Assalamualaikum..
klik gambar untuk penyertaan
Tajuk contest petua dan herba kongsibersamanora dari blog kongsibersamanora ni sangat memberi ilmiah untuk kita semua.
i like it much.. bertambah like like like bila dapat tau tempoh contest dilanjutkan..
Syukurrr alhamdulilah..
Entri khas saya kali ini nak berkongsi khasiat daripada Limau Purut..
Sebab apa saya pilih tajuk ini ?
sebab pokok ni memang sedang membesar bagai johan di hadapan rumah saya di mana, ianya adalah hasil semaian dari air tangan jiran saya. Dengan itu, dapatlah rezeki kami jiran tetangga sama-sama berkongsi khasiat dari pokok yang sama. Terima kasih jiran!
Ok, jom sama sama kita check it out yaa..
Nama Botani / Saintifik :
Citrus hystrix DC.
Nama Traditional/timang timangan :
Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Kaum Famili Dari :
Rutaceae
Pengenalan :
Limau purut yang kulitnya berbentuk berbonjol-bonjol itu juga kaya dengan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan manusia. Limau purut kaya dengan kandungan Karotena (16 mcg), Vitamin A (3 mcg), Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.07 mg) dan Vitamin C (37.0 mg). Selain itu, limau purut juga mengandungi kadar bahan-bahan galian seperti Kalium (172 mg), Kalsium (57 mg), Natrium (6 mg), Fosforus (2 mg) dan Ferum (0.1 mg). Khasiat lain pula seperti Karbohidrat (8.5 g), Protein (0.8 g), Serat (0.8 g), Lemak (0.6 g), Abu (0.7 g), Air (88.6 g) dan Tenaga (43 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).
Khasiat dari Daun Limau Purut :
Khasiat lain adalah menjadi penawar penyakit, ia berkhasiat kepada kesihatan manusia. Apabila anda memakannya sebagai ulam mentah dapat merawat resdung, masalah sering bersin, selsema, masalah pernafasan (hidung tersumbat) selain dapat merawat masalah buasir, kencing tidak lawas dan masalah buang air besar.
Daun limau purut juga bertindak dalam mencegah penyakit kanser dan merupakan tumbuh-tumbuhan terbaik pernah digunakan untuk mencuci rambut, mulut dan melicinkan kulit. Daun limau purut juga dapat merawat luka, lebam, gigitan serangga, dapat membunuh pacat serta merangsang perjalanan darah.
Khasiat dari Buah Limau Purut :
Buah limau purut ini boleh dijadikan sebagai mandian yang dicampurkan dengan bunga-bunga seperti mandi bunga untuk bakal pengantin untuk menaikkan seri pengantin. selain itu, ianya juga sesuai dijadikan mandian untuk ibu-ibu dalam pantang untuk membangkitkan kesegaran badan. Juga sesuai dijadikan sebagai syampu untuk mengurangkan masalah kelumumur dan esktraknya juga berguna untuk menyental bahagian tertentu sepeti siku, lutut, tumit dan bahagian badan lain untuk menghilangkan bau badan.Malah, ianya juga adalah sebagai natural aromaterapi dengan wangian asli umpama berada di dalam spa kecantikan.
Dari segi masakan, buah limau purut ni memang sesuai untuk menghilangkan bau hanyir ikan air tawar dengan merendamkan ikan tersebut bersama-sama beberapa biji buah limau purut dalam 15-20 minit sebelum dicuci. lagi lama rendaman lagi bagus.
Dari segi kesihatan, apabila baby demam atau selsema, gunakan buah limau purut (biasa orang pakai lemon) dengan cara meletakkan hirisan ke dalam stokin baby yang sedang dipakai. Selain itu, boleh dijadikan sebagai ubat nyamuk. Caranya adalah dengan memotong buah kepada dua bahagian, cucuk bunga cengkih dan diletakkan di penjuru tepi tingkap dan bahagian bahagian yang sesuai. keberkesanannya depends pada keadaan tapi bagi saya ianya adalah petua natural berbanding dengan penggunaan ubat nyamuk elektrik di rumah
3 Entri kegemaran dalam blog KongsiBersamaNora adalah :
DOA NABI YUNUS PENAWAR SEGALA MUSIBAH
- khasiat doa Nabi Yunus ini adalah sangat besar dan abstrak. Baca dan amalkan kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa.
KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT
- sebagai jus penawar kanser, saya amalkan jus ibu kunyit semasa dalam pantang sebab terbukti khasiatnya dalam mengecutkan rahim dan mengembalikan kesihatan dalaman.
PENAWAR PENYAKIT LELAH DAN SEMPUT
- dalam blog kongsibersamanora ni kita dapat berkongsi pengetahuan penggunaan daun ekor kucing dalam mengubati penyakit lelah dan semput.
"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"
* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz
_sharing is caring.
_support contest antara blogger
_banyak ilmu dan petua yang diperolehi dalam blog ini..
many thanks kepada blog kongsibersamanora kerana menganjurkan contest petua dan herba ini untuk rujukan semua pembaca yang lain..
Jom korang join skali contest kongsibersamanora.. tak rugi kita share ilmu kann??
#contest #petua dan herba kongsibersamanora #limau purut #petua dan herba
Yours Truly ;
-mrspuex-
Yours Truly ;P
0 Comments