Skip to main content

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic

Assalamualaikum/Hai,

Kemanee kite neyy??
kita ke Event Sepetang Bersama Reen Rahim tauuu..
gojesss dan sporting secara semulajadi tauuu..
cantiknyaaaa bila jumpa secara life..
eyh, artis ade yang tak cantik ke uols?? hahahahaa..



Lokasi yang dipilih adalah di Donutes Coffee, Cake & Bread, Jalan Kuchai Lama.
tempat yang santai untuk kopi-kopi, chit chat bersama artis jemputan kita pada haritu. Tak sangka plak kat jalan kuchai Lama tu ada tempat yang cozzy macam nih..
syabas kepada pihak penganjur..
kopi sedap, roti gebussss, kek marbeles..
sandwish dia pon boleh tahan la jugakk..
kenyang sampai ke malam kita wakkk..

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianicnak bagitau bahawasanya Reen Rahim ni adalah duta kepada produk Asianic . Rasanya dah lebih setahun beliau menjadi duta kepada produk ni.. Reen Rahim ada menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan kelebihan dan keberkesanan produk-produk ini. dan yang penting katanya, ianya adalah HALAL. 
Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari bunga sakura dan juga susu beras. Diformulasikan dari ekstrak bunga sakura dan susu beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan akar kayu manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa. Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. Kini, Asianic telah mengembangkan misi perniagaan untuk mengikuti banyak acara dan pameran dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk jenama HALAL Asianic. Kini pengguna tidak ragu-ragu lagi apabila mengunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah rangkaian produk HALAL yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan AsianicEvent Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic

Duta Produk bersama salah satu produk dari Asianic . Produk ini diasaskan oleh syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd. Semoga terus maju memperkenalkan produk HALAL di mata dunia..aminnnn..



Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Antara rakan blogger yang hadir sama untuk majlis sepetang bersama Reen Rahim.


Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
Last but not least, Photogroup bersama Reen Rahim, duta produk Asianic.
Thanks for having us.

Event Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic
saya dah cuba.
wangiiiiiiiii sangatt produk asianic ekstrak dari bunga sakura ni.


Untuk keterangan lanjut atau pembelian produk secara online, korang boleh refer maklumat seperti di bawah :

ASIANIC :

Tel :03-77826308
Faks :03-77836308



 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P