Skip to main content

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan Permainan Aplikasi DAC Peaceyall

Assalamualaikum..


Saya berkesempatan untuk hadir ke sidang akhbar untuk 3 pelancaran oleh Dato AC Mizal dengan kerjasama OMGfest Ventures dan Peaceyall.FM pada 17 Februari 2016 (Rabu) yang lepas bertempat di Hotel Pullman By Lakeside Putrajaya iaitu :

1. Pelancaran Karnival Peaceyall
2. Pelancaran Komik 'Skoolastik oleh Kartunis Ubi
3. Pelancaran Permainan Aplikasi 'DAC Peaceyall' 

1.DATO' AC MIZAL BAWA LEBIH 150 USAHAWAN JELAJAH MALAYSIA DALAM KARNIVAL PEACEYALL.


Buat julung kalinya, radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal akan menagadakan satu karnival bersar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.fm di seluruh Malysia.
Bermula di Melaka pada 2-3 Aplril 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh dan diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.

jangan lepaskan peluang dan sila mark kalendar anda ok! 



Tujuan utama adalah sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi mendatangkan impak yang tinggi.

Macam-macam aktiviti menarik yang dah siap dirancang khas untuk pengunjung. Antaranya, ujibakat mencari VJ peaceyall.fm, game untuk kanak-kanak, persembahan dari Vj dan selebriti tanah air dan palinng penting, karnival ini akan di 'live streaming' ke seluruh dunia. so anda diperantauan jangan risau. boleh tgk melalui aplikasi peaceyall.FM

Dato AC Mizal, Datin Emylia Rosneida bersama VJ Peaceyall.FM


p/s  : Sesiapa yang beminat nak turut serta sebagai salah seorang dari 150 usahawan, sila hubungi  011-2621656 (Daz) atau 019-2796275 (Lieza) atau email : karnivalpeaceyall@gmail.com . info details boleh pegi laman sosial peaceyall.fm atau OMGFEST2014

2.PERMAINAN APLIKASI 'DAC' PEACEYALL' CARA BARU BERINTERAKSI DATO AC MIZAL BERSAMA PEMINAT.



Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru untuk menarik minat pemain game tegar. dihasilkan dengan latar bekalang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri.
Selain main game, peminat boleh mengikut aktiviti Dato AC Mizal dengan menerima pesanan istimewa dari beliau dari semasa ke semasa.



Lagi best, hadiah menarik dan kejutan demi kejutan bakal anda alami dengan bermain aplikasi ini..
nak tau ada hadiah terkejut terkejut tu, silalah download dan main.. hadiah misteri menanti andaa!!



sambil main, sambil tu collect hadiah misteri..
saya main asiklah see yaa!! see ya!!!
hoh!!boleh tahan gak laa game ni..
dapat kat anak, memang melekatt!!


Dalam satu aplikasi ada macam macam benda boleh buat.
boleh main game, boleh beli produk minyak wangi DAC (ikon Dato) dan DER (ikon Datin) dan boleh dengan radio online (ikon peaceyall)


besttttt tau minyak wangi spesel dari Dato AC Mizal dan Datin Emylia ni !!!

Buat masa ni hanya pengguna android saja yang boleh download . bagi pengguna i-phone, sabarr.. nnti dorang akan upgrate versi i-phone plak yee..

pegi -google play store dan taip 'DAC Peaceyall' untuk download..
selamat mencuba!

3. KARTUNIS UBI KEMBALI DENGAN KOMIK SKOOLASTIK.


Lama betul kartunis ubi ni menyepi. sapa yang kaki komik Ujang mesti kenal beliau kan..
haaaa.. beliau dah come-back bersama komik terbaru iaitu 'SKOOLASTIK'.

Komik 100 mukasurat ini mengisahkan 3 sahabat karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuatkan anda semua tidak kering gusi. Komik ini mengambil masa hampir 8 tahun untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.

Komik ini hanya berharga RM19.90 senaskah dan boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermua 20 Februari 2016. Untuk info lanjut, boleh lawati laman sosial beliau sendiri di Facebook atau instagram : @kartunisubi


So anda diluar sana, lagi sekali nak bagitau sila mark tarikh 2-3 April untuk hadir sama dan support karnival ini ok! janji tauu..

 Barisan bloggers yang hadir.



Nah sedikit video yang sempat dirakam oleh blogger iena..




#omgfest2014 #peaceyallcarnival #skoolastik #dacpeaceyall #dataranayerkeroh #melaka #haiblogger #bloggermalaysia #peaceyallblogger #omgfestblogger @omgfest2014 @peaceyallfm


-MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P