Skip to main content

Orientasi tahun 1 2015

Assalamualaikum..

29/12/2014.

Hari orientasi tahun 1 di sk ttdi jaya, shah alam. Sekolah yang bakal menjadikan kakak seorang insan yang berjaya. In sya allah.

Hujan turun sejak pagi jam 7.30 am sehingga sekarang (jam 1.30 ptg waktu up entry ni).

Keadaan masa pendaftaran agak kelam kabut sebab ada cikgu yang sepatutnya bertugas terkandas di kg halaman akibat banjir.

Walaubagaimanapun, tahniah kpd guru guru yang memberikan komitment yang tinggi dalam menjayakan hari orientasi  ni evetho berdepan dgn kerenah ibu bapa yang super cerewet/tak sabar/ merungut itu ini.. Rasanya anak anak yg lebih behave kot. (Sempat perati perangai mak bpk yg merungut.rasa mcm nak tepuk je mulut dorang tu..huuu)..

Eksaited lebih..awal awal mamanya prepare bju sekolah kakak.
Datang awal jam 7.30 pagi, pendaftaran blom bukak..so lepak dewan dulu.comey dewan.
Buku tentatif program..

Nama kakak yang ke-37..
Beratur dalam kump 6..
Kosong lagi sbb rmai tak datang lg..hujan kot..
Hujan, maka beratur dalam dewan saje.
Tu kakak tu..dah dpt kawan borak..kipoci sangat kakak ni..hiii .tak pandang mama dah..
While parents kat dewan dengar taklimat,
Anak anak masuk kelas amek pekse utk tentukan kedudukan kelas nanti..
Mama tak kisah kakak kelas memane janji ada kelas..

Alhamdulilah kakak menten tak cranky sepanjang sesi orientasi.
Ada jugak budak budak lain yang nangis beriya sampai maknye kene teman dok dlm kls..
Kakak tadi, dari dalam dewan trus ikut cikgu masuk kelas.. Mama papa dok dendiam dlm dewan di barisan paling depan buat buat tak nampak..
Memasing buat buat kental..haha..
Sudahnya dah selesai urusan taklimat,  bayaran dan buku pinjaman mulalah melilau cari anak dok kelas yang mana 1..
Kekekeee..

Kakak dah selesai exam, sempat melawat kantin je..toilet dan tempat tempat wajib lain blom jelajah lagi..

Is ok..masa naik sekolah nanti baru tour kaw kaw punye..

Dgr cite sekolah tangguh sehingga 12 januari kan??

Comments

Izwa Kamaruddin said…
yup..tangguh till 12 jan.
Khudri halim said…
x dapat cuti ker....
ingat persekolahan tangguh sehingga januari..

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P