Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, December 5, 2017

Jom Bawa Anak-Anak ke Kid's Workshop di DreamWorld Playland

Assalamualaikum/Hai,

Cuti Sekolah dah seminggu berlalu. Anak-anak korang cuti sekolah buat apa?
melepak saja kah?? atau bergajet 24/7 seharian??

jangan begitu mak mak.. pastikan anak-anak kita penuhi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat supaya dorang ada cerita yang nak diceritakan kat kawan-kawan bila buka sekolah untuk tahun baru nanti..

Sebenarnya banyak aktiviti yang disediakan untuk anak-anak kita sempena cuti sekolah ni. Pilih saja yang berkenan di hati. Salah satu daripadanya adalah kid's workshop yang dianjurkan di Dreamworld Playland ni. Dreamworld playland ni ada 2 cawangan iaitu di ioi city mall, putrajaya dan di Starling, Damansara. Kedua-duanya ada aktiviti yang menarik untuk anak-anak kita tau sepanjang cuti sekolah ni. meh saya terangkan apa aktiviti yang ditawarkan di kedua-dua cawangan Dreamworld Playland.

Dreamworld Playland, The Starling Mall Damansara.





Saya berkesempatan hadir ke Dreamworld Playland The Starling Mall ni untuk bawa anak-anak belajar untuk sessi Ballon Art and Decoration workshop. seriusly anak-anak sangat teruja untuk buat pelbagai bentuk dari balloon yang disediakan dengan tunjuk ajar pakar yang berpengalaman dalam bidang ballon art ni.. eyh bukan anak je yang teruja.. mak dia lagi seronok pusing-pusingkan ballon tu nak buat macam-macam bentuk.


Cik Liew mempunyai pengalaman selama tiga tahun dalam seni Balloon. Bermula belajar dari seniman belon Taiwan dan Jepun. Kebanyakan masa dia lakukan untuk rumah dan pejabat parti sebagai lancer percuma. Pada masa ini, dia bekerja dengan Dream World sebagai salah satu pelanggan korporat utama di sana. Dia juga menjalankan Balloon dan kelas kraftangan lain untuk orang dewasa dan kanak-kanak juga. Korang boleh jugak pegi ke Fb beliau (Jenny Craft House) untuk melihat hasil ballon dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.




 
hasil usaha sendiri buat semua balloon yang ada kat badan dia.. good job boy!

so kalau korang berminat boleh la datang ke sini bawa anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baru dan best. Gerenti punya.


 Dreamworld Playland, ioi City Mall Putrajaya.



Beberapa rakan blogger juga sempat berkongsi aktiviti yang diadakan di sana. Rata-rata semua berpuas hati dengan workshop yang diadakan di Dreamworld Playland ni.. ok jom saya kongsi sikit apa aktiviti yang sempat dorang join di ioi City Mall Putrajaya.. Check it out!


haritu dorang buat untuk projek Plushie Key Chain dan Party Hat.

masing-masing kusyuk buat plushie key chain dan Christmas party hat .

Amacam? menarik takk??
kalau berminat boleh rujuk segala info di bawah :

Telefon: 012-702 9509
Alamat:

iOi City Mall

L2-16, Level 2, iOi City Mall
Lebuh IRC, iOi Resort City,
62502 Putrajaya

The Starling Mall

S-202, The Starling Mall
No.6, Jalan SS 21/37
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya,
Selangor




 -MrsPuex-

19 comments:

Ana Suhana said...

Rasa mcm nak singgah lagi ke The Starling Mall tu. Tak puas bersliding hari tu. Syafi dok minta pergi lagi je. Penat nak menjawab. Hehe.

Nice to meet u too dear. Hope dpt jumpa lagi in future. 😍😍

Syafiera Yamin said...

Oh tak sabar nanti nak bawa anak anak pergi lagi wee..

Fadzi Razak said...

Anak saya pernah jugak pergi main dekat sini. Dia punye seronok tu even dah penat mengantuk lapar pun, still nak main. Tak nak balik lagi. Ya Allah sabo je. Tapi aktiviti baru dekat sini punnampak menarik jugak

Fieza Sani said...

Budak2 ni kita kena dedahkan dorang dengan aktiviti macam ni terutama time cuti sekolah..tak adalah dorang merap kat rumah dengan gadget..

Norlaili A Wahab said...

Wahhh....menarik ni. Ada la aktiviti anak2 hujung minggu 👍🏼

Haneeza Mohamad said...

wah seronoklah bebudak ni masa cuti sekolah, macam2 aktiviti dorang boleh ikuti. kita yg dah remaja ni rasa nak buat juga. hahaha. memang sangat menarik!

shamiera osment said...

Banyak betul aktiviti yg dorang adakan cuti sekolah ni ya...zahra n fateh suka kalo buat kraft camni..

Rabiatul Adawiyah said...

Tak sabar nak join. Tunggu Adam usia 4-5 tahun camtu. Ruby hangkut dia ke event ni. Hehehe. Best kraft ni. Ruby suka. Kreatif la anak-anak nanti kan.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Bagusnya aktiviti macam ni , sekurang-kurangnya bila cuti sekolah anak-anak takda la bosan sangat tanpa sebarang aktiviti

Maha Mahu said...

Cuti sekolah kanak-kanak paling happy sebab sekarang ni dah banyak tempat boleh pergi tak bosan nak duduk kat rumah jer.. Kalau kita kat kg masa cuti ni lah masa untuk jelajah bumi kg sendiri wakakakaka..

JMR said...

tak pernah lagi bawa anak ke sini. Nampak macam seronok je anak-anak tu. nak kena cari time ke sini la nanti

iffah hussin said...

pengisian musim cuti sekolah uqang bagus, kanak-kanak mesti suka ada program mascam ni.

Ika Sani said...

banyaknye activity! macamni bau la best supaya budak2 tidak bosan duduk rumah je kan? baru la dia org boleh berkenalan dengan kawan baru.

Afizah Abd Rahman said...

Bestnya. Banyak aktiviti. Tak pernah kesini lagi. Maklumlah... #makanakempat. Kena fikir costing jugak tu... Huhuhu...

Wai Yee aka Rane said...

Macam best nya. I would love to bring my kids there soon

Betty Liew said...

When we are small, we don't have this privilege to go workshops. Is a good thing, children get explosion earlier.

Rawlins GLAM said...

kalau dekat, dah mesti anak2 saudara minta bawa ke sini hehehe...
Bestnye bawa anak2 main sini kan

Bro Framestone said...

Banyak la pula aktiviti diadakan sepanjang cuti sekolah nie... aktiviti untuk mak pak xde ke? teringin gak...

HeNRieTTa JoSe said...

menariknye...klu dekat mmg nak pergi....