Biasanya kalau nak berstimbot, kita akan disediakan dengan menu stimbot dan grill .
Tetapi, kelainan yang dibawa oleh restoran D'kayangan ini adalah mengetengahkan konsep 3 dalam 1 iaitu steamboat+Grill+Pembakar Arang BBQ secara buffet.
Keistimewaan lain juga adalah kambing panggang yang turut disediakan dalam menu buffet dan dihidangkan setiap hari tanpa sebarang caj tambahan..
hmmmm... rasa-rasa nak makan kambing panggang , dah tau dah kat mana nak terjah ok!
Pilihan makanan yang tersedia punyaalaahhh banyakk...
untuk steamboat, pengunjung boleh pilih sama ada sup ayam atau tomyan sebagai kuah rebusan.
Untuk menu grill pula, perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong disediakan.
senang cakap, segala macam haiwan yang boleh dimakan ada disini..
rambang mataa tauuu!! semua pon nakk!!
Untuk tahun 2016, restoran D'kayangan melalui satu transformasi dengan tambahan menu skewer iaitu ayam skewer berempah, daging skewer berempah, daging skewer kicap, sotong skewer pedas cilantro, ikan dory skewer berempah, udang skewer cilantro dan lain-lain..
datang sendiri, hayati kenikmatan menu baru ni .. harga pon sangat berpatutan.
lagi satu yang best adalah penggunaan Dapur Arang BBQ yang disediakan di atas meja. Pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman berBBQ dengan keluarga dan sahabat handai.
bagi yang taknak berstimbot+grill, boleh pilih untuk BBQ.. semua pon ada atas meja..
Info penting,
Penggunaan dapur arang BBQ ni tak memerlukan marjerin atau minyak dan ini menjadikan makanan tersebut sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa BBQ arang (smokey taste) dan bau harum BBQ yang pastinya memikat selera setiap pelanggan.
Lebih 199 jenis hidangan segar untuk pengunjung setiap hari. Sos yang disediakan pon sangat sedap hasil air tangan dari chef Shahnizam seperti sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo.
saya dan para blogger mendengar sedikit taklimat dari pihak restoran dan berpeluang merasa sendiri menu steamboat+grill+BBQ . Lepas ni nak bawak family datang makan kat sini.. berbaloi dan yakin kenyang sampai esok heheeee..
Terima kasih D'kayangan!
Terima kasih Encik Mohd Rasul!
Harga :
RM40.20 (dewasa)
RM20.05 ( kanak-kanak)
*harga termasuk GST
Lokasi :
No 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tempahan :
012-2971091
017-3277904
03-55234979
Facebook :
psssttt ::
Menangi hadiah berupa tudung FAREEDA jika anda datang pada hari JUMAAT,SABTU dan AHAD
ingat tuuu!!!
SELAMAT MENJAMU SELERA!
#dkayangansteamboat
#dkygnsteamboat
-MrsPuex-
2 Comments