Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016

Assalamualaikum..

29 Februari 2016..

kita jumpa lagi 4 tahun dari sekarang..

29 Februari 2020..

semoga panjang umur..

aminnnn..


4 tahun dari sekarang..
2 anak ini semakin mengenal erti dunia..
semoga baik baik sahaja...
aminnnn..

-mrspuex-

Pengaruh Viral : Aiskerim Sumi

Assalamualaikum..

Blogger dan pengaruh alam maya berpisah tiada.
Yang baik baik kite ikut.
Yang tak berapa nak baik kite letak tepi, duduk dendiam ataupun nyahhh kauu dalam hidupku.

Viral punye pasal.
terus pegi kedai beli bebahan untuk buat aiskerim sumi.


bebahan :
plastik aiskerim
susu sejat
susu pekat
esen vanila
sumi (nak sedap beli 2 peket)

beli 1 peket bajet bajet cukuplah.
tapi setengah peket dah selamat dikerjakan anak-anak sebelum jadi aiskerim..
ketap bibir maknye tengok baki sumi tersebut..,

sambil lenyekkan, sambil tu sumbat masuk mulut..
shot lagi kuantiti sumi mama tauuu!!

cara-cara :

susu sejat 1 tin
susu pekat 3-4 susu. ikut tekak nak manis mcm mana..
esen vanila 2 sudu kecil.
masak semua dalam periuk sampai mendidih,
tunggu suam suam kuku.. 
panas-panas masuk plastik, lecurr tangan hoii! hehe..

sambil tu lenyekkan sumi. nak bubuh seketul2 pon tak salah..janji muat masuk plastik..

bila susu dah suam suam sejuk.
masukkan sumi dan susu yang dimasak.
ikat dan sejukkan dalam peti ais

tunggu keras, baru boleh ngapp!!

hasilnya..
nahh kaww aiskerim less sumi namanya..
lebihan bancuhan tu kita enhancekan jadi aiskerim bandung..
hidup kene bijak sis!

sedappp!!!!
nanti nak repet lgi cuma part nak ikat tu la gigil gigil tangan makkk!!




Thursday, February 25, 2016

female dryfit tshirt from printcious

Assalamualaikum..

berjaya redeem 2 helai dryfit female tshirt dari voucher printcious..

kain best tapikan amek saiz L pon tak muat..huhhu..kene diet lagi ni kot or saiz utk female mmg fit agaknye..

my mistake..kalau tau, amek saiz male je..besarr skit..hahahaa..

bertabah je laa tengok dan hanya boleh pakai kt umah jee..

hope and believe!
saiz L tapi kakak boleh pakai..makanya kite pas kat kakak je la..
lepas ni kene folo mama gi event dengan syarat sarung baju ni bagi pihak mama..

boleh kakak??
hahahahaa...

-mrspuex-

Wednesday, February 24, 2016

Jemputan Majlis Sarapan Pagi Bersama pelakon Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum..


Pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team Denaihati kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri majlis sarapan pagi bersama Adi Putra dan Mira Filzah, pelakon drama trending iaitu cinta si wedding planner di Bangi Golf Resort pada ahad yang lepas.


Abang Ngah Fariz Adryan dan Kak Ngah Zarra Tak Kisah..hehe..


Bertuah rasa diri dapat face to face dengan pelakon-pelakon kegemaran ni.
Jarang sekali ada majlis breakfast..biasa dinner or hitea je..
syabas team denaihati kerana membuat kelainan..
Dapatlah jugak tgk muka natural beauty dorang pepagi..hahaha..
Abang Ngah tetap sado dan  kak Ngah menten sweet like candy gituu..


eyhh..kite still tak boleh nak move on laaa..cewaahhhh..
Layankan jek la gamba yeee...

nama pon sarapan pagi, 
haruslah selpi dengan menu sarapan yea dakk..
selpi pon haruslah ada orang penting kt belakang tu..barulah tercapai nak breakfast bersama cuma lain meja je..hehehe..


bersama pelakon #cintasiweddingplanner
abang ngah dan kak ngah..
terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami, para bloggers.

tak lupa jugak kepada team jet jet pejuang adi putra , 1hotlovers..
korang memang superb! kecohh!! ohsemm!! sportingg!!
nak join the club boleh??

sesi bertukar pendapat, Q & A dan beramah mesra dengan abang adi putra bersama bloggers..
eksklusifff hokeyy!!

menang lucky draw.
hadiah codicafe dari denaihati..
tak sangka dapat jugak last last..
paling teruja, abang ngah yang sampaikan hadiah..
speechless hadik kat tetengah.

para bloggers posing kat banner..
ponn bolehhh..hehehee..
akhir kata,
group photo..
kami sangat teruja dan eksaited..
terima kasih kepada penaja-penaja Jemaah Denaihati Network, EvoWang.com, Asfieda Impian, Creative Visual Studio, Abang Ensem dan Sohaini Cookies

koleksi selfi sepanjang majlis..

pssttt!!
dengar kata program sepetang bersama bloggers 2016  #sbb2016 bakal diadakan di area kuala lumpur?

ok nak mark kelender supaya tak terlepas lagi..

harap abang ngah dapatlah join..
abang ngah pon ada blogkan??
heheheee...

-mrspuex-

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan Permainan Aplikasi DAC Peaceyall

Assalamualaikum..


Saya berkesempatan untuk hadir ke sidang akhbar untuk 3 pelancaran oleh Dato AC Mizal dengan kerjasama OMGfest Ventures dan Peaceyall.FM pada 17 Februari 2016 (Rabu) yang lepas bertempat di Hotel Pullman By Lakeside Putrajaya iaitu :

1. Pelancaran Karnival Peaceyall
2. Pelancaran Komik 'Skoolastik oleh Kartunis Ubi
3. Pelancaran Permainan Aplikasi 'DAC Peaceyall' 

1.DATO' AC MIZAL BAWA LEBIH 150 USAHAWAN JELAJAH MALAYSIA DALAM KARNIVAL PEACEYALL.


Buat julung kalinya, radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal akan menagadakan satu karnival bersar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.fm di seluruh Malysia.
Bermula di Melaka pada 2-3 Aplril 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh dan diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.

jangan lepaskan peluang dan sila mark kalendar anda ok! 



Tujuan utama adalah sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi mendatangkan impak yang tinggi.

Macam-macam aktiviti menarik yang dah siap dirancang khas untuk pengunjung. Antaranya, ujibakat mencari VJ peaceyall.fm, game untuk kanak-kanak, persembahan dari Vj dan selebriti tanah air dan palinng penting, karnival ini akan di 'live streaming' ke seluruh dunia. so anda diperantauan jangan risau. boleh tgk melalui aplikasi peaceyall.FM

Dato AC Mizal, Datin Emylia Rosneida bersama VJ Peaceyall.FM


p/s  : Sesiapa yang beminat nak turut serta sebagai salah seorang dari 150 usahawan, sila hubungi  011-2621656 (Daz) atau 019-2796275 (Lieza) atau email : karnivalpeaceyall@gmail.com . info details boleh pegi laman sosial peaceyall.fm atau OMGFEST2014

2.PERMAINAN APLIKASI 'DAC' PEACEYALL' CARA BARU BERINTERAKSI DATO AC MIZAL BERSAMA PEMINAT.



Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru untuk menarik minat pemain game tegar. dihasilkan dengan latar bekalang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri.
Selain main game, peminat boleh mengikut aktiviti Dato AC Mizal dengan menerima pesanan istimewa dari beliau dari semasa ke semasa.



Lagi best, hadiah menarik dan kejutan demi kejutan bakal anda alami dengan bermain aplikasi ini..
nak tau ada hadiah terkejut terkejut tu, silalah download dan main.. hadiah misteri menanti andaa!!



sambil main, sambil tu collect hadiah misteri..
saya main asiklah see yaa!! see ya!!!
hoh!!boleh tahan gak laa game ni..
dapat kat anak, memang melekatt!!


Dalam satu aplikasi ada macam macam benda boleh buat.
boleh main game, boleh beli produk minyak wangi DAC (ikon Dato) dan DER (ikon Datin) dan boleh dengan radio online (ikon peaceyall)


besttttt tau minyak wangi spesel dari Dato AC Mizal dan Datin Emylia ni !!!

Buat masa ni hanya pengguna android saja yang boleh download . bagi pengguna i-phone, sabarr.. nnti dorang akan upgrate versi i-phone plak yee..

pegi -google play store dan taip 'DAC Peaceyall' untuk download..
selamat mencuba!

3. KARTUNIS UBI KEMBALI DENGAN KOMIK SKOOLASTIK.


Lama betul kartunis ubi ni menyepi. sapa yang kaki komik Ujang mesti kenal beliau kan..
haaaa.. beliau dah come-back bersama komik terbaru iaitu 'SKOOLASTIK'.

Komik 100 mukasurat ini mengisahkan 3 sahabat karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuatkan anda semua tidak kering gusi. Komik ini mengambil masa hampir 8 tahun untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.

Komik ini hanya berharga RM19.90 senaskah dan boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermua 20 Februari 2016. Untuk info lanjut, boleh lawati laman sosial beliau sendiri di Facebook atau instagram : @kartunisubi


So anda diluar sana, lagi sekali nak bagitau sila mark tarikh 2-3 April untuk hadir sama dan support karnival ini ok! janji tauu..

 Barisan bloggers yang hadir.



Nah sedikit video yang sempat dirakam oleh blogger iena..




#omgfest2014 #peaceyallcarnival #skoolastik #dacpeaceyall #dataranayerkeroh #melaka #haiblogger #bloggermalaysia #peaceyallblogger #omgfestblogger @omgfest2014 @peaceyallfm


-MrsPuex-

Monday, February 22, 2016

Transformasi Steamboat BBQ Buffet Restoran D'Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum..



Biasanya kalau nak berstimbot, kita akan disediakan dengan menu stimbot dan grill . 
Tetapi, kelainan yang dibawa oleh restoran D'kayangan ini adalah mengetengahkan konsep 3 dalam 1 iaitu steamboat+Grill+Pembakar Arang BBQ secara buffet.
Keistimewaan lain juga adalah kambing panggang yang turut disediakan dalam menu buffet dan dihidangkan setiap hari tanpa sebarang caj tambahan..

hmmmm... rasa-rasa nak makan kambing panggang , dah tau dah kat mana nak terjah ok!


Pilihan makanan yang tersedia punyaalaahhh banyakk...
untuk steamboat, pengunjung boleh pilih sama ada sup ayam atau tomyan sebagai kuah rebusan.
Untuk menu grill pula, perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong disediakan.
senang cakap, segala macam haiwan yang boleh dimakan ada disini..
rambang mataa tauuu!! semua pon nakk!!


Untuk tahun 2016, restoran D'kayangan melalui satu transformasi dengan tambahan menu skewer iaitu ayam skewer berempah, daging skewer berempah, daging skewer kicap, sotong skewer pedas cilantro, ikan dory skewer berempah, udang skewer cilantro dan lain-lain..

datang sendiri, hayati kenikmatan menu baru ni .. harga pon sangat berpatutan.


lagi satu yang best  adalah penggunaan Dapur Arang BBQ yang disediakan  di atas meja. Pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman berBBQ dengan keluarga dan sahabat handai.
bagi yang taknak berstimbot+grill, boleh pilih untuk BBQ.. semua pon ada atas meja..

Info penting, 
Penggunaan dapur arang BBQ ni tak memerlukan marjerin atau minyak dan ini menjadikan makanan tersebut sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa BBQ arang (smokey taste) dan bau harum BBQ yang pastinya memikat selera setiap pelanggan.



Lebih 199 jenis hidangan segar untuk pengunjung setiap hari. Sos yang disediakan pon sangat sedap hasil air tangan dari chef Shahnizam seperti sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo. 


saya dan para blogger mendengar sedikit taklimat dari pihak restoran dan berpeluang merasa sendiri menu steamboat+grill+BBQ . Lepas ni nak bawak family datang makan kat sini.. berbaloi dan yakin kenyang sampai esok  heheeee..


Terima kasih D'kayangan!
Terima kasih Encik Mohd Rasul!

Harga : 
RM40.20 (dewasa)
RM20.05 ( kanak-kanak)
*harga termasuk GST

Lokasi :
No 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tempahan :
012-2971091
017-3277904
03-55234979

Facebook :

psssttt :: 
Menangi hadiah berupa tudung FAREEDA jika anda datang pada hari JUMAAT,SABTU dan AHAD
ingat tuuu!!!


SELAMAT MENJAMU SELERA!

#dkayangansteamboat
#dkygnsteamboat

-MrsPuex-

Thursday, February 18, 2016

Gol Faiz Subri Bakal Memenangi Anugerah PUSKAS

Assalamualaikum..

Aku memang peminat bola sepak tauu..
walau tak pernah pegi tengok kat stadium tapi aku mengikut perkembangan bolasepak secara dendiam..

smlm dengar cerita freekick dari pemain pulau pinang, Faiz Subri bakal mencetuskan fenomena luar biasa dalam arena sukan bola sepak..

aku pon teruja jugak tengok gerakan bola masuk ke jaring..
speechless beb... bola tu macam ditiup tiup suruh masuk ke dalam gol..




tahniah Faiz Subri..
anda memang sesuatu sangat!

pulau pinang 4 vs  pahang 1

-mrspuex-

Tuesday, February 16, 2016

Review : Teater Zombi La La La

Assalamualaikum..


Rezeki menang contest di blog MohdZarin .
Dapat 3 tiket untuk menonton teater tersebut.
Berbunga-bunga hati yang sememangnya penggemar teater sejak bujang la la la ...hahaha..

wefie bersama en zarin dan 2 lagi adik blogger yang bertuah menemani hakak tengok teater malam tuh.. tengkiu korang.. tengkiu en zarin.. lenkali jemputlah lagik yee.. demi teater saya sedia freekan masa..

Teater Zombie LaLaLa yang sedang dipentaskan di Istana Budaya pada 13-21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz (Miss K), Amy Mastura (Happy Witch), Amar Baharin ( Capten Cook), Janna Nick (MemangNak), Siti Saleha (Cleo Papa), Hafreez Adam ( Elvis Pasola) dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater. Best sangat tau!! 

Nannie , me , iena dan dilla .
seat belakang VIP.best!
semua pon eksaited nak tunggu teater start!


Sinopsis
Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?

Nak tau lebih lanjut, sila la ke Istana Budaya..
Dapatkan tiket berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.
-MrsPuex-

Monday, February 15, 2016

Projek Mak dan Anak Gadisnya

Assalamualaikum..

Mak nak test barang mekap dan nak test skill mekap masih ada lgi ke tak..
anak gadis pon memberikan kerjasama yang jitu ..
sedia menadah muka untuk dikerjakan oleh maknya..

maknya sangat gumbira dan bermulalah episod conteng menconteng, 
mak sangat hepiiii...
hahahhaaa...

walaupun sesi conteng menconteng tu seringkali diganggu oleh anak bujang mak..
tiada kerja tanpa stress kann??





talent cilik mak..

nahhhhh kawww!!!
teknik shading shading ikut sukati makk!!
masa ni bile tunjuk gamba ni kat anak gadis, beliau gelak terguling guling seperti tak percaya ini mekap atau sesuatu ??

selepas kene sound duduk dendiam, baru la beliau pasrahhh..
hahahahhaa.. setiap 2-3 minit tnye dah ke mama..
hoiiii.. mencabarrrrrrr!!!

maknye teruskan lukisan dengan jiwa penuh kental..


siap part kening pulak..


nahhhh... siap sepenuhnyaa...
abaikan seseorang kt belakang tu..


kisah anak bujang pulak,
asiklaaa tanyee adik pon nak cantik.. adik pon nak mekapp

ok, marilah nakk.. 


dannnn...

nahhhh.. kawwww...
posing paling jelitaa konon konon..
motip mata juling tu tak tau la kenapee... bajettt comel atau eyeliner tu berat..hahahaha..


nahh lagi sekepingg..


my talent of the day..

gasakk kawwww!!!


sekian projek untuk hari itu..

bahahhahahaaa...
kesian anak kene buli ...

-mrspuex-

Friday, February 12, 2016

Menu sarapan spesel harini :: Sambal Sardin

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.


menu sarapan pagi tadi..
makan dengan nasi pepanas..perghhh...

Sambal sardin tersedap di dunia..
Alhamdulilah masih dapat merasa nkimat airtangan dari abah..
jarang jarang dapat rasa masakan abah hokeyy..



cook with love from my abah subuh tadi..
terima kasih abah..
terharu sangat sampai nak menitis airmata..huhuuu..

kenyang anak abah dan kawan kawan sekali..


lately ni abah tak berapa nak sihat..
jantung tak ok.
paru paru berair sikit
kencing manis sampai kene cucuk insulin tiap tiap hari.
darah tinggi 
kaki kebas kebas tiap tiap malam mak kene urut..

semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk abah dan mak..

aminnnn...





owh.. utk rakanku izwa yang terserempak dengan abah last sabtuday kat kedai masa nak beli ketam, iols tak sempat nak snap gamba kerana terlalu kusyuk mengadap makan.. plus abah kene repet ke kedai semula beli ketam balik sebabnya anak sulung dah belasah dulu smpai habis sementara anak kesayangan dia baru hegeh2 nak gerak dari shah alam..huaaaaaa...

p/s : cuti sekolah seminggu. kafa maknye bagi cuti khas.. anak-anak lepak ceras. kos transit/ tadika time cuti memang tercekik tercekik harganya..maka ulang alik lah maknye dari ceras ke tempat kerja di shah alam.. bila hati senang, perjalanan yang jauh pon jadi mudah..

-MrsPuex-

Thursday, February 11, 2016

Mereputkah 4 Hari Cuti Panjang ??

Assalamualaikum..

Cuti panjang raya china korang gi mane??
mereput kat umah kahh??
hahahaa.. sikit sikit mereput.,
gaisss.. banyak kot xtvt kite boleh buat untuk habiskan cuti panjang nih..

Untunglah bagi sesiapa yang ada kampung nak balik tu..
eh, aku pon balik kampung jugak tau..
tetap hadap jem walau kampung pon boleh cak cak jeee dah sampai..hahahaha..
shah alam-ceras jauhhhhh tauuu!!!

memang takde langsung plan nak seiring sejalan hadap jem nak berjalan check in hotel..
malass nak bersesak2..

kesian anak anak tak dpt tido hotel mcm kawan2 yang lain..
cuti sana sini..sobb....sobbb..
sabar ye anak anak.. ada time nnti mama bawak tido hotel ok..

so mari kite chill chill layan sungai..
lagiii bestt!!!

sib baik la sungai dengan umah mak pon dekat je..

maka, ke congkak la kiteeee,.,,

muka tahan sejuk air sungai..
memang cari port cetek cetek je..
sebab mama malas nak berendam sama-sama..
cukuplah takat basah kat kaki jee...

sebab ape? sebab malas nak tuka tuka baju..

happy faces!
hajat nak bawak dorang berhibernate dalam hutan. 
tido hutan tapi tak kesampaian sebab gear outdoor mama tak berapa cukup plak..
member ada ajak join sekali tp terpaksa tolak sebab tak berapa yakin dgn equipment..
boleh je kasi redah tp klo sensorang gagah lagik la..
kalau bawak bebudak ni kenelah prepare details skit..
in sya allah one fine day mama akan hangkut korang tido hutan jugak tauu!!
merasa sikit susah nak servive ..
bestt ape.. kenangan tau anak anak..


terapi minda..

penguat jiwa kene bawak sekali..
lepak santai atok and opah..
atok tu tak berapa nak sihat..
opah pon mata tak berapa nak nampak dah..
semoga opah dan atok sentiasa di bawah lindunganNya..aminn..

ini budak kalau dapat air memang takkan naik naik dah...

nest time kita layan swimming pool pulak ok..
mama promise..
doakan mama cepat kaya tauu..hahaha..

hasil terapi..
masuk dalam kete teruss zzzzzzz..
fail jadi coopilot mama..haih!!

tak kisah la dekat ke jauh ke kite bercuti/berjalan..
yang penting balik cuti jangan ko pokaii kering yilek pocik udahla yeee...
hahahaaaa...

i choose menghabiskan masa bersama orang tua yang tersayang, masak sedap sedap kat umah,
lepak santai baring depan tivi sambil kudap kudap gemokkan badan..

yang penting, anak anak hepi, kite pon hepii..
tak gituuuu???

-MrsPuex-