Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Tuesday, July 25, 2017

Riadah Petang Di Setia City Mall

Assalamualaikum/Hai,

Ahad lepas saja plan terkejut terkejut nak bawak anak riadah area shah alam..
balik je dari open house umah member kat seksyen 10 shah alam lepas tu tak tau nak pegi mana sebabnya petang masih muda,
so husband ajak pegi lepak setia city mall..
kita ok kan je.. lagipun dah lamaaa tak lepak sana petang petang.

ramainya maknusia yang bersantai, rilek2 bersama keluarga dan sahabat handai..
yang main beskal, yang main belon, yang joget ala ala hispturs konon konon trening nak masuk sukan sea pon ade ..hahaha.. macam-macam ragam manusia aku sempat jeling.

aktiviti kitorang??


ni budak 2 orang ni asiklah berzikir kat papanya nak main roller blade. 
benda tak penah main, tu jugak la yang sibuk nak terai..
tak pe, mak suka cabaran..

maka marilah melabur rm10 sorang. main sampai boring kata penjual tu..
total hangus : RM20.

masalahnya mak pak yang boring tgk anak asiklah jatuh bangun jatuh bangun..
si kakak, dok la berjalan kat rumput..
si adik, berani sikit .. jalan kat lantai lepas tu tertonggeng la hishhh risauuu takut terseliuh kaki..
sudahnya papa la yang kulur kilir bawak si adik main roller blade..hahaha..

it was sooo fun..
tengok ragam budak tak pandai nak main tapi sibuk nak main..

nah layan video kat instagram aku..
adoii.. mengekek mak gelakkan anak..

A post shared by AinieZubir (@znooraini) on


amek peluang deting kat tempat umum..
ehemmmm..
anak mana anak??
kekekekeee..

bagi yang berdekatan, bolehlah lepakking kat sini bersama keluarga dan rakan-rakan..
cuaca pon bestt je.. redup dan berangin.. highly recommended!

nanti nak ajak jejirans hi-tea kat sini lah..

 -MrsPuex-

Monday, July 24, 2017

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG : HANYA SAFI SHAYLA UNTUK SAYA!

Assalamualaikum/Hai,


SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG
#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Antara produk-produk penjagaan rambut dari Safi Shayla adalah :


Licin Terurus.

Bertudung bukanlah alasan untuk rambut menjadi kusut dan tidak terurus. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Licin Terurus. Diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Multivitamin yang berfungsi untuk melembap dan melicinkan rambut serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.

Kawalan Rambut Rosak. (refill pack)

Atasi rambut rosak dengan Syampu Kawalan Rambut Rosak SAFI Shayla! Ia diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Amino Complex untuk merawat masalah rambut rosak pada lapisan kutikel dan mengatasi kekusutan dan rambut rapuh serta haruman berkekalan sehingga 24 jam*.
Kawalan Rambut Gugur.

Keguguran rambut seringkali dikaitkan dengan wanita bertudung disebabkan keadaan tertutup dan tiada aliran udara. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur. Dirumus dengan Habbatus Sauda serta Protein Hidrolisis untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%*, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.

Perapi Rambut.

Selepas bersyampu rambut akan kelihatan lebih bersinar & sihat sekiranya menggunakan perapi. Perapi Rambut Safi Shayla diperkaya 2X Habbatus Sauda* menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut anda.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my


 -MrsPuex-

Family Photoshoot Raya di White Studio Malaysia.

Assalamualaikum/Hai, 

Harini dah 30 syawal.
Penutup syawal untuk tahun 2017.
Macam-macam suka duka sepanjang syawal 2017.
Terima kasih kepada yang sudi jemput untuk open house raya.
mana yang saya tak dapat hadir, mohon maaf bebanyak.
Alhamdulillah murah rezeki perut tahun ini.


Sebagai penutup syawal ni,
saya nak share sesuatu yang gembira saja untuk semua pembaca blog saya. *ade ke?*

Tahun ni jugak untuk kedua kalinya sepanjang raya, kami pegi ke studio untuk sesi photoshoot satu keluarga.
pertama kali pegi studio masa tu cucu abah mak cuma 3 orang je.. (danish, danial, aireen).
kali kedua ni total cucu abah 8 orang + 1 simpan (al-fatihah untuk baby dayyan-anak abang).

Alhamdulillah , dapat berkumpul bersama-sama..
ko ingat senang nak get together macam ni? walaupun adik beradik cuma 3 orang, tapi macamkan sepuluh orang rasanya..
yela dengan kekangan masa, kerja dan sewaktu dengannya..
buat epoimen awal-awal untuk book tarikh memandangkan tahun ni semua beraya di rumah mertua.

Family Photoshoot went well.
becak gak tiak nak handle bebudak ni ..
dengan mak mak yang bizi jaga bulu mate pelesu masing-masing..hahahaha.. kelakarr ok!
tetibe kakak ipar bg idea nak pkai bulu mata pelesu.
sesekali nak gojes gojes kan.. lantokkkan..
oklah malas nak cerita lebih..
kita cerita melalui gambar je la ye..


CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
Family Zubir in da house!
bilangan color baju menunjukkan bilangan family yang ada..
hehehe..
theme kami :
abah+ mak - krim
abang - hitam+merah
aku - purple ke kelabu kot..haha..kekeliruan color.
adik - emerald green.

CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
my happy family!

CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
candid!
beautiful moment.
love it!

CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,


CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,

CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,

CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
Family Abang
Mohd Zulhelmy + Haziati
Muhammad Danish, Muhammad Danial, Nur Qaseh Maryam + Muhammad Dayyan (Al fatihah)


CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
Family aku 
Mohd Azahari + Nooraini (urs truly)
Nur Aireen Qaisara , Muhammad Airiel Qaid


CVSproduction, raya2017, white studios malaysia,
Family Adik
Nor Shazelan + Noor Hayati
Nur Qisya Ariana, Nur Qaira Arissa, Muhammad Qalif Anaqi


mesti korang nak tau aku buat photoshoot kat mana kan??

kat WHITE STUDIO MALAYSIA .
team yang bertanggungjawab mencantikkan gambar kami adalah dari team CVS PRODUCTION.

terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat.
we are soooo happy..
paling best, lokasi senang nak cari.
parking banyak.
kelengkapan kat situ.
kalau dahaga sebab tunggu turn, boleh beli air yang disediakan.
toilet pon selesa. mak abah puji tauu..
ruang yang luas. anak anak pon selesa.

tak rugi la kalau korang nak photoshoot kat sini.

sekarang masih ada promosi raya  sehingga 6 Ogos 2017 ni tau..
nak tau apa?
jom skroll lagi kat bawah.

Image may contain: text

📢 PHOTOSHOOT AMAL RAYA DILANJUTKAN

Atas permintaan ramai & sekolah Tahfiz masih kekurangan dana, pihak Creative Visual Studio bersetuju unutk melanjutkan promosi Photoshoot Amal Raya sehingga 6 Ogos 2017.


PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA
cuma RM49/family.. Tak Tipu
PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja.
Atas permintaan ramai, kami di Creative Visual Studio & White Studio Malaysia mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni kami buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma.
sempena bulan ramadan yang mulia ini, kami dari pihak Creative Visual Studio & White Studio Malaysia ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. Pihak CVS Production juga bakal menyumbangkan 15% dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah)
WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034
RM49
- 15 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)
RM69
- 30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)
RM99
- 60 min white studio
- 20 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (30 photos)
Tambahan :
Tambahan masa : RM50/sejam
Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi adalah percuma)
Untuk tempahan :
WhatsApp ke 0166664034 detail Package, Tarikh & Masa.
Alamat (Lain-lain hari) :
B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor
Alamat (16, 22 & 23 July 2017) :
A-3-2, Blok 1, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Info lanjut boleh layari :

 -MrsPuex-

Tuesday, July 18, 2017

Kisah 1 Syawal Kami

Assalamualaikum/Hai,

Dah syawal 24 baru la nak updet pasal raya..
Bukan ape, mood dalam raya tu masih membuak buak lagi.

Banyak umah sedara mara tak sempat nak melawat. Time tak raya memang susah nak jejak la kot..kekangan masa dan kerjaya gituuu.. Macamkan aku seorang bisneswomen berjaya kekdahnya..
Adoiii..

1 Syawal.

Macam biasa tetiap tahun aku akan raya belah hubby side. Tapi 1 syawal jugak aku akan singgah umah mak abah kat ceras baru .nasib baik pd - ceras time 1 syawal zupp zapp zupp zapp je sampai.
Cite pasal raya pertama bermulaa...
Bermaafan dengan suami dan mak mertua lepas tu sambung photogedikss...







Selamat Hari Raya dari Mrspuex dan keluarga.
mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

tema tahun ni : dari jauh nampak macam kelabu tapi sebenarnya purple nak ke kelabu macam tu..
beli siap je semua. warna tahunan ikut saiz yang komplit semua orang..
so jangan cakap awal awal kat aku, kau tema ape raya tahun ni..
memang aku bagi jawapan hujung hujung nak raya la jawabnya..hahahah..

lepas tu sambung beraya kat umah makcik2 yang terdekat.
tiap2 tahun akan singgah ke umah mak andak.
so memang wajib la photogedik seketul dengan suasana kampung kat situ..
ko ingat kat peedee asik laut laut laut je ke??
ade gak umah village style hokay!

kuase la kami nak berpanas2 becak tiak nak photoshoot ke pantai sana..


picture raya paling epik di abad ini.
hahahaha.. idea opkos dari incik suami..
dia kan photograper jugak kan.. so tau la setting setting gini..
makk folo jeee..

dah setel, lepas zohor terus zassss ke ceras baru jumpa mak abah.
tahun ni semua adik beradik (3 orang je) beraya kat umah mertua masing-masing.
so tinggal abah mak berdua je kat umah.
sedih kann??
tapi nasib baik mak abah aku no hal..small matter katenye..janji anak anak bahagia..
plus, kezen2 aku belah mak semua akan ziarah ke ceras selepas ziarah kubur atok opah kat ceras baru tu..

selamat hari raya mak abah.
maaf zahir dan batin dari anakanda mu yang tersayang.


lepas asar dalam jam 630 petang tu baru move balik ke peedee sebab mlm tu kat umah ade jamuan sikit utk sedara mara yang datang.

outfit malam raya pertama kami.
recycle je baju tahun tahun lepas lepas lepas selagi baju si kakak dan adik muat.

kezen in law yang datang beraya malam tu.

alhamdulillah dapat beraya dengan kesayangan untuk tahun ni dengan kadar yang sederhana selagi mampu. 
semoga tahun depan dapat berjumpa lagi dengan orang-orang tersayang.

nak cerita ke pasal raya kedua ketiga smpai ke tiga puluh??
tak yah la ye..
nak tengok updet, sila lah visit IG kita : @znooraini
kita tak privetkan..semua orang pon boleh tengok.
cuma janganlah skrinshot ye.. tak halal namanya tu amek gambar orang lain tanpa kebenaran.
paham kan??

 -MrsPuex-

Friday, July 14, 2017

10 years journey of marriage!

Assalamualaikum/Hai,

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

14072007-14072017.
Today is the day. Hari nikah kami 10 tahun lepas.

Dear husband,
Happy 10th Anniversary!

Be honest. Love intensely. Make the trust grow stronger each day.

Banyak lagi perjalanan yang bakal ditempuhi.
Banyak lagi dugaan mendatang yang bakal dihadapi.
Semoga jiwa kita bersatu.
Semoga hati kita kental.

Satu je, doakan keluarga kecil kami sentiasa dibawah lindunganNya. Aminn Ya Rabbal Alamin.

#10yearsanniversary
#andstillcounting
#thejourneyofmarriage
#relationshipgoals
#husbandandwife
#struggle10
#oldisgold
#doayangbaikbaik
#kasicanlahnakromentik
#shortgateway
#wechooseipoh
#sebabbanyakmakanan
#apelagiyangbestkatipohni

 -MrsPuex-

Monday, July 3, 2017

Ramadhan Fest Meraikan 40 Anak Yatim dan Ibu Tunggal Di Black Box @ SACC Mall

Assalamualaikum/Hai,


Tahun ni rasa bertuah sangat sebab dapat bersama-sama berbuka puasa sekaligus meraikan 40 anak yatim dari sekolah rendah Ibn Khaldun dan ibu tunggal melalui program Ramadhan Fest yang bertempat di Black Box SACC Mall di minggu-minggu terakhir ramadhan haritu. Selain dapat berbuka puasa bersama-sama, beberapa acara lain diselitkan juga seperti pemberian cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim.



Program Ramadhan Fest ini turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang disempurnakan oleh Fakru Radzi selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenalkan dan menaikkan nama ruang acara di SACC Mall iaitu Black Box yang diwujudkan oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) bagi memberi ruang sewaan untuk pelbagai acara selain dapat memberikan ruang buat penggiat seni untuk menonjolkan bakat mereka.


Antara 23 jenama-jenama yang mewarnai Jameela Street termasuklah Ziana Zain World, Jannah by Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture, Wafa's Closet lain-lain lagi. Lebih daripada sekadar mengejar keuntungan semata-mata, PREC menggalas tanggungjawab sosial agar sama-sama memperkasakan usahawan lokal yang berani menyahut cabaran selain penglibatan dari artis tempatan seperti Ziana Zain dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Jameela Street.


Lagi satu, nak bagitau, kalau sesiapa yang sedang mencari ruang untuk apa-apa majlis seperti majlis resepsi bertunang, sesi penggambaran, perasmian produk, pelancaran produk baru , majlis hari jadi, bengkel atau lain-lain event, bolehlah try Black Box yang terletak di Tingkat 2 SACC Mall , Shah Alam dari serendah RM500 sehari. Tempat yang cozy, selesa dan yang paling penting senang nak cari.

bersama rakan blogger yang hadir.


Maklumat lanjut boleh refer details kat bawah :

Black Box SACC Mall, Shah Alam
Tel : 03-55104600 | 017-2747486(Nirwan) | 010-2252911 (Saidatul)

Jameela Street:
Tel : 019-6829476 (Arsyad) | 012-2728121 (Shahidan)

PKNS Real Estate Sdn Bhd :
Website : www.pknsre.com
Facebook : PKNS Real Estate Sdn Bhd- PREC


 -MrsPuex-