Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, April 29, 2015

Review :: Baju Menyusu Trendy di Butik FeedMilk

Assalamualaikum..
Pakaian menyusu muslimah yang cantik, mengikut trend terkini pastinya manjadi idaman kalbu setiap ibu-ibu yang menyusukan badan kepada bayi-bayi yang comel. Susu ibu memang makanan terbaik buat bayi. Almaklum lah, ibu mana yang taknak untuk menyusukan anaknya sendiri kan?
 Menyusukan bayi, tidak bermakna ibu-ibu tidak dapat menggayakan baju yg cantik cantik. Berita baik untuk ibu semua, feedmilk ada mengeluarkan pakaian untuk menyusu yg cantik dan yg pastinya trendy untuk korang semua. Jom kita tengok collection dari feedmilk.
 
Kan saya dah cakap cantikk? Apa lagi korang pergi laa tengok page dorang, mesti lagi banyak design yg memeikat hati korang. Lepas ni korang pun boleh melaram macam anak dara. Hahahaaha..
Kalau dah ada baju menyusu TRENDY daripada Feedmilk ni, tapi penghasilan susu badan kurang, susu DROP, susu badan sikit boleh ikhtiarkan dengan 1 produk Feedmilk, iaitu #Feedmilkbooster : Habbasyi Oil.
Habbasyi Oil ini adalah 100% makanan sunnah dan dah bantu ramai ibu yang ada masalah susu sikit menjadi susu PEKAT, BANYAK dan BERKHASIAT.
100%original daripada minyak Habbatus Sawda.! makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh semua orang. Whatsapp " Milkbooster Feedmilk" ke 017 674 4960 sebab ade PROMOSI terbaik sekarang! insyaALLAH.
  Maklumat lanjut:
 
Instagram : @feedmilk
Website : www.feedmilk.com
Whatsapp : 016-6744960

  
Tags : blouse menyusu, baju menyusu, jubah menyusu, baju mengandung, pakaian ibu,breast feeding, jubah, blouse, baby, pregnant mum, ibu mengandung, susu, trendy, selesa, terbaru, fashion, dress, dress menyusu, pakaian ibu, dress menyusu, jubah sopan, jubah menutup aurat, blouse terbaru, jubah terbaru, ibu menyusu, habbasyi oil, feedmilk booster, shah alam, tips menyusu, susu sikit, Shaklee, set bersalin, pakaian bayi, baju baby, kasut baby, expo baby
 -mrspuex-

 

Tuesday, April 28, 2015

Resepi :: Laksa Penang

1st time nak buat laksa penang ni.. Umur dah nak masuk dabel three baru hegeh nak try..upernye senang je membuatnye..cewahhh..berlagak pulak ngkoo..
Nah saya sharekan resepi dan hasil secara bergamba untuk tatapan tekak uols..
Resepi khas dari hakak opis..kite kopipeskan je ye..

LAKSA PENANG 
1 kilo ikan kembung (7ekor)
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili padi *optional..sy x masukkan*
10 ulas bawang merah atau (4 biji bawang besar)
6 keping asam keping(ikut suka masam.
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Garam ikut rasa
Serbuk perasa jika suka
.Belacan sebesar ibu jari *optional.saya tak masukkan*
1 peket laksa
Bhn hiasan ikut suka sendiri
CARA BUAT KUAH LAKSA
Rebus ikan kembung hingga mendidih
Asingkan air rebusan dan ikan
Masukkan air rebusan ikan dlm periuk besar lain.masukkan asam keping, daun kesum,bunga kantan..rebus pelahan2 atas api
Blend cili kering, cili padi belacan dan bawang sampai halus dan masukkan ke dlm periuk besar tadi..
Isi ikan diperisi asingkan dari tulang. *part ni yang renyah sikit..eyh bukan sikit tp banyak sikit..hee*
Isi ditumbuk kasar then masuk dlm periuk kuah.
Tulang diblend hingga halus dan tapis..air tulang ikan ditapis dan dimasukkan kedalam periuk kuah hingga tulang ikan jadi jernih.rebus kuah hingga mendidih
Bila dah mendidih rasa kuah samada dah rasa masam spt yg kita mau then baru masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka..
SELAMAT MENCUBA
Hasilnya :
Sebungkus laksa beras.
Kuah laksa yang sedang mendidih..
nyumss..
Bahan hiasan..
Tadaaa..
Semangkuk laksa senyiummm..

Selamat mencuba!
-mrspuex-

Monday, April 27, 2015

Jodoh kita setakat ini saja

Assalamualaikum..

Tak ku sangkaa..

Jodoh kita hanya bertahan selama hampir 8 tahun saja.. And u will be missed..sob sob sobb..

Apee???

Apeee???

Tengok tu negative thinkingg..

Noo nooo nooo..



Jodoh bersama my luvly purselaa..


Hadiah hantaran perkahwinan..
Dah usang sangat smpai logo pon dah tercabut..
Purse paling lama pkai sepanjang aku hidup..hahaa...pecah rekod..
Nak buang ke tak?
Sayang pulak nak buang..
Ke nak simpan jd tukun??
Arghhhh pening..

Sebagai pengganti..
Hai Alfio Raldo..
Pliss be nice to mommaa ok..
gift masa gi event aritu..
Dapat plak color purple..
Vavavaa.. Heksitedd sgtt tauu..

Tau tau jee nak jadi pengganti kepada carlorino tu...hehe..


-mrspuex-


Friday, April 24, 2015

Lunch di Twenty & Co

Assalamualaikum..


Hari ni saje nak ber 'ME' time.
Lokasi pilihan adalah Twenty & Co.
Saje melayan kesentapan hati sebab incik suami hari ni kene gi langkawi sampai hari ahad.
Aku yang beriya nak pegi sangat sangat sangat tetibe die gi dulu..deerrrr sgt.. walaupun kene keje kat sana tapi tak kira tetap nak sentap sentap makan dalam..hohh!!! Opis die memang kejam! *amarah*

Tarik napas, marilah kite cerita pasal Twenty & Co yee.
Saje pilih cafe ni sebab baru bukak kat shah alam. Dekat dengan opis jugak.
Tak silap aku, dorang ada buat soft launch aritu. ada jugak jemput blogger utk food review..
Dah kenapa buat cafe highclass berdekatan dengan opis rakyat marhein ni haa??
Ajak Partner in crime secara paksa rela makan kat sini..kah kah kahh.. nasib baik sanggup melayan..
 
 
Menu yang ada.
mostly semua western food.
sesape yang menggemari western food silalah datang sini.


page belakang.
mee goreng mamak dan laksa johor pon ade tau.

Just Plain : Mango

Caramel Macchiato (Hot)
Sedapp gilerrr.. i loveeee Coffee..
recommended by their waiter yang entertain kami.

Twenty Snacks Plated.
ada french fries, nugger, wedges, onion ring.
bawah setiap menu tu ada terselit nachos yang rangup..


Weols amek snack je sebab memasing still kekenyangan sebab heavy breakfast pagi tadi.
snack je pun, tapi boleh tahan bopoloh nak menghabiskan semua..
hidangan untuk 4 orang sesuai ni.. 
 
Fefeeling orang kaya katenye.. padahal minum kopi je pon.
hahahaa...

kunyah nachos di Twenty & Co..
kehhhlass tak??
hahahaa...
Minggu depan sila puasa!


 -mrspuex-


Sakura Candy Beucure : Nak Kulit Merah Jambu Seperti Gadis Jepun??

Assalamualaikum..

 

Sakura Candy. Nama candy pon anda dah boleh membayangkan yang anda sedang kemam gula gula yang sedap dan larut dalam mulut.Tiba tiba selepas seminggu kulit jadi cerah,awet muda,lebih gebu.Untuk ibu lepas bersalin pulak susu melimpah ruah.Tak ke seronok sampai rasa nak lompat???
 
Haa!!itulah mukadimah Beucure sakura candy.Banyak lagi manfaat/kelebihan/fungsi sakura candy ni tau.


Kan dah cakap banyak gilos fungsi dan kelebihan serta manfaat sakura candy ni.Dari kulit lembap sampai la akar rambut jadi kuat.
 
Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 
✔ Cerah Merah Jambu muka & seluruh badan 
✔ Tegang serta gebukan kulit wajah ✔Anti penuaan
✔ Mencegah serta menghilangkan jerawat 
✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut ) 
✔ Menambah tenaga ( mudah bangun pagi ) 
✔ Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus

Antara 3 khasiat dan manfaat utama sakura candy beucure ini  yang akan uols perolehi adalah :
 

Cara-cara bagaimana nak makan sakura candy. semudah zapp zapp 2 langkah sahaja:
1) Koyak sachet
2) Kemam terus di bawah lidah

Bila waktu terbaik makan???
jawapannya: satu sachet bangun pagi perut kosong dan malam sebelum tidur.nak lagi cepat kesan makan 2 malam,2 pagi.

Kandungan Beucure Sakura Candy ni:
Bahan-bahan ni memang kualiti terbaik dan terbukti untuk jadikan kulit Cerah Merah Jambu! Bahan-bahan ni agak mahal dipasaran tapi sangat menjadi dan kesan terbaik!! :)

Sakura Extract
Acai Berry
Snow Lotus
Pamogrenate
Collagen
Vitamin C
Maltodextrin
Sucralose

Halal dan lulus KKM ke?
Jangan risau, Beucure Sakura Candy halal dimakan kerana diperbuat oleh kilang bumiputra Muslim dan kilang tu berstatus GMP Halal. KKM pun dah dapat nombor rujukan dari mereka. Jadi kemam Sakura Candy tanpa was-was ye! 

Proses:
 
1. Jika badan mempunyai masalah, ia akan merawat dalam badan terlebih dahulu.
2. Sel kulit mati akan dirawat dan diganti.
3. Kandungan kolagen dalam badan dan kulit bertambah.
4. Menjadikan kulit cerah kemerahan dan gebu secara sekata.


Soalan Lazim biasa ditanya :
1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?
-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage. 

2) Kandungan kat dalam berapa?
-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?
sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong. Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse.
 
5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?
Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda.
 

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.
Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk 
jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.
 
9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?
Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?
Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.
11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?
Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?
Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA YANG MENGAMALKAN SAKURA CANDY:






BAGI YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI :
SMS/WHATSAPP SAHAJA
017 900 3962/011 2941 0140


 -mrspuex-

Thursday, April 23, 2015

Pulang kepada PenciptaNya

Assalamualaikum..

Semalam post entry INI untuk doakan kesejahteraan pakcik saman.
Semalam juga beliau telah kembali kepada PenciptaNya..

It was soo sudden..

Pagi tadi sempat melawat arwah untuk kali terakhir.
Semoga ahli keluarganya sabar dan tabah menghadapi saat saat kehilangan orang yang tersayang..
Semoga arwah tenang di sisiNya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

-Al-Fatihah-







-mrspuex-

Wednesday, April 22, 2015

Pray for pakcik saman

Assalamualaikum..

Hari ni mintak off 3 jam utk melawat jiran yang sedang kritikal di hospital tentera tengku mizan kat wangsa maju sana..

Ayah ain kepada besfren adik sejak zaman hingusan dulu.. Rapat sangat..dats y hati meronta nak gi ziarah pakcik saman due to his condition..

Mengikut cerita kak long, ayah ada tumor dalam perut..lepas buat operation trus bp drop dan makin drop..mungkin ada sedikit komplikasi..wallahualam..

Kawan-kawan, tolong doakan pakcik saman pulih seperti sedia kala..

To his family members, plis be strong, keep on praying..semoga pakcik saman kuat hadapi dugaan dari Allah..

Strictly only for army Staff..
Tiada warga lain selain tentera, pesara tentera dan ahli keluarga tentera..
Selesa dan tidak crowded..

Lepas melawat, lunch kt cafe hospital bersama mak abah dan adik hanya telan ailio sebab puasa...heheee..
Aku n adik nak gi melawat trus abah nak folo..maka jomm la sekali..
Sedap pulak laksa hospital ni..
Kecek mak punye..hihiii..

Tuesday, April 21, 2015

Nelopak bersama geng opis

Assalamualaikum..
 
Tepat jam 1 petang adalah untuk lunch time..
tapi tepat jam 1 tetibe kami jadi gile selpiaq..
hahahaaa..
 
layankan jek la yee..
masa sengal sudah tibee!!
 
tak de keje, mari kite mengerjakan kemera pandang depan..
 
bahahahaha...
 

aksi sopan muslimah hijabeyy kengkonon..

grey, red , dark grey more to hitam..
 

senget sudah!

kengkonon nak jadi arabic hijabey style..
hakak korang dah mula ngek..

 
tiang mula senget..
 
ehemm. ehemm..
 
 
last but not least..
hambekk kooo!!!
 
kah kah kahh...
 
ok dah..
 
ok bai..
 
 
-mrspuex-

Monday, April 20, 2015

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum..

Alhamdulillah blog mrspuex berjaya terpilih dalam senarai 50 blogger untuk mencuba sendiri produk Whitening Intensive Booster Skincare  keluaran My Beauty Herbs melalui contest giveaway dari blog mialiana.com. Tempoh jangkamasa yang diberi adalah selama sebulan.

Berhasil ke tidak, lets check it out!

Pakej produk mengandungi :
MBH Whitening Booster Soap
MBH Whitening Booster Day Cream
MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
harga di pasaran adalah RM 69.90 (WM) | RM 79.00 (EM)
MBH Whitening Booster Soap

Cara Penggunaan :
Basahkan muka,campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih,kemudian basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah ke atas. bilas muka sehingga bersih dengan air.disyorkan 2 kali sehari pagi dan malam.

Kesan penggunaan yang dialami sendirian berhad : 
-Membekalkan mineral, nutrisi dan asid amino.
-Berfungsi sebagai anti penuaan.
-Pembaharuan sel kulit baru dalam 1 minggu.

tergoda dengan sabun ni sebab bau die wangii tau.. bau macam pandan sikit tapi sebenarnya ia berasaskan beras.

  
MBH Whitening Booster Day Cream

Cara Penggunaan :
Applykan day cream ke atas muka dan leher. ratakan sehingga kulit sekata.

Kesannya mampu untuk :
-Menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau.
-Melindungi daripada sinaran  UV.
-Kulit nampak cerah dan licin.
-Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan.
-Mengurangkan parut jerawat dan jeragat yg tebal.


MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

Cara Penggunaan :
Apply night cream pada waktu malam sebelum tidur. Sapu nipis sehingga warna hijau meresap ke dalam kulit muka.

Hasilnya adalah :
-Melembabkan dan menyegarkan wajah perbaiki tekstur kulit.
-Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
-Memperbaharui sel-sel kulit mati.
-Membantu menegangkan kulit.
  

Gambar sebelum dan selepas. (maaf gambar tak jelas)
gambar sebelum sila fokus di bahagian dagu dan pipi. ada beberapa spot parut jerawat baru dan lama.
selepas penggunaan produk ni, terutama day cream, mampu mengurangkan spot spot parut jerawat yang ada.
saya memang bermasalah tentang jerawat di muka sejak dulu lagi.
parut lama dan baru silih berganti seperti passing baton kekdahnya.
maka,
Untuk menghilang terus jerawat, saya perlu dan kena konsisten dengan produk ni.
In Sya Allah dengan izin Allah selain usaha kita untuk lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

 
saya dah cuba dan berpuas hati. dah abis nanti saya nak order lagi..
dapat menang + voucher spesel dari penganjur nanti, lagiiii saya double suka!..hehehe..

nak cuba juga seperti saya ??

Sila lihat details di bawah :

Alamat :
 My Beauty Herbs (002119891-M)
67- 1, Jalan Mahkota Residence, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras Selangor.

No tel :
+6011 28090446

Email :
 Facebook :

Website :




Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



-mrspuex-

Friday, April 17, 2015

Resepi : Sotong Masak Kicap Berempah

Assalamualaikum..
Resepi asal adalah sotong masak kicap yang biasa biasa..
Tp telah ku enhancekan menjadi resepi luar biasa..hahaha..
Maka terhasillah resepi sotong masak kicap berempah..
Wajib diblogkan. Nanti kelupaan daya ingatan..
Bahan A:
Sotong kecil secukupnya.Bersihkan bahagian dalamnya.
Sos tiram secukupnya
Kicap masin secukupnya
Kicam manis secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
(Secukupnya refer kepada kuantiti sotong korang ye)

Bahan B :
3 sudu minyak masak
1 tangkai daun kari
1 kiub ayam

(Diblendkan)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
2 batang serai

Bahan C :
(Untuk hiasan)
2 biji cili merah dipotong 3
2 biji cili hijau dipotong 3
4 helai daun bawang dipotong sebesar 1 inci..
1 biji tomato

Cara-cara :
Satukan Bahan A sehingga sotong sebati dan diperapkan bersama selama 5 minit.. Ketepikan.

Panaskan kuali bersama 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang diblend bersama kiub ayam dan daun kari. tumis sehingga kekuningan dan garing.

Masukkan bahan perapan sotong bersama kuah-kuahnya skali. Masak sehingga pecah minyak dan air sotong kering.

Last skali masukkan bahan C . gaulkan rata dan tutup api.

Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

-mrspuex-


Good Luck Kakak And The Team!

 Assalamualaikum..
 
Hari ni aireen ada sukaneka kat sekolah skttdijaya..
Kebiasaan sekolah petang, tetibe hari ni kene sekolah pagi..
terkujat mama!
Sesudah subuh dah keluar rumah semata kene hantar kakak ke sekolah.
tapi tetaplah jemm nyee ponnn lahaii!!..stressss makk!!
 
Kalut jugak siapkan bekal roti sapu jem stroberi + air sirap (wajib). bagi air kosong nanti die tuka sendiri kt kantin..bagusss sangat kakak ni..
Macam ni kot perasaan mak mak yang anaknye pegi sekolah subuh sepi'e kan..
 
 
Sempat snap banner tepi sekolah..
Acara tahun 1 cuma sukaneka sahaja..
 
Muka eksaited nak bersukaneka..
 
Jumpe geng.
Nur Aireen Qaisara + Nur Aina Qaisara..
hahahaa...
terus minta masukkan tudung ke dalam baju..nak sama sama ngn kawan die..
pengaruh rakan sebaya memang menebal sungguh!..
 
Rasa macam nak stay tengok kakak bersukaneka..
tapii kene halau ngn kakak..
siap cakap : 'mama pegi la keje cepat nanti lambat masuk opis..'
kemainnn die ni tauu..
 
maka, mama dengan kecewa menuju ke pagar sekolahh..
sobb sobb sobb..
 
 
Good Luck to Kakak and The Geng!