Skip to main content

Posts

PENGALAMAN PERTAMA : HFMD MENYERANG ADIK BABY

Assalamualaikum/Hai, Ada yang Tanya, macam mana tau adik baby kena hfmd? Jumaat. start naik bijik Kat area lutut.. Ingtkan alergik sbb Dia rajin merangkak.. Rilekss lagi. Rashes pon ade Kat private part.. Bajet sbb tukar pempers brand lain. Sabtu. Bijik mula naik Kat siku. Hati cakap elergik. Sebab ada terbagi kek. Gigih gi kenduri kendara memenuhi Jemputan. Adik baby pon chill chill happy happy. Ahad. Pegi Pasar restock barang. Lepas zohor Check in hotel dekat dekat je. Saja bawak dorang yang dah lamaaa x feel tido katil Putih gebu gebas. Adik baby meragam sikit tapi masih steady. Isnin. Dah set epoiment awal dgn doc koshy utk follow up check up 1 tahun. Suppose 2/7 aritu tapi papa kena outstation. Takut lepas cucuk Dia demam Dan mama kena handle sorang. Big no! Hahaha.. Tu yg set harini sbb dah cuti. Sebelum cucuk, cek suhu tak demam, then bgtau doc Ada rashes here and there. Mula doc suspect elergik sbb habuk je due to mild ezcema yang adik b...

Selamat Hari KITA!

Assalamualaikum/Hai, 14072007-14072019.💞 Selamat Hari KITA. KITA seadanya. Bersama 3 nyawa KITA [Aireen Qaisara, Airiel Qa'id, Aidiel Qaiz] 12 years and still counting. 💪💪 Baru suku : Asam Garam Gula Kopi tanpa gula Teh tanpa susu Santan tanpa lemak Banyak lagi kekurangan yang takkan pernah cukup sampai KITA mati. Moga ALLAH pinjamkan KITA secukup masaNYA yang dizinkan. Pengakhiran yang diimpikan macam kisah cinta sehidup semati MAK ABAH. Aminnnn.. #mohontadahtangandoakanKAMI #weddinganniversary #darjahenam #itsagambleoflife #gowiththeflow  -MrsPuex-

Pembukaan Satu lagi Cawangan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall!

Assalamualaikum/Hai, Rasanya ini salah satu berita yang paling menggembirakan bagi penduduk sekitar Shamelin dan cheras dan juga yang berdekatan. Lulu Hypermarket dengan rasminya telah membuka lagi satu cawangan di 1 Shamelin Mall, Cheras pada 1 Julai 2019 yang lepas.. Mana taknya, dengan pembukaan Lulu Hypermarket ni, banyak barang / produk yang dijual dengan harga yang paling tak masuk akal tau! Diskaun kaww kawww hampir semua barang termasuklah barangan elektrik! Pembukaan Lulu Hypermarket telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna iaitu YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail . Promosi harga pembukaan berlangsung selama 4 hari bermula dari 1 Julai 2019 sehingga 4 Julai 2019. Tak percaya?? nahh sila tengok katalog kat bawah ni. Lokasi dan kedudukan barang yang disusun mengikut beberapa kategori memudahkan para pembeli untuk membuat pilihan. penting tau sebab kalau barang yang disusun tak mengikut kategori, sangat susah k...

PERTAMA DARI DASHING: SEMBURAN DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI

Assalamualaikum/Hai,  Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!  Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.  Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu...