Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Tuesday, August 15, 2017

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum/Hai, 


Birthday Shoutout!

15081981-15082017




Someone i love was born TODAY!

Dear Husband, lets grow old along with me. The best is yet to be!


May Allah protect you.
May Allah bless you.
May the force be with you..hahaa..

Hug & kisses,
Ur pwetty wifey with ur cutiest kids in the world!


kita saje seperaiskan dia kat opis dia hari ni..

seperais 6 ketul bunga je.. 
kalau boleh nak bagi 1 ketul je cukup tp xde plak dlm list online tu haa..*kedekkk*hahahaa
nak bagi cekelat nnti die bedal sorang sorang pulak..
order online pukul 2 pagi tadi sementara teman dia uruskan rombongan pertama jemaah haji dari Felda Travel nak berangkat ke Makkah ..

mujur ada kedai bunga online 24 jam kau boleh order..

nak seperaiskan yang tersayang sesenyap dalam tempoh kecederaan?

boleh tempah kat sini :


Once again,
Happy Birthday Husband!
jom tua bersama!


 -MrsPuex-

Friday, August 11, 2017

Happy 9th Birthday Sayang!

Assalamualaikum/Hai,

Birthday shoutout!
11082008 - 11082017
genap usiamu 9 tahun wahai anakku Nur Aireen Qaisara binti Mohd Azahari
9 tahun yang membuatkan mama & papa bertukar tittle..
9 tahun penuh dengan dunia baru dengan kehadiran buah cinta mama & papa..

Allahu akbar.. indah sungguh ciptaan dariMu Ya Allah..
dikurniakan seorang anak yang cantik, lemah lembut budi bahasa walaupun kekadang tersasar pitching kat adik.
seorang anak yang baik dan mendengar kata sebab dia tau mak dia seorang singa kat rumah..
semoga terus berjaya dunia akhirat dan pandai jaga diri.

ok lah ..jom recap 9 tahun perubahan seorang Nur Aireen Qaisara. (selagi mampu recap, kita recap)hehehe..

such a beautiful newborn baby.


1 tahun.

2 tahun

3 tahun

4 tahun. celebrate masa mama tgh dalam pantang.

5 tahun.

6 tahun.

7 tahun

8 tahun

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
2017 - 9 years journey of life.

syukurr..

Doa Mama & Papa:

Ya Allah..
Jadikanlah anakku sebagai 'pandangan mataku' yang selalu membahagiakanku saat kesedihan datang dan yang mengingatkanku saat di uji kenikmatan serta jadikanlah anakku seorang yang KAU pilih untuk menabur kebaikan.

Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Mama, Papa, Adik loves u sooo much!

Membesar dengan sihat ya sayang..

 -MrsPuex-

Friday, August 4, 2017

RESEPI : SUP IKAN MERAH

Assalamualaikum/Hai,

Hari rabu lepas pegi mydin utk restok barang dapur since husband nak oustation ke selatan smpai isnin nnti. so lalu kat area lauk basah, ternampak ikan merah berslice slice yang sangat menarik jiwa dan raga seorang mak.. maka terbeli la sekeping ikan merah dengan harga RM10.++.. takpelah sekali sekala nak makan ikan mahal..

semalam , nak cuba la masak sup ikan merah untuk kitorang bertiga sebab anak-anak memang penggemar sup yang tegar..

Image may contain: food

resepi saya gugel je tengok mana yang paling mudah dan ringkas untuk mak bekerjaya macam saya ni..

nah saya kongsikan resepi yang diolah sikit sikit untuk menambahkan kesedapan tekak diri sendiri.. kot korang pon sama citarasa dengan saya, boleh la try resepi saya nih..

BAHAN-BAHAN :

1 keping ikan merah sebesar 2 tapak tangan. (nak add on lebih pon ok)
2 sudu minyak masak atau secukupnya untuk menumis .jangan banyak nnti makan minyak plak..
1 biji bawang besar dihiris nipis*
3 ulas bawang putih dihiris nipis*
1 inci halia dihiris nipis*
1 batang kulit kayu manis*
4 biji buah pelaga*
2 biji bunga lawang*
3 biji lada hitam (tumbuk halus)
1 sudu serbuk perencah sup
1 kiub ayam
1 sudu kecik garam (takyah banyak sgt sebab kiub ayam tu dah masin)
carrot secukup rasa. nak masukkan kentang pon boleh. ikut suka korang.
air secukupnya (nak kuah lebih, masuk lebih sikit)
daun bawang/daun sup/ bawang goreng sebagai penambah kesedapan dan hiasan

CARA MASAK :

panaskan minyak.
tumis bebahan bertanda *.
dah garing sikit masukkan serbuk perencah sup
pastu masukkan air secukupnya beserta kiub ayam
kemudian masukkan carrot. tunggu sampai carrot tu empuk
masukkan lada hitam dan garam sikit.
last sekali masukkan ikan merah dan tutup periuk supaya ikan tu masak sekata.
agak agak ikan dah masak, tutup api then masukkan daun bawang/daun sup/bawang goreng.
siap!! nak pedas sikit tabur 1-2 batang cili api. saya tak masuk cili api sebab anak anak nak makan..



Image may contain: food
alhamdulillah licinnnn!!

ok gais.. selamat mencuba!

 -MrsPuex-

ARILGLOW : PEN PEMUTIH GIGI SEPANTAS 30 MINIT!

Assalamualaikum/Hai,

Anda sibuk dengan kerja dan pada masa yang sama mencari cara memutihkan gigi dengan pantas? Saya syorkan anda try Pen Pemutih Gigi dari ArilGlow ni.. sepantas 30 minit gigi dah kembali cerah dan putih.. kalau anda terlebih rajin, bertambah-tambah shining-shining la gigi anda.. Autometik je anda akan rasa keyakinan tu naik setingkat daripada sebelum ni..

ARILGLOW : PEN PEMUTIH GIGI SEPANTAS 30 MINIT!
pen pemutih ArilGlow.
compact dan mudah di bawa ke mana-mana.
kandungan : Glycerine, Propylene Glycol, Carbamide Peroxide, Carbopol, Menthol, Triethanolamine
Harga : RM70 (WM), RM80 (EM)

ARILGLOW : PEN PEMUTIH GIGI SEPANTAS 30 MINIT!
saya dah cuba. memang best!

CARA GUNA :
Gosok gigi dan lap sehingga kering. lebarkan senyuman dan berus sedikit gel pada gigi sehingga rata. Elakkan terkena bibir. Selepas 15 minit, bilas mulut. Gel akan larut sendiri pada gigi dan membuang kotoran pada gigi. Elakkan makan dan minum selama 30 minit.

Tak malu lagi nak senyum depan orang sekeliling. Konfiden semakin meningkat. Nak cakap pun tak perlu nak cover-cover lagi. Terima kasih Arilglow Pemutih Gigi Moden. Gigi semakin putih dan bersinar.

Mesti ada yang masih ragu-ragu tentang pen pemutih gigi ni kan?? meh saya cerita sikit kepentingan dan kelebihan pen pemutih gigi ArilGlow ni.

Silakan baca dengan teliti ya supaya tak timbul sebarang spekulasi pulak..hehehe..

LULUS KKM
Berdaftar dan mempunyai notifikasi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

TIADA KESAN SAMPINGAN
Bahan yang digunakan tidak langsung memberikan kesan sampingan malah memutihkan gigi anda dengan pantas.


TIDAK ROSAKKAN ENAMEL
Gel berkualiti tinggi ini tidak sama sekali merosakkan enamel tapi ia membuang kotoran yang melekat padanya.


100% SELAMAT DIGUNAKAN
Bahan yang digunakan telah melalui ujikaji. Mempunyai sijil CE, MSDS & FDA. Hanya sedikit sahaja pengguna mengalami masalah gigi sensitif dan iritasi.


MUDAH DIGUNAKAN - HANYA 3 LANGKAH !
1.Pusing belakang pen sehingga keluar gel.
2.Senyum dan sapu pada gigi anda.
3.Rehatkan senyuman selepas 30 minit.

MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
Ringan, kecil dan mudah dibawa dapat menjimatkan tenaga anda untuk memutihkan gigi di rumah atau dimana sahaja anda berada.


CARA GUNA :
Gosok gigi dan lap sehingga kering. lebarkan senyuman dan berus sedikit gel pada gigi sehingga rata. Elakkan terkena bibir. Selepas 15 minit, bilas mulut. Gel akan larut sendiri pada gigi dan membuang kotoran pada gigi. Elakkan makan dan minum selama 30 minit.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri pen pemutih gigi dari ArilGlow ni, boleh rujuk info kat bawah :

Website : https://arilglow.com/
FB : https://www.facebook.com/arilglowhq/
Instagram : https://www.instagram.com/arilglowhq/
Twitter : https://twitter.com/arilglowhq/

"you smile, i smile"

 -MrsPuex-

Monday, July 31, 2017

ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM

Assalamualaikum/Hai,

wanita dan lipstik berpisah tiada.
tanpa lipstik di bibir, suramlah wajah seharian si wanita itu.. gituuu..

jangan memain ye..
tak calit lisptik kalau nak keluar waima pegi ke pasar beli ikan pon rasa tak lengkap dan rasa macam serba tak kena..


ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAMADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM

ni nak bagitau korang..
Adni Hannah ada mengeluarkan Mini Matte Lip Cream tau..
saiz yang compact memang sesuai untuk kita sumbat dalam henbed kita..
lagi best, 1 kotak ada 3 jenis warna yang berbeza.
tengok gambar kat atas tu, saiz 1 kotak hanya sebesar tapak tangan. tu pon tapak tangan aku lagi besar dari kotak.. nampak tak, betapa comelnya mini matte lip cream dari Adni Hannah ni..

Kelebihan ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM 

Tahan Lama sehingga 18 jam!
Sangat mudah ditanggalkan dengan wipe biasa atau make up remover
Tidak melekat di cawan / gelas
Yang penting - HALAL. Tiada kandungan alkohol, bahan dari binatang
Bersaiz mini - comel!
Bau wangi vanilla .

ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM
dalam 1 kotak ada 3 jenis warna yang berlainan.
passion - code 35
fair - code 20
humble - code 06

Harga 1 kotak : RM65.00 sahaja

boleh share share dengan kengkawan kalau nak jimat.


ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAMADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM

ADNI HANNAH - MINI MATTE LIP CREAM


senang dan mudah sangat tau.. sumbat 3-3 dalam henbeg je..
boleh pakai bebila dan yang mana kita suka..

nah layankan video comel kita ni..


video


cepat-cepat pegi ke :


"Adni Is Heaven. Hannah Is Love
We Are Made In Heaven, With Love"



 -MrsPuex-

Friday, July 28, 2017

Pilih Tema Kek Bumble Bee

Assalamualaikum/Hai,

Maaflah tak habis lagi cerita pasal birthday anak..hahaha..

Tema Kek Bumble Bee.


Kek yang cantik ni aku tempah kat @mychocsforyou. Tak pernah mengecewakan aku sepanjang berurusan dengan bakers ni..kiranya bakers tetap kami sekeluarga sampai bebila..in sya allah.
Biasanya setiap kali nak tiba besday anak-anak, mesti mak akan servey dulu dorang nak kek karton ape.. deco kek kenalah dengan permintaan anak, takkan mak syok sendiri nak tempah kek ye dakk.. tak fun la kannn?? selagi mampu, kita tunaikan. 
setiap tahun jugak mak akan buat jamuan kecil2 tuk rakan-rakan kat kindy dia.. kami memang sejenis tak sambut kat rumah. cukuplah sekadar sambut bersama dekat kindy dorang je.
sebab ape? sebab mak sejenis malas nak buat partayy kat rumah..gituuuu..

Sepatutnya cadangan nak buat jamuan pada hari jadi dia (26/7/2017) yang lepas tapi bila teacher ada infom nak buat farewell untuk teacher ila (dapat tawaran cikgu kafa kat kelantan-balik kampung halaman), so kita buat sekali harung je la..

oklah.. jom layan moment-moment indah birthday celebration kat kindy dia.
semua gambar ihsan dari teacher. Tq teacher tolong handlekan majlis harini.
jasamu dikenang sampai bila-bila.

birthday boy.

sesi potong kek.
kat kindy, dorang tak tiup lilin ya..

farewell teacher ila + birthday celebration airiel qaid.

his friends!

photogroup session.
thank you to all..
goodies bag utk menceriakan hari mereka.



beberapa hidangan untuk harini.
sumbangan dari mama qalif dan teachers jugak.

birthday cake + farewell cake - red velvet! nyumsss..

mak donate spegeti bolognese, agar-agar pink..
terbeli spegeti angel hair so rebus terlebih lama maka terjadilah spegeti ketot ketot...harap dorang boleh makan..huhuuu..

coming soon, birthday kakak (11/8), birthday papa(15/8) pulak.. 
kita kombokan je la boleh??
hehehee...


 -MrsPuex-

Thursday, July 27, 2017

Sambut Kecik-Kecik kat Secret Recipe

Assalamualaikum/Hai,

Malam tadi saje sambut kecik kecik untuk besday boy ni.
balik ngaji dalam jam 9 lebih tu terus suruh siap-siap cakap nak pegi maydin beli barang sikit.
tapi kite melencong sikit ke secret recipe..
mulalah si adik tanya macam-macam..
bila suruh pilih kek, amboiiiii jari tu tunjuk tunjuk semua kek yang ado..
last-last blueberry ni yang dia pilih.

Image may contain: 1 person, smiling
simple but sweet gitu..
manisssss sungguh senyuman anak bujang mama ni..
tergodaaaa la aweks nanti..

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling, food

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person, smiling, sitting


A post shared by AinieZubir (@znooraini) on

anak happy, makkkk sejuta kali happy!
Happy birthday my sweetheart!
we love u sooo much!

note : jumaat nanti baru buat jamuan sikit utk kawan-kawan kindy dia..
semoga majlis berjalan lancar..
*sinsinglenganbajuberperangkatdapur*

 -MrsPuex-

Wednesday, July 26, 2017

Happy 5th Birthday to Airiel Qaid

Assalamualaikum/Hai, 


26/7/2012-26/7/2017
Birthday Shoutout!
to
Muhammad Airiel Qa'id bin Mohd Azahari

beberapa minit selepas kelahiran
26/7/2012


day 2.

1 tahun

2 tahun

3 tahun

Image may contain: 1 person, standing
4 tahun

Image may contain: 1 person, smiling, closeup
5 tahun

Happy 5th Birthday to my little khalifah, Airiel Qa'id bin Mohd Azahari.

Doa Mama,
Membesar dengan sihat, bijak dan sentiasa di bawah lindunganNya. Mama nak awak tahu yang Mama sayang, cinta awak sejak awak mula tumbuh dalam rahim mama..

Pesan Mama,
Jangan notty-notty sangat tauu..

Love,
MamaPapaKakak





 -MrsPuex-

Tuesday, July 25, 2017

Riadah Petang Di Setia City Mall

Assalamualaikum/Hai,

Ahad lepas saja plan terkejut terkejut nak bawak anak riadah area shah alam..
balik je dari open house umah member kat seksyen 10 shah alam lepas tu tak tau nak pegi mana sebabnya petang masih muda,
so husband ajak pegi lepak setia city mall..
kita ok kan je.. lagipun dah lamaaa tak lepak sana petang petang.

ramainya maknusia yang bersantai, rilek2 bersama keluarga dan sahabat handai..
yang main beskal, yang main belon, yang joget ala ala hispturs konon konon trening nak masuk sukan sea pon ade ..hahaha.. macam-macam ragam manusia aku sempat jeling.

aktiviti kitorang??


ni budak 2 orang ni asiklah berzikir kat papanya nak main roller blade. 
benda tak penah main, tu jugak la yang sibuk nak terai..
tak pe, mak suka cabaran..

maka marilah melabur rm10 sorang. main sampai boring kata penjual tu..
total hangus : RM20.

masalahnya mak pak yang boring tgk anak asiklah jatuh bangun jatuh bangun..
si kakak, dok la berjalan kat rumput..
si adik, berani sikit .. jalan kat lantai lepas tu tertonggeng la hishhh risauuu takut terseliuh kaki..
sudahnya papa la yang kulur kilir bawak si adik main roller blade..hahaha..

it was sooo fun..
tengok ragam budak tak pandai nak main tapi sibuk nak main..

nah layan video kat instagram aku..
adoii.. mengekek mak gelakkan anak..

A post shared by AinieZubir (@znooraini) on


amek peluang deting kat tempat umum..
ehemmmm..
anak mana anak??
kekekekeee..

bagi yang berdekatan, bolehlah lepakking kat sini bersama keluarga dan rakan-rakan..
cuaca pon bestt je.. redup dan berangin.. highly recommended!

nanti nak ajak jejirans hi-tea kat sini lah..

 -MrsPuex-