tamat belajar 6th year di tadika.
semalam diadakan convocation ceremony untuk meraikan tahun terakhir mereka di tadika.
lokasi pon memang ohsem.. di fakulti kejuruteraan UPM serdang. merasalah mama papa semua masuk dan tengok anak anak grad. feeling mcm anak2 dah tamat belajar habis sem uols.. hahaha.. impian besarr.. insya allah moga moga kejayaan sentiasa menjadi milik mereka..

agaknya tecer saja bagi gempak buat kt Universiti bagi anak2 dapat sedut aura belajar tu lebih sikit bila naik tahun 1 nanti..

ok lah malas nak bebel.. kita pam gamba sepanjang program berlangsung ya.. gambar agak limited sebabnya adik baby meragam. kacau tido time dia la tuuuuu.. tak sporting la adik.. sib baik kakak rekod persembahan abang qaid walaupuunnnnnnn.. #sambung sendiri.. hahaha.. jadilah dari takde ye dakk..

eh membebel lagi.. hahahaa..

rakan seperjuangan.



tukar costume utk persembahan..tajuk persembahan dzuliman ke zoo..
 qaid dapat costume sapi (read lembu)hehehe.. comel gilerrr..


alololoooo...


mama selfi seketul dengan adik baby sebelum adik baby zzzzz nak tido.. terpaksa kluar dewan carik kipas..huhuu..

bakal bakal engineer..ameeennn.. amek aura sikit dari fakulti kejuruteraan UPM.

tunggu turn amek anugerah.
segak semua orang..


qaid in action

senyum meleret anak bujang mama


group photo be likeeee..heheheee
 
19th convocation ceremony!


photo kat booth depan dewan plak.. 


family potrait is a must..alhamdulillah..moga anak anak mama berjaya dunia akhirat..
 tu bukti adik baby tido.. kejung tangan mama.. stroller ada tp takmo letak...

Most Courageous Khalifah..


kakak aireen 2014 + abam qaid 2018.
soon adik baby plak.. in sya allah.. 

eyh anak dara mama ni dah besarrr dia.. perangai?? aduhaii anak dara nak membesar macam macam hal.. tahun depan darjah 5 dah.. nnti tau tau, mama kakak nak kawin.. ohh nooo!! 
#simptommakmak beginilah kot kan..

video persembahan (persembahan pembukaan bacaan yasin ayat 1-12 dan two words song + persembahan dzuliman ke zoo) boleh tengok di fb : https://www.facebook.com/znooraini/videos/10156699013784788/?notif_id=1542607907926898&notif_t=feedback_reaction_generic


tu je nak cerita sini.. semoga anak-anak mama membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. aminnnn..

 -MrsPuex-

Friday, November 16, 2018

PELANCARAN KIDZ VS FOOD 3.0 BERTEMAKAN “SERVE UP KINDNESS” OLEH AHLI CONGREZZ KIDZANIA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum/Hai, 

Bersempena dengan pelancaran KidZ vs Food 3.0, ahli CongreZZ KidZania telah membuktikan bakat memasak mereka dengan menyediakan jamuan untuk kanak-kanak daripada *Hilla Community Centre. Program cuti sekolah yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember membawa pelbagai aktiviti-aktiviti harian dan hujung minggu yang bertujuan untuk memupuk kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan.


Pada penganjuran kali ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh chef ‘Abang’ Brian daripada Young Chef Academy (YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang buat kanak-kanak daripada Hilla Community Centre.


“Kita akan berpuas hati dan lebih berkeyakinan apabila berjaya menyediakan hidangan untuk diri sendiri apatah lagi kita menjamu orang lain. Ini adalah nilai yang penting dan boleh dijadikan pengajaran untuk pelbagai situasi dalam kehidupan harian kanak-kanak. Kerjasama yang dipamerkan oleh ahli CongreZZ ketika menyediakan hidangan harini, sangat selari dengan kepercayaan KidZania Kuala Lumpur ‘Learn Life Today’, dan melalui ini mereka juga dapat mempelajari satu nilai yang sangat penting iaitu membantu golongan yang memerlukan,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Usaha mereka adalah contoh yang baik dan melalui program KidZ vs Food 3.0 tahun ini kanak-kanak berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti memasak serta mempelajari skil penyediaan makanan,” katanya lagi.


 Antara aktiviti yang dijadualkan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah Pop Up Kitchen dan Drink Station yang akan membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah. Selain itu, terdapat juga aktiviti Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan seperti Ice Fishing. Aktviti Food Art pula dapat menyerlahkan kreativiti kanak -kanak untuk menghiasi hidangan. Ibu bapa juga boleh menyertai Parent & Kid Cooking Workshops yang akan menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu seperti Cinnamon Rolls dan Roti Bayam & Keju.

Penganjuran KidZ vs Food 3.0 ini disokong oleh Emborg, F&N, Kewpie Malaysia, MAMEE, Mission Foods, Malaysia Palm Oil Council, SHARP, Spritzer dan Young Chefs Academy.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

 -MrsPuex-

Thursday, November 1, 2018

Permainan olok-olok kadang kadang membantu perkembangan anak-anak



Assalamualaikum/Hai,

Tipulah kalau aku cakap zaman kita kekecik dulu tak pernah main permainan olok-olok.. macam macam permainan yang kita pernah buat.betulkan??

Contoh permainan olok-olok paling simple, police entry, main masak masak atau pun main kawin kawin..hahaha..bila terkenang kisah lama jadi kanak-kanak seronok jugakkan??

Bila dah jadi ibu ni, anak-anak menjadi keutamaan. Terutamanya dalam membantu perkembangan minda dan emosi anak-anak kita sementara nak tengok mereka membesar.

Ada pelbagai jenis permainan yang boleh membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak seperti permainan olok-olok. Salah satu cara mudah yang aku dapat kaji selidik adalah dengan bermain secara olok-olok. 

Image may contain: one or more people
anak bujang berjaya menghasilkan robot dengan lego mengikut daya kreativitinya

Kanak-kanak memang gemar bermain apatah lagi jika ia dilakukan secara sukarela dan menyeronokkan. Permainan olok-olok sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain selain menjadi sebahagian daripada kemahiran prapertuturan.


main congkak berdasarkan kepada peralatan sedia ada di rumah. sel-sel otak sedang berhubung.

main cikgu-cikgu. sorang jagi cikgu, sorang jadi anak murid.

Kebiasaannya, permainan ini menggalakkan kanak-kanak menggunakan minda mereka untuk bermain. Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain menjadi seorang doktor termasuk dalam kategori permainan olok-olok. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif penting dalam permainan olok-olok.

Selari dengan konsep permainan olok-olok ni, ada satu tempat yang memang sesuai dengan kehendak anak-anak untuk belajar secara praktikal. Di mana?? di KidZania Kuala Lumpur!

Apa yang best di KidZania Kuala Lumpur

KidZania merupakan satu tempat di mana mereka boleh belajar macam-macam. dengan keluasan 80,000 kaki persegi bandar bersaiz kanak-kanak dengan lebih daripada 60 pertubuhan, kanak-kanak berusia antara 4-14 akan mengalami pengalaman hidup sebenar dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, mereka akan belajar untuk menjadi bebas, mengetahui nilai kerja berpasukan, mengembangkan kemahiran dan yang penting sekali bagaimana mereka mengawal kewangan masing masing.

Oleh sebab itu, kalau ada masa terluang, aku akan setkan masa untuk anak-anak explore di KidZania. Biar anak-anak tahu macam mana mak ayah bertungkus lumus bekerja mencari duit untuk keluarga. Macam-macam aktiviti yang anak-anak boleh buat dengan sebebasnya.. parents pon boleh 'me-time' kat dalam tu while anak-anak bizi cari duit.

happy kid, happy mom!

Antara aktiviti kesukaan anak-anak kalau ke KidZania Kuala Lumpur adalah menjadi Ahli Bomba. Kerja berpasukan dititikberatkan dalam melaksanakan tugas. 




Selain itu, untuk seksyen produksi, anak-anak akan terus ke vitagen milk factory. di sini, mereka akan diajar bagaimana vitagen dihasilkan dari awal hingga akhir sekali. pembelajaran yang diperolehi, bila mereka minum atau membeli vitagen, secara automatik, mereka akan ingat semula apa yang merak buat di milk factory itu dan mula bercerita kat mama macam mana vitagen itu wujud.



 

Tempat ketiga, mereka bekerja sebagai pegawai HASIL di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mereka didedahkan dengan suasana bagaimana kerajaan mengutip hasil dan macam-macam lagi. Seronok tauuu tengok dorang bekerja. its sooo real! seriusly!



Sebenarnya banyak lagi permainan/ pekerjaan yang anak-anak boleh explore secara praktikal di KidZania Kuala Lumpur. Saya memang 100% rekemen kat ibu bapa di luar sana yang tak tahu kat mana nak bawak anak-anak mengisi masa lapang atau mencari pengalaman, silalah pergi ke KidZania Kuala Lumpur.. Anak-anak tidak akan pernah bosan dan sememangnya mereka akan rekues untuk datang lagi dan lagi untuk masa akan datang.. cuti sekolah dah nak bermula kan? apelagi, slotlah 1 hari ke KidZania Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut atau pertanyaan tentang KidZania Kuala Lumpur, boleh refer details di bawah :

Website : https://www.kidzania.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur/
Instagram : https://www.instagram.com/kidzaniakl/

No tel : 1300 12 KIDZ (5439)


 -MrsPuex-