Serum Mesti Milik dari Produk Ephyra Skin Nano

Assalamualaikum..

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.


Hari ini hari ke-14 penggunaan setiap hari bermula dari barang sampai ke tangan pada 16 Mac 2016 yang lepas  sehingga pagi tadi 30 Mac 2016..

sukaaaa sangat dengan hasil yang pantas..
takdelah floles sangat tapi boleh laa untuk kecikkan ruang pori pori macam kawah ni haaa..
parut jerawat pon dah pudar sikit.. kalau penggunaan berterusan, diyakini kulit akan lebihh segar dan bersih.. doakann yee..sape tak nak cantik kann??

Kebiasaannya setiap pagi nak ke pejabat mesti akan bermekap tebal tebal untuk menutup pori-pori dan segala jerawat hidup dan parut jerawat yang diternak tanpa sengaja di wajah muka..
diri secara automatik tak yakin kalau keluar tanpa mekap.

Jenis kulit muka yang sensitip memang mengundang kepada pelbagai masalah.. Selepas buat laser treatment, kuranglah sikit dan sel sel kulit mati pon dah kurang juga.. Doktor ada pesan, jika nak pulihkan  keanjalan kulit dan menggalakkan sel sel kulit hidup semula, sila sapu serum..

sesuai sangat dengan ketibaan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni. tepat pada masanya.

sebenarnya semua serum ok.. tapi bila dah terjumpa dengan serum dari ephyra nih, terus jatuh cinta.
betul ni.,. tak tipu.. cecair yang agak likat  mendorong kepada serapan yang sempurna di kulit ditambah pula dengan botol yang comel dan unik..sesuai sangat duduk dalam henbeg sepanjang masa..

ok jom tengok hasil secara bergambar.. 
point kt bahagian dagu di mana jerawat tengah memuncak mencanak canak pembesarannya..

ni wajah asal tanpa mekap beserta parut jerawat dan pori pori umpama sekawah rendang ayam gitu..hahaha.. ada jugak jerawat(refer kat dagu) yang sedang hebat penternakannya di muka ku ini.. tensiiiii tauuuu..

selepas 6 hari penggunaannya :

selepas rawatan laser dan ditambah dengan penggunaan serum ephyra setiap pagi dan malam..
nahhhh kauuu.. ni gambar tak edit langsung tauuuu..
parut jerawat di dagu sedikit pudar.. 
sukaaaa sangatttt..


Wajah saya pada hari ke-14 (30 Mac 2016)


Berseri-seri kan??
yang penting nampak segar..
awak tak rasa tapi kita yang pakai kita rasa ok!
tengok jerawat kt dagu tu.. semakin pudar..

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Pada Kulit :

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan  sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :

MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.






10 Kesan Nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum :
  1. Mengecutkan jerawat
  2. Menghilangkan parut jerawat
  3. Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur
  4. Menghilangkan bintik-bintik hitam
  5. mencerahkan kulit kusam
  6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  7. Mengekalkan kelembapan wajah
  8. Menghilangkan lebam bawah mata
  9. Merawat kulit terbakar
  10. memberikan efek kilauan pada wajah  
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum bersaiz 15ML ni boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai jamu. Yang penting ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 
Website : www.oceanlife2u.com 

Harga: 
RM 88  (Sem.Malaysia)RM 92 (Sabah/Sarawak) 
Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577 .


-MrsPuex-

1 Comments

Farah Dafri said…
kite ada masalah pori besar gak. nk cuba lah yg ni mana tahu menjdik kan hehe. seumur peringkt umor boleh pakai kn?