Skip to main content

Food Review :: Nasi Bamboo Sungai Klah, Perak

Assalamualaikum..

Penah makan nasi dalam buluh betung?? heee..acah je.. dalam buluh comel comel??

tak pernah?? belum pernah? tak tau pon ade nasi buluh??
ke, alaaa lemang la tuhh??

bukan ye, bukan..

Nasi yang kita makan dalam rice cooker tu tp di masak/dikukus dalam buluh terpilih saje..

hohhh.. sempoii beb.. sedapp pon sedapp gilahh!! panas panas plak tuh..

baiklah, uols boleh terjah ke gerai nasi bamboo di sungai klah, perak.
gerai di tepi jalan selekoh nak menghala ke Felda Hot Spring, Perak.
1 setengah jam perjalanan dari kl/shah alam..
Dari highway utara/selatan, susur keluar ke sungkai ye..then cari landmark ke felda hotspring..
dah makan sile check in ke sana..hahahaa.. promote pree..

Mari kita tengok hidangan yang disediakan untuk pengunjung gerai. (secara bergambar)
maap lupa joke down harga setiap hidangan..

sila camkan banner ni.. rasanya takkan berubah dalam tempoh waktu terdekat..heee..
deretan lauk lauk kampung..perghhh..tgk balik boleh terliur plak..
ni la dia nasi bamboo..
1 buluh ni boleh makan untuk 2 orang..tapi aku boleh belasah sorang2..hahaha...
korang pon aku yakin boleh selamber bedal untuk diri sendiri..
diet sila main jejauhh..
 
antara side order yang ada
ayam goreng berempah..serdak tu yang toorrbaikk...
yang ni adalah ayam bunian. antara menu special di nasi bamboo..
katanya resepi perapan ni diperolehi dari orang bunian melalui mimpi.(info dari majalah 3)
anda sila cuba!
ikan talapia bakar

setiap hidangan akan dapat set ulam dan gulai kosong..

tadaaaa...
our table of the day.. ikut napsu nak jek amek bebanyak tapii tak elok membazir..kann??
minuman boleh dibeli di gerai minuman yang disediakan.

 Secara kesimpulan,
makanan yang disediakan memang sedap dan harga pon berpatutan.
tapi awas, lambat sampai maka melopong lah anda..
kebiasaannya waktu klimaks adalah dari jam 12 tengah hari membawak kepada kehabisan buluh tersebut ya..
serius, sesape yang suka JJCM tu sila cuba..
cuma, gerai ni open air dan sila paham bila open air iaitu kepanasannye memang tiptop ditambah makan dengan nasi panas..perghhh...peluh jantan semua boleh keluar..hahahaha..
dan meja yang disediakan agak terhad..
pesanan khidmat masyarakat, nak datang makan, sila datang awal awal jika tidak mahu pulang dengan kekecewaan.
 
Sekian, review ikhlas dariku untuk mu...
 


Yours Truly ;P

Comments

reezluv said…
rasanya ujung minggu ni nak pegi cari dan try :D
budakvanilla said…
nampak sedap sangat laaa~
Izwa Kamaruddin said…
waduh makkk...terliurrr terlaparrrr!!
mrspuex said…
Sile pergi tp make sure dtg awal tau..nti tempat penuh..cuti skolah ni..
adoiii nasi biasa pon sodap apa lagi nasi buluh ni...hehehehe ada sambal belacan tak? hehehe
Anonymous said…
Nampak sedaplah.

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P