Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Tuesday, March 31, 2015

Program penerangan fatwa oleh jabatan mufti negeri selangor

Assalamualaikum..

Kene hadir program penerangan seminar di hospital serdang. Anjuran oleh opis aku dgn kerjasama jabatan mufti negeri selangor..

Tajuk menarik.. Tajuk pilihan, pengklonan manusia dan hukum menubuhkan bank susu di malaysia..

Harapan agar tidak tertido dalam auditorium ni..

Berjemaah menaiki bas.jimattt!!
Program hari ini..
Selpi dengan perut kenyang tahap to the max sebelum start program..burrkkkk!!

Friday, March 27, 2015

SEGMEN : MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY

Assalamualaikum..

http://www.mommylizz.com/2015/03/segmen-mommy-lizzs-birthday-giveaway.html
 
Nak join sila Klik Banner ya..
 
tarikh tutup : 31 Mac 2015
 
Hadiah??
 
3 mystery gift untuk pemenang bertuah
Pemenang akan ditentukan melalui random.org
 
Saya sudah join..support rakan blogger..jom korang.. mane tau termenang hadiah misteri tu..heeee..

Yours Truly ;P

Reward untuk Anak

 Assalamualaikum..
 
Saja kasi reward kat anak anak..
Gaji bulan ni aku sedekahkan untuk dorang..
*tiap tiap bulan pon selalunya buat benda sama tapi kekdah yang lain..
ingat! jangan lokek kat anak..dorang tu rezeki yang kita tak pernah nampak..
tau tau dapat itu, dapat ini, senang part itu, lege part ini.. btol tak??
walau tak banyak mane, bila tgk dorang hepi, terus aku pon mcm hepi walau mood kekadang tgh swing tah kenapee..
 
Semoga rezeki makpaknye sentiasa diberkati dan dimurahkan sehingga tiba next gaji..
tak banyak takpe, janji jangan putus..
 
Dapat aiskerim baskinNrobins ni kemain sukakkk..
dapat plak 2 biji belon..berganda kesukaan mereka..
 
#takpahamkatmakbapakyangberkiradengananakanakni..
 
baik ko tak payah kawin..
pegi mengadap telepon 24/7 jam tuhh..
 
hoh!!! sangatt.. 

Monday, March 23, 2015

Matkool Butterfly : Penjimatan Berganda!

 Assalamualaikum..
 
Terima kasih kepada Nestle sebab bagi idea penjimatan kepada parents..
Beli 1 aiskerim dapat 2 batang aiskerim serentak!
jimattkan??
hahahaa..bab jimat ni memang i loikee!!
tapi bukan kedekot okeh!
 
Rasa??
hmmm.. opkos la sedap.. anak anak pon sukaa..
nampak je stiker eskrem ni kat memane kedai teruss anak anak meroyan..adeh!!
 
mat kool mat kool kawanku..
terima kasih monyet mat kool!
bahahahaha...
 
ko tengok betapa feeling giler dorang makan eskrem butterfly tuh..
 
kasi up lagi 1 gambar..
amboiiii.. 

Thursday, March 19, 2015

MATTA FAIR 2015

 Assalamualaikum..
 
ehemm...ehemm..
 
Gumbire tak terkata bile incik suami bawak balik ini vocer..
habuan dari matta fair..
bawaknye hari ahad tp bagitau hari senin tu pon melalui wasap..
nampak tak bizinye die..huhu.. tak sempat nk bgtau hari ahad sbb balik2 dah pengsan..
penat sangat kot layan visitor yang terlalu ramai katenye..
 
ni baru voucher..
hotel ?
transport nak ke sana??
naik flight ke naik kete+feri ??
 
emmm..
 
nampaknye incik suami dah bg task kt puan isteri untuk bekerja keras nih..
 
adehh!!
 
any info pasal hotel best dan MURAH kat sana?
makanan sedap sedap kat sane??
 
just let me know ya..
 
perancangan teliti harus buat..pestime nak jejak kasi ke sana..
 
eksaited die lain maciaamm wooo..
tak zabarrrrr pon ade ni..haih!
 
wishlist tahun 2015 ni..
langkawi - almost done!
sabah? tahun ni or tahun depan??
emm..mcm kene pospon tahun depan jeee nii..hiii..
 
Demam On Off

 Assalamualaikum..
 
Kejadian selasa malam.
Balik keje tgk anak bujang ni tido.
jarang die tido petang..
just biarkan dia tido mybe penat sangat kot main..
lepas maghrib tgk die still tido dan sumtime die merengek dlm tido..
takde la aku syak pape..
tetibe naluri mak mak ni kan..
trus rasa dahi die, panas skit..
tak puast hati soh incik suami rasa..
die pon rasa panas, terus dukung. memang terasa bahang, ckp incik suami..
 
terus la bergegas ke klinik..
 
dia memang pasif jek..
sampai klinik, tak lama tu dia muntah..
mybe dah lega, ada la borak borak ngn mama..
 
masuk jumpa doktor, cek suhu 38.5.. bagitau history demam on off since saturday,
terus doc sajes amek darah..
 
and the result was, darah putih terlebih sbb ada bacterial dalam darah..
doc mention tak de serius problems..
just continue antibiotik je..
lege laa skit dengar..
 
Esoknya cuti la mama menjaga anak demam..

sempat up masak bubur versi bidio kt insta..hahah.takde keje..

tekak merah, tonsil membengkak, so satu jek nak suruh die makan,
buatkan bubur nasi, letak 4 ketul ayam upin ipin, his feverito..
 
Alhamdulillah,
taknak taknak makan, abis jugaklah sepinggan bubur nasi ni..
 
Mama cuti sebab dapat MC sebabnya ada infection mata belah kanan..
jimat cuti mama, dikk..hiiii..
 
here u go.. mc bersama eye drop..
sakit adalah penghapus dosa dosa kecil..
syafakallah!
 
ni doktor stanby reference letter untuk jumpa pakar mata if another 3 days tak elok elok lagi..
ngerii.. hope dapatlah sembuh dalam masa 3 hari..
 
doakan kami segera sembuh ya.

Monday, March 16, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015

p/s : jom join skali untuk memeriahkan giveaway nih..

Yours Truly ;P

Friday, March 13, 2015

#Nuffnang8irthday!

Assalamualaikum..
 
Nuffnang shout out!
 
Dapat emel jemputan ke event dari Nuffnang sempena #Nuffnang8irthday ..
 
emm..nak pegi ke tak ye.??
ada rakan blogger yang akan pegi tak??
 
http://blog.nuffnang.com.my/2015/03/11/its-nuffnangs-8th-birthday/
 
alamakk!!
venue kat zouk la pulok..
emmm.. ehemm..ehemm..
 
harapan macam tipiss sangat nak join..
xpelah..
 
thanks a lot to nuffnang for inviting me..
 
ni ada berita yang lagi best..
mula terperasan iklan nuffnang kt blog aku ni semakin menyerlah dari dulu..
alhamdulillah sangat nuffnang dah nampak blog kite..
tepek iklan kat blog kita..
boleh la menabung sikit sikit..
so far blom cash outkan lagi tabung yang sedia ada..
sekarang 3 angka dah..nak tunggu 4 angka baru nak cash out..waaaahhh...
wish my dream comes true bebeh!!.
 
kalau singgah tu,feel free to klik tabung Nuffnang kite yee..
 
appriciate it much.. thanks guys!
Iklan dari Physiogel

produk ni memang aku guna pon untuk ekzema anak anak..bagus utk kulit yang bermasalah..
eyhh..terpromote plak..hehee..
 
Iklan dari Scotts
iklan dari Sensodyne
Iklan dari YourSingapore

Iklan dari Aeon Credit Service

Iklan dari Nuffnang8irthday
 
Harap semua iklan tu bukan DUMMY je yee wahai nuffnang..
peace!!
 
Yours Truly ;P

Thursday, March 12, 2015

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Assalamualaikum..

http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html
klik gambar untuk penyertaan
 
Tajuk contest petua dan herba kongsibersamanora dari blog kongsibersamanora ni sangat memberi ilmiah untuk kita semua.
i like it much.. bertambah like like like bila dapat tau tempoh contest dilanjutkan..
Syukurrr alhamdulilah..
 
Entri khas saya kali ini nak berkongsi khasiat daripada Limau Purut..
Sebab apa saya pilih tajuk ini ?
sebab pokok ni memang sedang membesar bagai johan di hadapan rumah saya di mana, ianya adalah hasil semaian dari air tangan jiran saya. Dengan itu, dapatlah rezeki kami jiran tetangga sama-sama berkongsi khasiat dari pokok yang sama. Terima kasih jiran!
 
Ok, jom sama sama kita check it out yaa..
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
Nama Botani / Saintifik  :
Citrus hystrix DC.
Nama Traditional/timang timangan :
Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
 Kaum Famili Dari :
 Rutaceae
Pengenalan :
Limau purut yang kulitnya berbentuk berbonjol-bonjol itu juga kaya dengan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan manusia. Limau purut kaya dengan kandungan Karotena (16 mcg), Vitamin A (3 mcg), Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.07 mg) dan Vitamin C (37.0 mg). Selain itu, limau purut juga mengandungi kadar bahan-bahan galian seperti Kalium (172 mg), Kalsium (57 mg), Natrium (6 mg), Fosforus (2 mg) dan Ferum (0.1 mg). Khasiat lain pula seperti Karbohidrat (8.5 g), Protein (0.8 g), Serat (0.8 g), Lemak (0.6 g), Abu (0.7 g), Air (88.6 g) dan Tenaga (43 kcal).
 
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).

Khasiat dari Daun Limau Purut :
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
Daun limau purut kebiasaanya digunakan di dalam masakan Melayu seperti tom yam, paprik, laksa, rendang serta bahan perisa daging goreng dan pelbagai jenis masakan lagi kerana baunya dikatakan paling unik. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai herba yang turut digunakan dalam kaedah mandi wap. Selain itu, mengikut petua orang dulu-dulu, daun limau purut juga boleh dijadikan ulam mentah. Semakin tua daunnya itu semakin banyak kandungan zatnya walaupun dianggap keras tetapi boleh dikunyah dengan agak baik.

Khasiat lain adalah menjadi penawar penyakit, ia berkhasiat kepada kesihatan manusia. Apabila anda memakannya sebagai ulam mentah dapat merawat resdung, masalah sering bersin, selsema, masalah pernafasan (hidung tersumbat) selain dapat merawat masalah buasir, kencing tidak lawas dan masalah buang air besar.

Daun limau purut juga bertindak dalam mencegah penyakit kanser dan merupakan tumbuh-tumbuhan terbaik pernah digunakan untuk mencuci rambut, mulut dan melicinkan kulit. Daun limau purut juga dapat merawat luka, lebam, gigitan serangga, dapat membunuh pacat serta merangsang perjalanan darah.

Khasiat dari Buah Limau Purut :
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
Buah limau purut ini boleh dijadikan sebagai mandian yang dicampurkan dengan bunga-bunga seperti mandi bunga untuk bakal pengantin untuk menaikkan seri pengantin. selain itu, ianya juga sesuai dijadikan mandian untuk ibu-ibu dalam pantang untuk membangkitkan kesegaran badan. Juga sesuai dijadikan sebagai syampu untuk mengurangkan masalah kelumumur dan esktraknya juga berguna untuk menyental bahagian tertentu sepeti siku, lutut, tumit dan bahagian badan lain untuk menghilangkan bau badan.Malah, ianya juga adalah sebagai natural aromaterapi dengan wangian asli umpama berada di dalam spa kecantikan. 
Dari segi masakan, buah limau purut ni memang sesuai untuk menghilangkan bau hanyir ikan air tawar dengan merendamkan ikan tersebut bersama-sama beberapa biji buah limau purut dalam 15-20 minit sebelum dicuci. lagi lama rendaman lagi bagus.

Dari segi kesihatan, apabila baby demam atau selsema, gunakan buah limau purut (biasa orang pakai lemon) dengan cara meletakkan hirisan ke dalam stokin baby yang sedang dipakai. Selain itu, boleh dijadikan sebagai ubat nyamuk. Caranya adalah dengan memotong buah kepada dua bahagian, cucuk bunga cengkih dan diletakkan di penjuru tepi tingkap dan bahagian bahagian yang sesuai. keberkesanannya depends pada keadaan tapi bagi saya ianya adalah petua natural berbanding dengan penggunaan ubat nyamuk elektrik di rumah
Antara petua yang rare, yang orang jarang tahu adalah sebagai petua untuk mengelak ular masuk. caranya, buah dipotong 2 dan diletakkan dipintu dapur dan pintu utama.

3 Entri kegemaran dalam blog KongsiBersamaNora adalah :

DOA NABI YUNUS PENAWAR SEGALA MUSIBAH

- khasiat doa Nabi Yunus ini adalah sangat besar dan abstrak. Baca dan amalkan kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT

- sebagai jus penawar kanser, saya amalkan jus ibu kunyit semasa dalam pantang sebab terbukti khasiatnya dalam mengecutkan rahim dan mengembalikan kesihatan dalaman.

PENAWAR PENYAKIT LELAH DAN SEMPUT

- dalam blog kongsibersamanora ni kita dapat berkongsi pengetahuan penggunaan daun ekor kucing dalam mengubati penyakit lelah dan semput.

"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

_sharing is caring.
_support contest antara blogger
_banyak ilmu dan petua yang diperolehi dalam blog ini..

many thanks kepada blog kongsibersamanora kerana menganjurkan contest petua dan herba ini untuk rujukan semua pembaca yang lain..

Jom korang join skali contest kongsibersamanora.. tak rugi kita share ilmu kann??

#contest #petua dan herba kongsibersamanora #limau purut #petua dan herba

Yours Truly ;

-mrspuex-

Yours Truly ;P

Wednesday, March 11, 2015

Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Pengumuman 50 Orang Blogger Yang Berjaya

Assalamualaikum..

http://www.mialiana.com/2015/03/giveaway-whitening-intensive-booster_9.html

Pihak My Beauty Herbs telah pun meneliti kesemua jawapan yang diberi dan telah pun memilih 50 orang blogger dan blogger MRSPUEX iaitu saya (hehee) adalah salah seorang yang berjaya menang..yahuuuuu!!!
Tak percaya??
nahhhh bukti .. sila fokus lebih kat no. 31 tu tauu!!.. *paksa ni* harharharrrrr..

untuk blogger yang join giveaway nih, klik SINI untuk senarai 50 blogger yang terpilih..

Marilah kita sama-sama gebus gebas dengan produk tersebut ituu..

Terima kasih juga sis Mia selaku organizer yang bertanggunjawab anjurkan giveaway ini..

Yours Truly ;P

Tuesday, March 10, 2015

Pantai Remis, Kuala Selangor

 Assalamualaikum..
 
Balik dari pasar basah kat pasir penambang nun,
weols terus cari lokasi untuk makan tengah hari.
hajat nak makan kt kedai biasa kt simpang pantai remis tu tapi tutup pulak..
nak makan kat jeram, kene pegi reramai sbb family akku ni bukan jenis kaki makan..
nanti merugikan..
 
so terjah kedai mana yang hado sajok la..
overall so so saje..
tak amek gambar makan pon sebab tak menyelerakan langsung..
sorrii.. salah kedai pegi..huhu..
asal kenyang sudah..
 
so mari layan kerenah anak anak sementara nak tunggu makanan siap di masak..
 
happy jek tengok dorang..
masa ni jam 2 petang..matahari tegak di atas kepala..
panas membahang jemur tepi pantai..
gasakkkk!!
 
kembang setaman pulak muka iols pakai instant shawl babes naelofar nih..
hmmm... lantokk kan..

Monday, March 9, 2015

Pasar Basah Pasir Penambang

 Assalamualaikum..
Ahad lepas sempat bawak anak anak ke pasar basah pasir penambang, kuala selangor.
hajat nak cari ikan terubuk, skali ikan takdak!
so borong jek la ape yang ade kat sana..
waaa..segar segar sangat hidupan laut kt pasar tuh..
kagum gilerr.. rase macam nak borong semua jenis yang ada..
tapi nasib baik iols cool blog je..
beli mane yang penting dan muat peti ais saje..
 
sempat la jugak tengok gelagat anak anak masuk pasar..
si kakak langsung muka monyok..busuk la, kaki kotor kene air la..
mulut bising cakap 'cepat la mama, kakak geli nih'
amboiii die tuhh.. town girl sesangat kenn??
 
Adek? jangan cakap la kan..pengalaman pertama masuk pasar basah macam ni..
biasa msuk giant, tesco, mydin, hero jek..
die langsung tanak pijak tanah hokey..
lenguh mak ko nak dokong tau!! sib baik la selim melim orangnye..
last last baru nak pijak tanah.. tu pon sebab ketam hidup berjaya menarik perhatian die..
 
semua ni pengalaman untuk mak feel town sgt tau..yelaa..susah kot nak pegi pasar basah ni..
 so mari layan beberapa gambar yang  sempat aku snap.
*sori gambar sedikit blur sebab sebelah lagi tgn dokong si kenit nih..haih!*
 
giant sutun..
beli 2 ekor dah cukup utk family kecik dahku..
 
kakak muka tahan geli. 
 
udang ni sekilo rm42 kot..
besarr btol..sedap masak lemak cili api or goreng kunyit..perghhh..
 
ikan sebelah. orang panggil jugak ikan sisa nabi.
 
sedikit info tambahan :
Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...
 
ketam bunga..
haihh..mampu tengok je..
nak beli belom boleh lgi..anak anak masih elergik seafood.
 
keluarga kerang..
meriah uols..
 
 kusyuk mengadap ketam hidup.
 
taknak berganjak pulak dorang ni..
speechless sangat la tuhh.. 
 
last but not least,
menunggu papa membeli ikan merah.
tu kakak tu muka dah tak tahan geli sebab seliper dah basah kene air kat pasar tuh..
plus bau hanyir pasar tu..pepaham la bau die cemane kan??
bising nak gi cuci, nak gi cuci..
adek?? selamber je tp tetap geli geli..
 
hai la anak anak, pliss la jadi village girl and boy sikit..
best tau main kotor kotor sikit ..
siap korang..dah besar nnti mama bawak masuk hutan, belajar survival ok??

Tersenarai dalam bloglist Mialiana.com bagi bulan Mac-April 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah blog mrspuex berjaya mengisi ruang dalam bloglist Mac - April 2015 dalam blog sis Mialiana.

Syukurr sesangat.. at least rakan rakan alam maya akan lebih mengenali blogger picisan mrspuex ni..

Thanks to sis mialiana kerana menganjurkan segmen yang best ni..

Saya suka.. saya suka.. saya suka..

To All, salam perkenalan dariku untukmu..

Rajin rajin lah folo memfolo ye..
Ai is appriciate it much!

Yours Truly ;P

Thursday, March 5, 2015

Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Jom join segmen simple cikgu.
Tujuan adalah untuk mengeratkan silaturrahim..
15 blogger akan dimasukkan dalam bloglist cikgu sepanjang MAC dan APRIL
Jangan lepaskan peluang ye ;)

http://www.cikgufarha.com/2015/03/pencarian-bloglist-mac-april-cikgu-farha.html

Cara mudah je:-
1. Buat entry khas bertajuk "Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha"
2. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja
3. Copy coding yang disediakan.

SIAP!! Senang je kan?? Hee jom join...
Segmen akan berlangsung selama 5 hari bermula 2 Mac - 7 Mac.
Pencarian secara Random menggunakan khidmat robot Random.com

"Salam Ukhuwah. Jom Terjah"

p/s : join segmen tanda support rakan alam maya.. :D

Yours Truly ;P

Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora