Skip to main content

Cheesy Biskut Bersama Natural Nestle Yogurt

-SPONSORED POST-

Assalamualaikum...


Korang suka makan yogurt tak?
Sedap wei kalau makan yogurt..untuk kesihatan pon ye jugak..
Nestle yogurt ni ade macam 2 perisa tau..
 
Kebiasaannya, yogurt ni orang makan macam tu aje..
Tapi jangan tak tau, kita boleh memasak menggunakan yogurt.
Natural Nestle Yogurt adalah sesuai untuk ditambah dalam masakan/ pemanis/ dan sewaktu dengannya..

Cubalah, pasti korang seronok seronok..
Selain rendah lemaks, ianya juga untuk menjaga kesihatan melalui pemakanan yang sihat..
Kannnn??? 
Nak info lebih boleh check in kat SINI >>
http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/Pages/landing.aspx

Dah alang-alang cite pasal makan makan,  aku nak share sikit resepi pencuci mulut menggunakan Natural Nestle Yogurt ni..
Ianya mudah untuk disediakan..
X sampai 30 minit la..janji bebahan mesti lengkap..

 Bahan- bahan :

 
1.       4 sudu besar Nestle Natural Yogurt
2.       1 ½ cawan Susu segar
       3.       Gula kaster secukupnya – kalau xnak manis boleh kurangkan kuantiti
4.       Semangkuk kecil agar-agar (dicairkan) / gelatin secukupnya – aku pakai agar2 jek sebab tu jek yang ade kt umah..
5.       1 sudu besar jus lemon
6.       Cream cheese
7.     15 ketul biskut
8.       20gm mentega/butter

 Dan yang paling utama utama skali adalah :

 
Nestle natural Set yogurt..aummmmmm...
 Ok, moh kita start cara-cara nak membuatnya..

Jangan risau, ianya mudah..
Kalau malas jek jadi susah..paham??
 
Gambar bersama penerangan di bawahnya..
Bertujuan untuk memudahkan kawan-kawan saya menerainya..

 
Tapis yogurt untuk buangkan air2 yang ado..kalo malas, bole jek masuk sekali harung bersama air..
Aku adalah sedikit rajinn..* ini optional ye*
Kemudian letak tepi..

  
Tumbuk biskut kasi hancur..dengan apa cara sekalipon ku x kisah..
Pastikan masuk dalam plastik then baru ko tumbuk ye..
Kebersihatan harus jaga..kang tumbuk pkai lesung tu kompom jd pedas ko punye oreo..hahaha..
Ada jugak oreo yang dah siap siap hancur..anda pegi kedai kek sana yee..sure ade..

 
Cairkan mentega/butter dalam kuali dalam api yang paling rendah supaya x hangus..

 
Masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam mentega cair. Gaul kasi rata..

 
Kemudian, masukkan dalam loyang dan mampat-mampatkan.. alas dengan plastik..
Letak tepi..

 

Cairkan agar-agar sampai jadi cecair la yee dalam 10 minit gitu..

 

Tuangkan susu segar ke dalam kuali tadi. Dan gaulkan sehingga mendidih..
pastikan api dikawal rendah..
Dah sebati, tutup api dan letak tepi..

 
Tuangkan cream cheese dalam mangkuk lain dan putarkan..
Aku guna putaran manual.. eksersais sambil memasak gituu..
Pakai mixer pon bole..pukul sampai kembang setaman..

 

 

Masukkan gula,yogurt, agaragar+susu dan pukul sehingga begini kembangnya..

 
Tambah sedikit jus lemon.. dan rasa rasa sikit sedap ke tak ikut tekak sendiri..

 

Tuangkan cream cheese ke dalam loyang dan sebatikan nicely..

 

 


Sejukkan dalam peti ais untuk kesedapan maksimum.

 
Sekian..

 
Selamat mencuba resepi tokok tambah daku..
Sedap sehingga tak sempat nak snap moment2  makan anak beranak..
Mestilah  upkan kesedapan buat resepi sendiri kannn...
Ada lebih ku hangkut bawak ke opis..
Sape nak makan, silelah makan..

 
Nampak senangkan?? Ye memang senangg.. 
Selamat mencubaa kengkawan..

 
Yours Truly ;P

Comments

Unknown said…
Wowww!!! Dapp dappp... tgk pic makan je tmbah gemok lah haku.. belom lg melantak...

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P