Skip to main content

Posts

syubhah memakan jika was-was : isu coklat pepero

Assalamualaikum.. rentetan kepada entry coklat pepero halal  , bagi yang still rasa was-was, anda dinasihatkan untuk jangan makan dulu sebab ia dah jatuh kepada syubhah.. syubhah ni maksudnya perkara yang berada dalam kesamaran., tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. biasanya disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sohih. beberapa detail entry berkaitan dengan coklat pepero ni. silalah baca: http://www.eyriqazz.com/2014/03/status-halal-coklat-pepero-jawapan-balas-dari-haji-ismail-group-langkawi.html http://azfar9897.blogspot.com/2014/03/status-halal-letto-pepero.html Sekian.. p/s : saya masih menunggu kesahihan tentang isu coklat ini..harap kita semua dapat penjelasan yang sebanar-benarnya. Yours Truly ;P

Senaman Untuk Perut

Assalamualaikum.. Info untuk diri sendiri dan juga untuk kawan-kawan yang berminat.. Tiada MASA nak bersenam di luar? SIBUK menguruskan anak anak sampai diri sendiri terabai dan mula susah hati menggeleber sana sini?.. pastu trus diri rasa DOWN? ye saya sedang mengalaminya.. uhuhu.. ini dia tipsnya cara-cara senaman untuk dilakukan di rumah..sila ajak juga suami anda untuk support.. sukarela boleh, paksarela pon boleh jugak..hahahah... taknak jugak, ko bedal buat sorang sorang..ponn boleh.. janji nawaitu tu kuat.. aku seorang muslimah, maka gamba pon nak jugak yang muslimah gitu..hahahah... jom terai jom.. sumber dari www.kevinzahri.com nah bidio skali..ko mampu buat, silalah buat..ada 25 teknik senaman untuk perut.. pilih mane yang ko suka.. sumber dari  www.kevinzahri.com selamat mencuba.. sihat untuk hidup, hidup untuk sihat..  Yours truly ;P

Proses pengelupasan berlaku

Assalamualaikum.. Gara gara syook sangat berendam dlm swimming pool last wiken sampai tak hengat donia, maka kakak sedang mengalami proses pengelupasan yang sangat hebat dan sangat ketara kat muka.. Muka ok..kesian tgk..katanya pedih..mama pon lupe nak bwk krim sun blok sebab x bajet pon begini lama kakak nak berendam di bawah tengah panas matahari.. Kawan kawan ada tips cara cara nak bg pengelupasan kt muka kakak berlaku dengan segera..?? Boleh la tinggalkan kt komen tu ye.. Thanks a lot..mak buntu dah ni.. Nak bertukar kulit dari hitam kembali kepada putih ni.hehe.. Papa pon dah panggil kakak itamm ooo kakak itammm.. Kompom member tersentap..kekeke.. Kulit kat bahagian hidung sedang terkopek kopek.. Pity her.. Hitam kan kakak?

Coklat Pepero adalah Halal

Assalamualaikum.. PEPERO. sejenis biskut stick disalut coklat dan badam hancur. bila makan, seperti kita tgh makan cekelat ferero rocher. versi malaysia seumpamanya adalah coklat ROCKY. banyak kontroversi pasal cekelat sedap dap dap ni tauuu.. aku adalah salah satu peminat agak tegar di mana kalau kengkawan gi terjah langkasi akan ku kirimkan barang sekotak dua..hahaha.. nak pegi sana tak tau bile datangnya rezeki itu.. bila dapat tau tetibe x de halal, maka terbeliak jugak la bijik mata ni..bende dah selamat masuk dalam perut. tawakal sajalah.. bila dapat tau ianya adalah produk yang halal kembali, maka aku adalah orang yang paling suka hatiiii sangat.. ni detailsnya beserta gambar.. yakin dalam hati ia adalah sijil yang sah dan bukan FAKE.. hatiku mula berbunga bunga.. sape nak gi langkawi meh habaq kat aku naa.. nak kirim buat stok..kekekeke.. sumber : FB Sekian. Yours Truly ;P

Hotel review part 5 : barbeque di kapitan corner, silka hotel

Assalamualaikum.. **selagi x selesai review selagi tu la jiwa mak tak tenteram...hihii..bertabahlah ye korang..kalau agak menyampah unfren je kite..mak ok jee.. Sambung. Part 5 : berbarbeque di kapitan corner, silka hotel. Masih lagi part makan makan tapi untuk barbeque ni aku x makan cuma menikmati bau asap yang sedap dari open kitchen mereka. Alkisahnya aku dah selamat melantak dinner kaw kawww.. Sedap sangat sangat..So nak masuk barbeque ke dalam perutku adalah sangat mustahil..hehehe..maka, mengadap asap adalah langkah terbaik daripada kempunan terus membawak ke dalam mimpi.. Point penting nak bgtau, setiap sabtu malam, hotel silka akan menghidangkan buffet berbeque sebagai dinner untuk pengunjung hotel. Kadar bayaran adalah rm45 per person.. Makanlah anda sepuasnya di situ.. Chep sedang seronok membakar.. Tengok api tu pon aku dah terliur.. Deretan makanan untuk dibakar atas pemintaan customer. Jagung die freshh gilerrr.. Seee.. Anak beranak sedang kusyuk meni...

Wordless wednesday ::02042014

Assalamualaikum.. Wordless wednesday 02042014 Gigi susu pertama kakak yang tercabut dengan sendirinya.. Alkisah terperinci next entry In sya allah..

Homemade churross

Assalamualaikum.. Tetibe anak tekak gatai nak mkn churross..apetu churross? Churross tu  sejenis makanan ringan terkenal di sepanyol dan amerika latin. Dibuat daripada adunan tepung, air, butter dan telur dan kemudian di goreng. Snack ni dinamakan churro kerana bentuk seperti tanduk churro haiwan sejenis biri biri. Sedap dimakan dengan taburan gula yang dicampur serbuk cinnamon. Bole jugak dicelup coklat atau kopi pekat.. sumber gugel. Kalau term melayu mcm biskut lutut cicah kopi panas laa.. X tau cane biskut lutut? Silelah gugel.harap jumpa..hehe.. Ok, sekarang meh nak tunjuk cara cara seorang amatur buat churross utk pertama kalinya.. Seperti biasa bahan bahan bersama gambar lagi mudah kot. Butter - 1 sudu makan. Tepung gandum -11/2 cawan Tiada dalam gambar : 1 cawan air 1 sudu makan gula 1 biji telur saiz L ( tp aku hentam jek telur yg ada kt umah) 1/2 sudu kecil garam **hiasan - gula/ serbuk cinnon/ coklat cair/nutella (pilih kesukaan masing masing) Cara-cara: ...