Skip to main content

Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora

Assalamualaikum..

http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html
klik gambar untuk penyertaan
 
Tajuk contest petua dan herba kongsibersamanora dari blog kongsibersamanora ni sangat memberi ilmiah untuk kita semua.
i like it much.. bertambah like like like bila dapat tau tempoh contest dilanjutkan..
Syukurrr alhamdulilah..
 
Entri khas saya kali ini nak berkongsi khasiat daripada Limau Purut..
Sebab apa saya pilih tajuk ini ?
sebab pokok ni memang sedang membesar bagai johan di hadapan rumah saya di mana, ianya adalah hasil semaian dari air tangan jiran saya. Dengan itu, dapatlah rezeki kami jiran tetangga sama-sama berkongsi khasiat dari pokok yang sama. Terima kasih jiran!
 
Ok, jom sama sama kita check it out yaa..
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
 
Nama Botani / Saintifik  :
Citrus hystrix DC.
Nama Traditional/timang timangan :
Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
 Kaum Famili Dari :
 Rutaceae
Pengenalan :
Limau purut yang kulitnya berbentuk berbonjol-bonjol itu juga kaya dengan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kesihatan manusia. Limau purut kaya dengan kandungan Karotena (16 mcg), Vitamin A (3 mcg), Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.07 mg) dan Vitamin C (37.0 mg). Selain itu, limau purut juga mengandungi kadar bahan-bahan galian seperti Kalium (172 mg), Kalsium (57 mg), Natrium (6 mg), Fosforus (2 mg) dan Ferum (0.1 mg). Khasiat lain pula seperti Karbohidrat (8.5 g), Protein (0.8 g), Serat (0.8 g), Lemak (0.6 g), Abu (0.7 g), Air (88.6 g) dan Tenaga (43 kcal).
 
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988).

 
Khasiat dari Daun Limau Purut :
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
 
Daun limau purut kebiasaanya digunakan di dalam masakan Melayu seperti tom yam, paprik, laksa, rendang serta bahan perisa daging goreng dan pelbagai jenis masakan lagi kerana baunya dikatakan paling unik. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai herba yang turut digunakan dalam kaedah mandi wap. Selain itu, mengikut petua orang dulu-dulu, daun limau purut juga boleh dijadikan ulam mentah. Semakin tua daunnya itu semakin banyak kandungan zatnya walaupun dianggap keras tetapi boleh dikunyah dengan agak baik.

Khasiat lain adalah menjadi penawar penyakit, ia berkhasiat kepada kesihatan manusia. Apabila anda memakannya sebagai ulam mentah dapat merawat resdung, masalah sering bersin, selsema, masalah pernafasan (hidung tersumbat) selain dapat merawat masalah buasir, kencing tidak lawas dan masalah buang air besar.

Daun limau purut juga bertindak dalam mencegah penyakit kanser dan merupakan tumbuh-tumbuhan terbaik pernah digunakan untuk mencuci rambut, mulut dan melicinkan kulit. Daun limau purut juga dapat merawat luka, lebam, gigitan serangga, dapat membunuh pacat serta merangsang perjalanan darah.

Khasiat dari Buah Limau Purut :
 
http://mrspuex.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
 
Buah limau purut ini boleh dijadikan sebagai mandian yang dicampurkan dengan bunga-bunga seperti mandi bunga untuk bakal pengantin untuk menaikkan seri pengantin. selain itu, ianya juga sesuai dijadikan mandian untuk ibu-ibu dalam pantang untuk membangkitkan kesegaran badan. Juga sesuai dijadikan sebagai syampu untuk mengurangkan masalah kelumumur dan esktraknya juga berguna untuk menyental bahagian tertentu sepeti siku, lutut, tumit dan bahagian badan lain untuk menghilangkan bau badan.Malah, ianya juga adalah sebagai natural aromaterapi dengan wangian asli umpama berada di dalam spa kecantikan. 
Dari segi masakan, buah limau purut ni memang sesuai untuk menghilangkan bau hanyir ikan air tawar dengan merendamkan ikan tersebut bersama-sama beberapa biji buah limau purut dalam 15-20 minit sebelum dicuci. lagi lama rendaman lagi bagus.

Dari segi kesihatan, apabila baby demam atau selsema, gunakan buah limau purut (biasa orang pakai lemon) dengan cara meletakkan hirisan ke dalam stokin baby yang sedang dipakai. Selain itu, boleh dijadikan sebagai ubat nyamuk. Caranya adalah dengan memotong buah kepada dua bahagian, cucuk bunga cengkih dan diletakkan di penjuru tepi tingkap dan bahagian bahagian yang sesuai. keberkesanannya depends pada keadaan tapi bagi saya ianya adalah petua natural berbanding dengan penggunaan ubat nyamuk elektrik di rumah
Antara petua yang rare, yang orang jarang tahu adalah sebagai petua untuk mengelak ular masuk. caranya, buah dipotong 2 dan diletakkan dipintu dapur dan pintu utama.


3 Entri kegemaran dalam blog KongsiBersamaNora adalah :

DOA NABI YUNUS PENAWAR SEGALA MUSIBAH

- khasiat doa Nabi Yunus ini adalah sangat besar dan abstrak. Baca dan amalkan kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT

- sebagai jus penawar kanser, saya amalkan jus ibu kunyit semasa dalam pantang sebab terbukti khasiatnya dalam mengecutkan rahim dan mengembalikan kesihatan dalaman.

PENAWAR PENYAKIT LELAH DAN SEMPUT

- dalam blog kongsibersamanora ni kita dapat berkongsi pengetahuan penggunaan daun ekor kucing dalam mengubati penyakit lelah dan semput.


"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

_sharing is caring.
_support contest antara blogger
_banyak ilmu dan petua yang diperolehi dalam blog ini..

many thanks kepada blog kongsibersamanora kerana menganjurkan contest petua dan herba ini untuk rujukan semua pembaca yang lain..

Jom korang join skali contest kongsibersamanora.. tak rugi kita share ilmu kann??

#contest #petua dan herba kongsibersamanora #limau purut #petua dan herba

Yours Truly ;

-mrspuex-

Comments

nurmisnan said…
Terima kasih kerana menghantar penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora. banyakkan petua dan khasiat dr herba2 yg ada dibumi Malaysia. sgt ajaib ciptaan Allah

all d best n gd luck to u sis
Izwa Kamaruddin said…
daun limau purut ni ular tak suka dekat kalau pokok ni ade kat umah..
KamilSalleh said…
Salam buat Mrspuex....limsu purut ini senang didspati di mana-manx di seluruh Malaysia. Ia juga selalu digunakan oleh bomoh, pawang atau dukun.
Tok Puteh said…
Moga berjaya bro
satu perkongsian yg menarik
NFH said…
Salam Mrspuex,

Entri contest yang menarik. Semoga berjaya
all the best jom tgk review pokok mahkota dewa pulak
http://adna2029.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
BM said…
Daun limau purut...baunya sahaja cukup menyegarkan apatah lagi khasiatnya yg tidak terlawan! Good luck ya...
Ummi Hanie said…
gudluck sis...

daun limau purut mmg best

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P