Skip to main content

PROGRAM RICHWORKS BANTU NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES

Assalamualaikum/Hai, 

Sebelum nak mulakan sesuatu perniagaan, mesti kena ada ilmu.
kat mana nak cari ilmu untuk memantapkan diri dalam bidang perniagaan yang bakal anda ceburi tu??

nahhhh..
saya kongsikan segala info kat bawah.
baca slow-slow dan hadamkan dan jangan lupa daftar ok!
tak rugi dan percayalah soul nak berjaya dalam bisnes mesti akan datang tiba-tiba!


nuh2019 logo kuning


Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.09 AM

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.
Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.09 AM (1)

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.28.17 PM

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.10 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 3.05.51 PM (1)

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran. RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.32 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.35 AM

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.01 AM (1)

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 
Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.02 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.10 AM (1)

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” .“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi. 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.10 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.09 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 12.50.18 PM




Saya pon teruja dengan semangat semua peserta yang hadir.
masing-masing berkobar-kobar untuk naikkan taraf hidup dengan berniaga.
saya pon tak terkecuali.. 9 dari 10 punca rezeki adalah Perniagaan. betul tak??

nak inform kat sini juga, pendaftaran telah dibuka ok!

 Layari : www.nakubahhidup.com 

Hotline : 1-300-88-2424

Richworks International Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, layari: 





 -MrsPuex-

Comments

Cik Ash said…
Program yg bagus harus kena sertai ni rugi kalau x join..

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P