Skip to main content

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG : HANYA SAFI SHAYLA UNTUK SAYA!

Assalamualaikum/Hai,


SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG
#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Antara produk-produk penjagaan rambut dari Safi Shayla adalah :


Licin Terurus.

Bertudung bukanlah alasan untuk rambut menjadi kusut dan tidak terurus. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Licin Terurus. Diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Multivitamin yang berfungsi untuk melembap dan melicinkan rambut serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.

Kawalan Rambut Rosak. (refill pack)

Atasi rambut rosak dengan Syampu Kawalan Rambut Rosak SAFI Shayla! Ia diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Amino Complex untuk merawat masalah rambut rosak pada lapisan kutikel dan mengatasi kekusutan dan rambut rapuh serta haruman berkekalan sehingga 24 jam*.
Kawalan Rambut Gugur.

Keguguran rambut seringkali dikaitkan dengan wanita bertudung disebabkan keadaan tertutup dan tiada aliran udara. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur. Dirumus dengan Habbatus Sauda serta Protein Hidrolisis untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%*, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.

Perapi Rambut.

Selepas bersyampu rambut akan kelihatan lebih bersinar & sihat sekiranya menggunakan perapi. Perapi Rambut Safi Shayla diperkaya 2X Habbatus Sauda* menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut anda.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my


 -MrsPuex-

Comments

Ivianat said…
Is this post about the difference of the shampoo?
Miera Nadhirah said…
Oh yes, I so agree shampoo Shayla ni terbaik lah... I tak sangka pun sewangi begitu
Safi shayla ni memang dari dulu pakai. Bestt
Jia Shin Lee said…
I have not used this brand before but seeing the comments seems like it's a good shampoo which smells really good!
Fara Lumière said…
Fara guna yg warna biru... Berangin je kepala.. wangi..
cc kak fas said…
tes mmg sesuai untuk wanita berhijab... sata pun guna Safi...sokong produk tempatan
sitirohaida said…
Bestnya bau dia sampai lekat kat tudung...

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P