Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, November 17, 2017

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’: SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

Assalamualaikum/Hai, 

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

Program kegemaran ramai,  ‘KidZ vs Food’ kini kembali di KidZania Kuala Lumpur (KidZania) dari 25 November hingga 31 Disember dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini! Melalui penganjuran kali kedua ini, KidZania berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas, dan memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka kepada ibu bapa.

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

“Kali ini, terdapat beberapa kelainan dalam ‘KidZ vs Food 2.0’ – kanak-kanak bukan sekadar akan mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah mereka akan turut menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka. Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.


“‘KidZ vs Food 2.0’ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri keseronokan memasak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen kami. Menerusi resepi yang mudah dan ringkas ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga. Para tenaga pengajar akan berkongsi tips dan idea masakan, contohnya hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga ketika majlis istimewa, atau cara untuk menghias hidangan ringkas agar ia kelihatan lebih lazat! Bukan itu saja, dengan menerapkan elemen menyeronokkan dalam makanan seperti melalui sesi Food Art dan Food Science, kanak-kanak akan lebih berminat dan teruja untuk menunjukkan kemahiran memasak kepada ibu bapa mereka.”

Program ‘KidZ vs Food 2.0’ yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak memasak untuk ibu bapa mereka turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan industri seperti Young Chefs Academy, SHARP, Canon, F&N, dan Lifebuoy yang menyokong usaha tersebut.

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

Menerusi Cooking Workshop yang diadakan pada hujung minggu, chef-chef profesional daripada Young Chefs Academy akan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi resepi pencuci mulut dan savuri bersama peserta. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan ‘KidZ vs Food 2.0’ dan bakal memenangi baucar kelas memasak di Young Chefs Academy yang memberi mereka peluang untuk mempelajari lebih banyak tips hidangan ringkas dan sihat di sekolah memasak untuk kanak-kanak tersebut.


“Program seperti ‘KidZ vs Food 2.0’ adalah cara terbaik untuk menarik minat kanak-kanak,” kata Chef Selebriti, Brian Chen dan Pengasas Young Chefs Academy. “Kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk memasak apabila mereka mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan. Mereka perlu dididik tentang asal usul bahan makanan, cara ia terhasil dan bagaimana ia dihasilkan sebelum dijual di pasaraya. Ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk menerokai dunia makanan.”

KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

‘KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur. Mereka akan mempelajari tentang adab ketika makan, mencuba eksperimen sains serta memperoleh tips dan nasihat daripada chef-chef profesional. Setiap aktiviti menjanjikan pengalaman sukar dilupakan untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Menangi Hadiah Menarik!
Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan yang menarik!
       Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
        Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contest - peserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania!
        Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka serta memenangi baucar dan barangan daripada  F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania!

Untuk waktu terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket KidZania dengan menggunakan kod promo FOOD17’. Promosi istimewa ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11-24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November – 31 Disember 2017.


KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’:  SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ‘KidZ vs Food 2.0’ dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

 -MrsPuex-

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

Masih sempat lagi. Sampai hujung tahun 👍🏼👍🏼👍🏼