Skip to main content

Terengganu Trip 2D1N


Assalamualaikum..

Sesekali berjalan jauh dengan BAS opis adalah sangat ohsem!..
Lawatan Kerja ke JKN Terengganu selama 2 hari 1 malam .
3-4 April 2016. Penat tapi enjoyy!!

Lawatan Kerja merangkap testing bas baru yang baruu sangat keluar kilang..
nak test ok ke idok bas opis nih dari segi teknikal dan lain-lain..

tu yang bawak jalan jauh terus tu..
ko bayangkan kami ni orang pertama yang naik..
kondisi bas pon tak tau macam mana.. redahh jeee..

Alhamdulillah semua pon tip top..
selamat pergi dan balik dengan jayanya..
syukurrr sangat!

pose dalam bas sebelum bergerak..
menunggu ahli jemaah dari setiap pelusuk selangor tiba..
orang sabak bernam, kuala selangor, sepang dan sewaktu dengannya..
lebih kurang 9 pagi baru bertolak....


perjalanan nak sampai ke terengganu adalah dari 930 pagi sampailah ke jam 5.30 petang lebih kurang..
setiap rnr mesti benti sebabnya setiap rnr adee je orang nak terkucil..perkara biasa bila rombongan naik bas kot..hahahaa. tido bangun tido bangun idokk sampei sampeii...huwaaaaa!!

lepas check in, amek kunci terus masuk bas balik utk mencari makanan..

selamat tiba di kedai makanan bercelup celup tepung kesemuanya..
lokasi : belakang airport.

nahhh.. kita ratah lauk je la yee..
ikan, udang, sotong, cendawan semuanya bercelup tepung..
cuma kepok lekor je tak celup celup.. kenape dorang tak celup sekali eyh?? hahahaa..

menikmati..

dinner di kedai family salah seorang ahli jemaah bas..
tongtong rm10 seorang dan selamat makan makan..
pestime makan sotong masak singgang.. lupe plak nak snap gamba sebab kelaparan dah..

dekat jam 10 baru sampai hotel.
wash up, then terus tak sedorr diri..
hantu pon takut nak kacau agaknya..
hahahaaaa..

day 2 :morning breakfast with bff..

antara tempat yang sempat aku terjah dalam diam..kekekeee...
bas benti je, siaplah aku tengok kiri kanan kot kot boleh posing..gituuuu!!

ni salah satu tempat aku aim nak posing..
checked!
lokasi sekitar pasar payang..
banyak dah berubahnya..
yang lain semua taknak pegi sebab panass..,
memang panas ponn..

gambar dalam pasar payang lupa nak snap sebab kalut nak kejarkan masa soping..
lagipun panas die kalau tak tahan boleh pitams..


sebelum bertolak pulang, singgah kat sini..
sempat solat sunat dan solat jamak..
Alhamdulillah..

sukaa sangat gambar ni sebab gambar masjid tu mcm dalam canvas..

masjid kristal, checked!

ni memang betul betul tempat last singgah..hahahaa..
dorang makan kepok lekor, aku order nasi terus sebab belum makan lunch..
giler lapar.. kepok lekor tak mampu nak kenyangkan perut..
makan laju laju weii sebab takut bas tinggal..hahaha..

macam mana boleh lupa makan tahh..kuikuikuiii..

Alhamdulillah satu perjalanan yang singkat tapi enjoy walaupun banyak tempat yang tak dpt cover..
maklumlah pergi untuk kerja, bukan soka soka bercuti..
gituuuuuu...

bertolak dari terengganu lebih kurang jam 5 petang.
sampai shah alam jam 1230 pagi..
sampai umah dekat jam 1 pagi.. drive sensorang..
kau mampuuu???

kah kah kahh..

In sya allah ada rezeki nak pegi sini lagi ..

-mrspuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P