Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

misi back to school bermula

Assalamualaikum/Hai, hari ni cuti tambahan untuk hari krismas semalam. soo, misi back to school bermula. satu hapee pon tak beli lagi. cuma buku sekolah je awal disember dah beli siap sbb takut habis kat book store. mak jenis pemalas nak mencari kat kedai buku..hahahaa.. baju sekolah pon tadi kat kedai yang beli tahun lepas dah habis saiz. mujur kat meru ni ada kedai hari-hari. kasut beli jenama asadi. mahal sikit tapi selesa.. anak dara jenis melasak seperti lelaki.tu yang kene beli jenis tahan lasak sikit tapi ringan. maka, asadi la pilihan hati. cari jenama pallaz tapi habis saiz.  beginilah nasib shopping last minit..hahahaa.. misi #backtoschool :selesai👍👍  ✔ baju sekolah kebangsaan-2 pasang  ✔ baju sekolah agama - 2 pasang  ✔ tudung sekolah style 2 lapis -4 helai (dah bosan pkai tdung oning agaknye) ✔anak tudung- 4 helai  ✔kasut -2 pasang ✔stokin - 3 pasang  ✔kapur kasut -2 botol  ✔beg sekolah kebang...

Happy Birthday Bondaku

                     Assalamualaikum/Hai, Birthday Shoutout: 🎂🎂💖💖💖🎂🎂💖💖  25121948-25122016 68 tahun. happy birthday to the greatest woman in the world. we love u soo soo much.. mak, tak ada apa yang lebih membahagiakan kami. hanya  kesihatan yang baik, kesihatan yang baik dan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah swt. sekian. tulus dan ikhlas dari anak-anakmu.

The Magical World Of Alice In Wonderland at Genting Highlands Soon!

Assalamualaikum/Hai, Doing great everyone?? Siapa kat sini peminat cerita fantasi Alice in Wonderland?? ada sesuatu untuk anda yang minat cerita fantasi ni tau.. nak tahu lebih lanjut ?? meh saya nak bagitau sesuatu untuk andaa.. Alice In The Wonderland ini berkisahkan tentang watak-watak fantasi kreatif seperti Red Queen, Chesire Cat, Caterpillar, Knave Of Heart, White Rabbit dan juga Duchess berdasarkan kepada novel Lewis Carroll yang ditulis sekitar tahun 1865. Legend kann cerita fantasi ini?? THE MAGICAL WORLD OF ALICE IN WONDERLAND Pada 9 Disember 2016 yang lepas, saya dan beberapa rakan blogger yang lain telah hadir ke sesi press conference The Magical World Of Alice In Wonderland yang diadakan di Wisma Genting Kuala Lumpur. Menurut Timblaan Presiden Media Sosial dari Resort World Genting iaitu Nicco Joselito Lopez Tan berkata The Magical World of Wonderland ini akan dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon-pelakon yang sangat berbakat dari Negar...

7-Eleven Malaysia memperkenalkan koleksi Eksklusif tokidoki Planner x Notebook

Assalamualaikum/Hai, 7-Eleven sekarang ni sangat aktif tau. macam-macam kempen yang dorang buat semata-mata untuk pelanggan kesayangan mereka. 7-Eleven dahulu dan sekarang memang jauhhh berbeza.. boleh dikatakan semua barang kita boleh dapat di 7-Eleven ni.. lebih kurang 1-stop-center kekdahnya.  7-Eleven Malaysia General Manager (Marketing) Mr. Ronan Lee dan 7-Eleven Malaysia CEO Mr. Gary Brown. 7-Eleven Malaysia dengan bangganya mempersembahkan  program terbarunya  yang direka khas Planner merangkap Notebook dengan kerjasama tokidoki®, satu jenama gaya hidup Jepun yang diilhamkan khusus dicipta oleh Simone Legno. Planner x siri Notebook tokidoki® terdiri daripada 9 reka bentuk yang berbeza digabungkan dengan watak-watak kegemaran sepanjang zaman peminat iaitu Cactus Kawan, Donutella, Moofia dan Unicorno. Masing-masing sangat eksklusif dan  koleksi pertama seumpamanya akan datang dalam individu pek untuk menambah elemen keseronokan dan kejutan...

Menang Giveaway dari blog ANILWANINA

Assalamualaikum/Hai, Alhamdulillah.. rezeki di pagi selasa nan indah.. saya terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam GIVEAWAY dari blogger kak anilwanina haritu.. hadiah yang diterima adalah : 1 x Beauty Box dari Missha 3. http://mrspuex.blogspot.my/2016/12/christmas-beauty-box-giveaway-worth.html yeaayyyyy... korang yang pernah join boleh semak senarai pemenang kat link ini : http://www.anilwanina.com/2016/12/pemenang-christmas-beauty-box-giveaway.html tak sabarrr nak tunggu hadiah sampai kat kitee.. hehehehee.. tengkiu kak anil!  -MrsPuex-

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Assalamualaikum/Hai,  Musim cuti sekolah dan tahun baru 2017 ni ramai yang  mengambil peluang untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. atau yang masih dalam plan membuat bajet untuk majlis perkahwinan tu elok sangat singgah dan survey dari sekarang. hujung tahun jugak banyak pameran atau festival ke alam perkahwinan dianjurkan untuk memberi persediaan dan persiapan awal kepada bakal-bakal pengantin di luar sana. Senang tau kalau ada pameran perkahwinan ni.. semuaaaaa perkara-perkara penting ada dalam satu tempat/event. untuk pengetahuan semua, hujung minggu ni jom pakat ramai-ramai serbu ke Shah Alam dan pergi ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) .  Malaysia Wedding Festival (MEFA) adalah anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd yang merupakan antara penganjur festival perkahwinan terbesar di Malaysia. Bermula dari perkara paling penting sehinggalah kepada perkara kecil-kecil yang kadang tu kita tak sedar perkara kecil pon boleh menjadi penting unt...

resepi kuih keria antarabangsa

Assalamualaikum/Hai, sekarangkan tengah dok viral pasal kuih keria antarabangsa kat melaka tu.. kita tak pernah terai, apetah lagi nak beratur macam ulauu semata seketul kuih keria tu..maybe, maybe satu hari nanti akan ku terjah jugak.. saje nak test power sgt ke? hahaha.. ok la nah resepi kuih keria bersira gula melaka versi ceras baru punye.. resepi disedut dari blog www.mamadarwiish.com tapi kita olah sikit demi keaslian penulisan kita.. tengkiuu aiin utk resepi superb ni.. sharing is caring kan kan kann.. Bahan-bahan : kuih keria : 1.3 biji keledek (merah/putih) 2.2 1/2 cawan tepung gandum atau secukupnya 3.1 sudu besar baking powder 4.secubit garam 5.secubit gula sira gula melaka: 1.gula melaka secukupnya 2. gula pasir secukupnya 3.air 1/2 cawan cara-cara membuatnya beserta gambar: rebus, toskan dan kemudian lenyekkan keledek seperti dalam gambar. kemudian tambah tepung, garam, gula, baking powder dan gaul sehingga sekata. kalau lembik, tambahkan tepu...

MAHA 2016 terima pengunjung di luar jangkaan!

Assalamualaikum/Hai, MAHA 2016 baru je habis tapi bahang dia masih terasa sampailah ke harini. ini menunjukkan bahawa MAHA 2016 telah berjaya menarik hati para pengunjung satu Malaysia untuk hadir menikmati apa yang disediakan di MAHA tersebut. Dengan menggunakan konsep OUR FOOD, OUR FUTURE, yang bertempat di MAEPS, Serdang, MAHA 2016 kali ini berjaya menarik hampir 3.7 juta pengunjung bermula dari 1 Disember 2016- 11 Disember 2016 yang lalu. wowwww sangatkann.. walaupun bersesak-sesak sepanjang hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung yang berbilang kaum, berbilang bangsa dari pelbagai kategori iaitu dari anak kecil sehingga warga emas. semua pon berpusu- pusu taknak melepaskan peluang untuk ke MAHA 2016. Antara lokasi yang pengunjung wajib singgah di MAHA 2016 yang lepas. Kampung Mak Cun pon boleh tahan havocnyaa sebab menampilkan sendiri pelakon pelakon dari drama mak cun.. dannnnn.. untuk kanak-kanak pula, Kampung Durian Runtuh adalah port W...

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic

Assalamualaikum/Hai, Kemanee kite neyy?? kita ke Event Sepetang Bersama Reen Rahim tauuu.. gojesss dan sporting secara semulajadi tauuu.. cantiknyaaaa bila jumpa secara life.. eyh, artis ade yang tak cantik ke uols?? hahahahaa.. Lokasi yang dipilih adalah di Donutes Coffee, Cake & Bread, Jalan Kuchai Lama. tempat yang santai untuk kopi-kopi, chit chat bersama artis jemputan kita pada haritu. Tak sangka plak kat jalan kuchai Lama tu ada tempat yang cozzy macam nih.. syabas kepada pihak penganjur.. kopi sedap, roti gebussss, kek marbeles.. sandwish dia pon boleh tahan la jugakk.. kenyang sampai ke malam kita wakkk.. nak bagitau bahawasanya Reen Rahim ni adalah duta kepada produk Asianic . Rasanya dah lebih setahun beliau menjadi duta kepada produk ni.. Reen Rahim ada menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan kelebihan dan keberkesanan produk-produk ini. dan yang penting katanya, ianya adalah HALAL.  Jenama Asianic yang terdiri dari pen...

Karnival Hari Sukan JKNS 2016

Assalamualaikum/Hai, Mencabar diri sendiri masuk sukan under opis. kita main bola tampo awaaaa... nak tampo orang susah loni, maka moh kite tampo bolaa.. bengkak2 tangan iols trening untuk tonerment ni haa.. balik trening je, sapu minyak,. minyak dan trening bagai aur dan tebing.. gituuuuuu.. dulu kat sekolah pon kita acah acah main jee.. last pegang bola pon masa form 5.. kat sekolah pon kite pakar netball.. tetibe dah hampir nak kertu ni helokk pulak offer diri main bola tampo.. lupaa sokmoo mcm mana nak serve ape semua.. sejenis maknusia yang takutkan bola upernye..hahahaha.. dapat trening 3 hari je pun..tu pon mcm tak berapa nak trening.. ajak team lelaki join sama.. bukan ape.. jimat sikit kos nak sewa court ni ha.. 3/12/2016. pusat sukan uitm shah alam.. lets the game begin... barisan kontinjen dari JKNS.. 10 kontinjen semua yang terlibat termasuklah hospital2 satu selangor.. ko bayangkaannn ... sebenarnya nak ...