Skip to main content

Terapi kolam bulat

Assalamualaikum..

Since incik suami menjalankan tanggungjawab kerjanya selama 2 hari  (sabtu & ahad) yang lepas,
makanya mama sorang sorang la dok berkungtau dengan si kakak n si adek..

sangat 'fun' bilamana memasing dah semakin membesar dan semakin ada keinginan hati sendiri untuk buat itu dan ini..

paling win 'kemas' rumah secara berjemaah.. penat? memang la weii.. ada anak kecik tak penat mmg kepelikan di situ kecuali korang amek maid then ko dok goyang kaki layan fb..eyhh!!

mop, sapu sampah then tak sampai 5 minit air tumpah mencecet dari dapur membawak ke depan.. semua nak buat sendiri. yang ini adik punye keje.. kalau kakak, mmg mendatangkan kemarahan berganda.. adik ni marah jugak sebab penat tak ilang dah kene lap balik..tp marah sikit laa.. anggap ia adalah learning process bagi mereka.. yang penting saborrr saborrr..*ketap bibir sesajee*

last last omaknye dah buntu, trus pikir, haaaa.. kolam..kolamm..
terusss.. jommm mandi kolam nakk??

adek : yeyyy andi olammm, yeeyyy andi olamm.. sambil berlari terkedek2 mencari baju mandinya..
           mama!! aju andi adek aneee??? - beliau dh pandai susun ayat tp pelat skit.2 tahun.
kakak : yeay yeayy.. sambil terlompat lompat kesukaan. masuk bilik trus sarung baju mandi ..
* ko tengok la kehappian mereka..

masa ni jam 1130 pagi. lantakkan mereka..


pekej makan dan mandi secara serentak..
aku buat chiken porridge utk dorang.. as per requested nakkan bubur.. daun sup tu utk hiasan semata..hahaha..
letak bubur bebanyak sebanyak saiz kolam tersebut..saiz pinggan sama saiz ngn kolam..
ok tipu.. camera trip namanya ni..

motip sebenar : nak kasi dorang penat dan kenyang dalam masa yang sama supaya dorang akan tido smpai ke petang..

dannn... ianya adalah berjaya uolss..

jam 1230 tgh hari abis mandi, wash up memasing..
bentang comforter depan tivi, turunkan langsir kasi gelap..
buat susu kakak, susu adik mama kene baring skali sebab adik still susu cap gantung..
tak sampai 1 jam, trus pingsan memasing..



dorang tido almost 4 hours.. from 1 pm till 5 pm..

mama is very happy happy happy!! *sempatlah setelkan keje rumah yang tetangguh*
terapi kolam bulat ni nampaknya sangat berhasil uolss..
parenting tips nih..keh keh kehh..

ada yang tanya, mlm kang mesti tido lambat.. tapi anak anak aku mmg sume hantu tido.
mlm tu blom pukul 10pm memasing dah padam..hahaha... sempatlah mama layan af2014 sementara menunggu papa pulang dengan habuan dari MATTAFAIR2014..

again... mama feel another happy happy happy..

takk sabar nak tunggu our next vaccay! yeayyy!!

kemane kite?? surprisee!!!

Yours Truly ;P

Comments

terapi kolam memang syok...kalau mak yang join pon syok...hehehehe
Ismi Ana said…
Amboi..rasa dunia ana yg punye. Haha. Syok pulak bila diorg si kecik2 tu tido lelama. Kenyang campur penat. Ekekeke! Suke3
nini said…
wah syoknyaaaa....

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P