Stall concept untuk jamuan raya di opis 2014

Assalamualaikum..
Harini ada sambutan syawal kat opis.
Yang best 1st time buat stall concept..memang bagus sebab tak berebut nak beratur.. Time beratur tu pikir pikir mesti sampai turn aku tinggal serdak..hahaha..kejamkan???..makan pon tercekik cekik sebab nak kejorkan menu yang lain.. Yang tamak haloba tu hangkut bebanyak kumpul lepas tu meratapi sebab perut dah full tp makanan melambak..kan dah membazir.
Tahun ni free and easy..makan sambil santai.. Rileks skit ahkak nak makan makan.. Menu pon banyakk sampai x berkesempatan nak mkn nasi..sempat la ku tapau..hahaha...
Majlis sederhana tapi meriah..enjoyyy...
X banyak snap details majlis sebab sibuk makan makan dan makan..hahaha..
 
stall yang ada :
 
bahagian pengurusan - tema nelayan..menu rojak buah dan buah buah tempatan
bahagian kesihatan awam - menu satay haji samurai
bahagian pergigian - laksa utara torrbaikk
bahagian farmasi - cendol dan minuman
bahagian perubatan - lemang, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang
bahagian keselamatan dan kualiti makanan - kuih muih
 
catering  - nasi minyak dan lauk pauk..
Lepaking kt stall sendiri, stall buah buahan bahangian pengurusan..konsep kami adalah bini bini para nelayan..hehe..
 
Ni stall bhgn perubatan..
Lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang..
 
Ni stall pengurusan..rojak buah n buah buahan tempatan..buah import takdak haa..
 
Ni stall bhgn kesihatan awam..dorang menang stall tercantiks  
Jual satay haji samurai katenyr..hehe..
 
Crowd yang hadir..
 
Ni makanan aku..rojak buah dann..
 
Laksa utara.. 2 pinggan aku makan..hahah..
 
Last skali photogediks ngn adik adik unit aku..
Ahkak dah kertu dik non..hahaha..
 
Girlss in da house..ni masa sesi mengemas dan menapau lauk lebih..sebab tu la aku pkai slipa jepung jek..tak tau plak nak berfotogediks..lantokk..

Overall.. Perut kenyang sokak hati..

5 Comments

Tie HT said…
best kan konsep stall macam ni
ada mee kari tak ? :)
uncle gedek said…
unlce kalau makan rojak kat bekas polistrin macam tu, mesti tangan tercocok dek lidi yg menembusi bekas tu... haha
terliur pulak tengok makanan tu tetiba...ihikss...salam jumaat dear...
Ismi Ana said…
Amboi..gambar first tu..gadis2 melayu kau. Hehe..