Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, May 21, 2019

SACC CONVEC RAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

Assalamualaikum/Hai, 


Kedatangan Ramadan ramai berlumba-lumba untuk kumpul pahala sebab bulan ini Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatnya. Tidak ketinggalan, SACC Convec Sdn Bhd mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR dengan meraikan 22 orang anak -anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Puncak Desa Kepong dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam yang diadakan pada 8 Mei yang lepas.



Dalam majlis tersebut, SACC Convec Sdn Bhd turut memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Insdustries Sdn Bhd. Adalah menjadi matlamat utama program ini untuk membantu sedikit sebanyak, setidak-tidaknya menyokong mereka menjadi insan yang penting kepada negara dan pemimpin pada masa hadapan.


Semasa program ini, semua tetamu jemputan dirai dengan disajikan juadah set Ramadan edisi istimewa Sajian Nelayan yang disediakan oleh Wetside Bistro di SACC. Orang ramai turut berpeluang untuk merasai kelazatan dan variasi pilihan menu masakan melayu ataupun masakan cina bermula 7 Mei hingga 2 Jun 2019. Dengan harga bermula RM30.00 untuk seorang dengan minima set untuk 4 orang, pengunjung dapat menikmat pakej set Ramadan yang ditawarkan.

Sempat lagi kalau nak berbuka puasa di Westside Bistro. Boleh hubungi 03-5511885 atau 013-2502858 atau layati laman web http://www.sacc.com/sajian-nelayan untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.



Terima Kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf. Semoga kita dilimpahi barokah dan rahmat di bulan yang mulia ini. Sedikit sebanyak timbul rasa insaf dan simpati ke atas anak-anak yatim dan asnaf.. kita rasa kita susah tapi sebenarnya ada lagi anak-anak yang lebih susah dan kurang bernasib baik dari kita. Moga aidilfitri yang bakal tiba akan menceriakan mereka dengan sumbangan-sumbangan yang diterima.

salam ramadan,
 -MrsPuex-

Friday, May 17, 2019

ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI

Assalamualaikum/Hai, 


Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program 'Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal' sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D'Ancasa.



Program ini merupakan acara tahunan Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Tahn ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari kumpulan Media Karangkraf.



Tambahan pula, pihak hotel amat bertuah kerana sekali lagi ADABI Consumers Berhad telah sudi berkolaborasi dengan menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Program ini merupakan kolaborasi tahun ke-2 Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bersama ADABI.


Program tahunan ini telah bermula seawal jam 10 pagi dengan acara gotong royong memasak bubur lambuk bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.




Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut menceriakan 30 orang anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membawa mereka membeli kelengkapan baju raya di Jakel Mall Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak hotel dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Pihak hotel juga telah memberikan sejumlah wang tunai kepada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka pada bulan Ramadan.


Menurut Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad, program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal dapat dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban bagi yang memerlukan.

Qaid dan rakan-rakan baru.

Berkesempatan juga bawa anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni. nak mereka tahu yang ada rakan-rakan sebaya mereka yang kurang bernasib baik. 


Terima kasih Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana sudi menjemput kami memeriahkan majlis ini.

Untuk tempahan buffet ramadan si Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, boleh pergi ke link:

https://mrspuex.blogspot.com/2019/04/di-ancasa-hotel-resort-memperkenalkan.html


 -MrsPuex-

Saturday, May 11, 2019

Jimat berganda ganda berbelanja di segifresh market!

Assalamualaikum/Hai,

Berbelanja di bulan Ramadan memang memerlukan kos yang tinggi. Kelengkapan dapur termasuk barangan basah dan kering memang wajib kena restock banyak-banyak at least untuk stok seminggu. 

Zaman serba moden dan canggih ni Harga barang boleh mengucap mahalnya tau! Kadang tu kena pikir banyak kali takut terover bajet. 

Jadilah pembeli yang bijak. 
Dan saya adalah Salah seorang pembeli yang bijak. 
Sebab apa? 
SEBAB saya restock Kelengkapan dapur di Segifresh Market yang berdekatan dengan kawasan rumah saya.. Rasa bersyukur jugalah sebab Ada outlet yang dekat dengan rumah. 

Selain Tempat untuk suri rumah/ibu bekerja yang restock barang, di segifresh market ni juga memang sesuai bagi pemborong-pemborong di luar sana dan juga peniaga-peniaga yang ingin membeli barang secara pukal dengan Harga yang paling jimat! 



Antara produk-produk yang hot di segifresh adalah dari jenama segifresh sendiri, Trader's choice, crowns choice, berkat dan Lain-lain. Jangan risau. Ianya semua halal taiyiban dan Ada kelulusan dari jakim. 

Instant 3 in 1 premix coffee dari jenama segifresh. 


Lepak santai depan TV sambil pekena secawan Instant 3 in 1 dari jenama segifresh sendiri pin best jugak. Just nice di bancuh dalam cawan. Raya nanti memang kena standby stok Kat rumah. Tetamu request air panas, zassss tak sampai 5 minit dah siap.. Hahaha.. 

Air longan dalam tin dari traders choice. 


Air Tembikai ais bancuh dengan buah longan dalam tin sangat sesuai untuk sejukkan tekak waktu Nak berbuka. Buah yang besar memang puas kita makan. Kalau nak tahu, buah longan ini adalah Salah satu agen milk booster bagi ibu menyusu tau! Saya seorang ibu menyusu jadi saya mesti pilih menu ni untuk di minum ketika berbuka.. Tiap Tiap Hari minum ni pon takpe sebab sedap.. 

Bihun dari jenama berkat. 


Sesekali kita tukarlah menu dari Nasi ke bihun goreng. Bihun dari jenama berkat yang saya beli di segifresh market ni tidak mengecewakan. Tak terlalu kenyal, tak terlalu lembik bila dah siap masak. Simpan stok untuk Raya. Tetamu datang masak ni pon ok. Sap sap soii siap dahh.. 

Tisu muka dari jenama traders choice.



Bila Ada anak kecik ni tisu memang kena banyak standby dalam rumah. Susu tumpah, makanan berterabur, air tumpah. Jenuhhh Nak mengelap. Cari tisu yang murah je. Jimat berganda OK! Kat mana? Semestinya segifresh laaa.. 

Selain barang barang yang saya senarai kan di atas, Sebenarnya banyak lagi barang yang saya beli. Ada stok sardin, laici dalam tin, susu pekat untuk bancuh Teh kegemaran suami, susu sejat untuk dessert, buat kuih untuk juadah berbuka dan tak Lupa juga susu serbuk coklat untuk anak anak. 

Raya nanti kalau korang bercadang Nak buat open house, haa sila terjah segifresh OK! Yang buat catering pon boleh juga borong Kat situ. One stop center.. Semua Ada. Jangan risau. Segifresh sekarang dah banyak outlet. Harga berpatutan dan Bahan mentah semua segar. 

Untuk Maklumat lanjut boleh layari :



#segifreshmarket #segifresh #segifreshpromosi #barangdapurmurah #hargaborong #shoppingbarangdapur #pasarayaborongruncit #barangdapurfresh #pasarsegar #janjisegi #janjisegar #ramadhanwithsegi

Till then gais! 


 -MrsPuex-

Friday, May 10, 2019

PROGRAM RICHWORKS BANTU NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES

Assalamualaikum/Hai, 

Sebelum nak mulakan sesuatu perniagaan, mesti kena ada ilmu.
kat mana nak cari ilmu untuk memantapkan diri dalam bidang perniagaan yang bakal anda ceburi tu??

nahhhh..
saya kongsikan segala info kat bawah.
baca slow-slow dan hadamkan dan jangan lupa daftar ok!
tak rugi dan percayalah soul nak berjaya dalam bisnes mesti akan datang tiba-tiba!


nuh2019 logo kuning


Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.09 AM

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.
Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.09 AM (1)

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.28.17 PM

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.10 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 3.05.51 PM (1)

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran. RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.32 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.35 AM

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.01 AM (1)

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 
Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.02 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.10 AM (1)

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” .“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi. 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.10 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.09 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 12.50.18 PM




Saya pon teruja dengan semangat semua peserta yang hadir.
masing-masing berkobar-kobar untuk naikkan taraf hidup dengan berniaga.
saya pon tak terkecuali.. 9 dari 10 punca rezeki adalah Perniagaan. betul tak??

nak inform kat sini juga, pendaftaran telah dibuka ok!

 Layari : www.nakubahhidup.com 

Hotline : 1-300-88-2424

Richworks International Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, layari: 





 -MrsPuex-

Thursday, May 9, 2019

Risau anak tidak aktif?Jom ikuti 10 aktiviti santai untuk mereka!

Assalamualaikum/Hai,


Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencorakkan anak-anak sejak dari kecil lagi.."Melentur buluh biarlah dari rebungnya" itulah pepatah yang paling sesuai sekali dalam mendidik anak-anak.


Dalam memastikan anak-anak sentiasa sihat dan bijak, anda perlulah memastikan anak-anak sentiasa bergerak aktif..Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda berikan untuk merangsang kecerdasan dan kecergasan serta dapat membantu mengekalkan tenaga pada anak-anak..Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat mencegah anak-anak anda daripada terkena penyakit dan membuatkan otak mereka lebih aktif serta daya fokus dapat dipertingkatkan.

Tidak dinafikan ada ibu bapa yang sangat risau apabila anak-anak bergiat aktif dalam sukan atau aktiviti yang lasak. Macam-macam perlu difikirkan. Adakah ianya selamat? takut anak-anak tercedera dan lain-lain ketakutan. 



Ye. Saya pon salah seorang ibu yang concern tentang semua masalah yang bakal dihadapi oleh anak-anak. Tapi sampai bila kita nak sekat anak-anak disebabkan stigma kita yang satu ini?

Ibu bapa di luar sana!
Tolong jangan risau.
Biarkan anak-anak kita dedahkan diri mereka dengan kehidupan yang sebenar.
Oleh sebab itu, saya nak kongsikan 10 aktiviti santai tapi sihat untuk anak kekal aktif.

1.BERJALAN DI KAWASAN RUMAH

Biasanya lepas menikmati makan tengahari, anak-anak kan merasa mengantuk..Biarkan mereka tidur seketika..Selepas itu, luangkan masa anda pada waktu petang dengan berjalan-jalan di kawasan rumah atau taman permainan berhampiran rumah anda. Ada masa, registerlah anak-anak masuk program fun run for kids. mesti best!





2.BERBASIKAL DENGAN KAWAN-KAWAN

Tidak dinafikan aktiviti ini cukup menyenangkan anda dan anak-anak anda..Agar ia tidak membosankan, ajaklah kawan-kawan yang tinggal berhampiran bermain bersama..Namun, pastikan waktu bermain basikal itu sesuai dengan masanya dan ketika bahang matahari tidak terlalu panas.

3.BAWA ANAK KE KOLAM RENANG

Membawa anak-anak ke kolam renang boleh menjadi salah satu aktiviti yang membuatkan anak anda aktif bergerak..Mungkin juga anak-anak anda dapat menyerlahkan bakatnya melalui renang..Lagipun, kolam renang amat disenangi oleh anak sehingga ia tidak merasa terpaksa mengikutinya.




4.BERMAIN DILUAR

Sekali sekala, ajaklah anak anda bermain diluar dengan mengeksplorasi alam sekitar..Biarkan pakaian mereka kotor dipenuhi dengan lumpur dan tanah daripada membiarakn mereka dengan gajet semata-mata.





5.BERMAIN PERMAINAN INTERAKTIF





Tidak salah untuk anak anda bermain permainan, tetapi pilihlah permainan yang interaktif yang dapat menguji minda dan memastikan anak sentiasa bergerak..Contohnya, bermain masak-masak, badminton, lompat tali dan sebagainya.

6.MEWARNA DAN GAMBAR

Ketika mewarna, pastikan anak anda memberi tumpuan sepenuhnya..Secara tidak langsung, ia dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka sehingga mereka dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini.





7.BERMAIN DETEKTIF

Contohnya, tunjukkan anak anda sesuatu benda dan sembunyikan..Kemudian, beritahu anak-anak tentang petunjuk yang membawa mereka lebih dekat kepada benda tersebut..permainan interaktif ini juga membantu anak anda dalam mengasah kemampuan berfikir dan merancang.

8.BERCERITA

Kebanyakkan ibu bapa menjadikan aktiviti ini untuk memudahkan anak-anak tidur..Cara ini melatih anak anda memberi tumpuan terhadap apa yang anda katakan dan dapat meningkatkan kemampuan mengingat. Cerita tentang kuda. Bila ada masa terluang, rewardkan anak-anak dengan bawa mereka melakukan aktiviti menunggang kuda. Teori dan praktikal tentang kuda berjalan selari. Pasti anak-anak teruja nak tau lebih tentang kuda secara dekat.




9.CUBA TEKA

Anda masukkan barangan ke dalam kotak dan memberikan anak anda meneka barangan tersebut..Permainan ini memerlukan daya ingatan dan kemampuan anak anda untuk mengesan permainan tersebut.


10.TAMAN PERMAINAN DI RUMAH

Jika sukar untuk ke taman permainan, anda boleh bermain rintangan bersama di rumah anda..Anda boleh menyusun beberapa barangan rumah seperti kerusi, meja, sofa dan sebagainya..Permainan ini membantu anak anda berfikir secara kreatif dalam menghadapi rintangan yang berbeza-beza dan melatih anak anda dalam mengawal gerak badan.



Bercakap mengenai aktiviti yang boleh Oh ya. Di Kidzania Kuala Lumpur juga banyak disediakan aktiviti-aktiviti sihat yang anak-anak boleh libatkan diri. Sebagai contoh, Jom menari di Clock Tower di Kidzania Kuala Lumpur. 






Saya memang suka bawa anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur sebab di sana pelbagai aktiviti yang mereka boleh buat. untuk aktiviti sukan lasak, anak-anak boleh jadi climber . memandangkan anak-anak masih tak cukup tinggi untuk join. mungkin satu hari nanti saya nak mereka cuba juga jadi seorang climber untuk hilangkan rasa gayat dan takut kepada ketinggian.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.
  
 -MrsPuex-