Skip to main content

Risau anak tidak aktif?Jom ikuti 10 aktiviti santai untuk mereka!

Assalamualaikum/Hai,


Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencorakkan anak-anak sejak dari kecil lagi.."Melentur buluh biarlah dari rebungnya" itulah pepatah yang paling sesuai sekali dalam mendidik anak-anak.


Dalam memastikan anak-anak sentiasa sihat dan bijak, anda perlulah memastikan anak-anak sentiasa bergerak aktif..Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda berikan untuk merangsang kecerdasan dan kecergasan serta dapat membantu mengekalkan tenaga pada anak-anak..Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat mencegah anak-anak anda daripada terkena penyakit dan membuatkan otak mereka lebih aktif serta daya fokus dapat dipertingkatkan.

Tidak dinafikan ada ibu bapa yang sangat risau apabila anak-anak bergiat aktif dalam sukan atau aktiviti yang lasak. Macam-macam perlu difikirkan. Adakah ianya selamat? takut anak-anak tercedera dan lain-lain ketakutan. 



Ye. Saya pon salah seorang ibu yang concern tentang semua masalah yang bakal dihadapi oleh anak-anak. Tapi sampai bila kita nak sekat anak-anak disebabkan stigma kita yang satu ini?

Ibu bapa di luar sana!
Tolong jangan risau.
Biarkan anak-anak kita dedahkan diri mereka dengan kehidupan yang sebenar.
Oleh sebab itu, saya nak kongsikan 10 aktiviti santai tapi sihat untuk anak kekal aktif.

1.BERJALAN DI KAWASAN RUMAH

Biasanya lepas menikmati makan tengahari, anak-anak kan merasa mengantuk..Biarkan mereka tidur seketika..Selepas itu, luangkan masa anda pada waktu petang dengan berjalan-jalan di kawasan rumah atau taman permainan berhampiran rumah anda. Ada masa, registerlah anak-anak masuk program fun run for kids. mesti best!





2.BERBASIKAL DENGAN KAWAN-KAWAN

Tidak dinafikan aktiviti ini cukup menyenangkan anda dan anak-anak anda..Agar ia tidak membosankan, ajaklah kawan-kawan yang tinggal berhampiran bermain bersama..Namun, pastikan waktu bermain basikal itu sesuai dengan masanya dan ketika bahang matahari tidak terlalu panas.

3.BAWA ANAK KE KOLAM RENANG

Membawa anak-anak ke kolam renang boleh menjadi salah satu aktiviti yang membuatkan anak anda aktif bergerak..Mungkin juga anak-anak anda dapat menyerlahkan bakatnya melalui renang..Lagipun, kolam renang amat disenangi oleh anak sehingga ia tidak merasa terpaksa mengikutinya.




4.BERMAIN DILUAR

Sekali sekala, ajaklah anak anda bermain diluar dengan mengeksplorasi alam sekitar..Biarkan pakaian mereka kotor dipenuhi dengan lumpur dan tanah daripada membiarakn mereka dengan gajet semata-mata.





5.BERMAIN PERMAINAN INTERAKTIF





Tidak salah untuk anak anda bermain permainan, tetapi pilihlah permainan yang interaktif yang dapat menguji minda dan memastikan anak sentiasa bergerak..Contohnya, bermain masak-masak, badminton, lompat tali dan sebagainya.

6.MEWARNA DAN GAMBAR

Ketika mewarna, pastikan anak anda memberi tumpuan sepenuhnya..Secara tidak langsung, ia dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka sehingga mereka dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini.





7.BERMAIN DETEKTIF

Contohnya, tunjukkan anak anda sesuatu benda dan sembunyikan..Kemudian, beritahu anak-anak tentang petunjuk yang membawa mereka lebih dekat kepada benda tersebut..permainan interaktif ini juga membantu anak anda dalam mengasah kemampuan berfikir dan merancang.

8.BERCERITA

Kebanyakkan ibu bapa menjadikan aktiviti ini untuk memudahkan anak-anak tidur..Cara ini melatih anak anda memberi tumpuan terhadap apa yang anda katakan dan dapat meningkatkan kemampuan mengingat. Cerita tentang kuda. Bila ada masa terluang, rewardkan anak-anak dengan bawa mereka melakukan aktiviti menunggang kuda. Teori dan praktikal tentang kuda berjalan selari. Pasti anak-anak teruja nak tau lebih tentang kuda secara dekat.




9.CUBA TEKA

Anda masukkan barangan ke dalam kotak dan memberikan anak anda meneka barangan tersebut..Permainan ini memerlukan daya ingatan dan kemampuan anak anda untuk mengesan permainan tersebut.


10.TAMAN PERMAINAN DI RUMAH

Jika sukar untuk ke taman permainan, anda boleh bermain rintangan bersama di rumah anda..Anda boleh menyusun beberapa barangan rumah seperti kerusi, meja, sofa dan sebagainya..Permainan ini membantu anak anda berfikir secara kreatif dalam menghadapi rintangan yang berbeza-beza dan melatih anak anda dalam mengawal gerak badan.



Bercakap mengenai aktiviti yang boleh Oh ya. Di Kidzania Kuala Lumpur juga banyak disediakan aktiviti-aktiviti sihat yang anak-anak boleh libatkan diri. Sebagai contoh, Jom menari di Clock Tower di Kidzania Kuala Lumpur. 






Saya memang suka bawa anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur sebab di sana pelbagai aktiviti yang mereka boleh buat. untuk aktiviti sukan lasak, anak-anak boleh jadi climber . memandangkan anak-anak masih tak cukup tinggi untuk join. mungkin satu hari nanti saya nak mereka cuba juga jadi seorang climber untuk hilangkan rasa gayat dan takut kepada ketinggian.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.
  
 -MrsPuex-

Comments

Ana Suhana said…
Kadang kita ni over protection kan. Sedangkan banyak kebaikan bila anak2 ni kita dedahkan mereka dengan dunia luar dan aktiviti yg pelbagai.

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P