Skip to main content

The Kabin , Kuala Selangor

Assalamualaikum..
lamaaa dah pegi tapi baru harini rasa nak updet.
nak cuti sekolah, kot kot korang x tau nak bawak family ke mana.
So boleh la try bermalam di sini..

Tapi kene booking awal awal ye sebab kabin tu terhad.
mostly, full booked.

just three of us!
konon konon mom travel with kids..
cuba bawak tempat paling dekat dengan umah dulu..
kalau behave, mom bawak jauhhh sikit..

Perjalanan dari rumah (shah alam) ke lokasi pilihan tak sampai 1 jam ja.. 

safely arrived!

wajib bergambar kat sini..
pic taken by miss aireenqaisara
not bad after patploh kali snap..kekekeee...


sampai-sampai terus check in dalam jam 2 petang gitu..
semua booking adalah melalui wasap saje..senang sangat..
payment pon, tunjuk bukti kat wasap jugak..
terus dapat details.

booking utk 2 hari 1 malam, 1 adult and 2 kids.
so dapat kabin durban berharga RM190.00 tapi masa tu aku dapat promo price..tak ingat dah berapa..hehee..
kabin ni depan pool. besttt!!
tenangg betul..


sebelum katil jahanam, kita posing posing dulu ye anak anak..
lepas tu, lantakkann nak tunggang terbalik..
mom is redhaaa..

Bilik mandi..


lepak santai

amboi berangan ke adik??


pool view..
serius tenang..
tapi masa weols datang, panas membahang.. anak anak nak mandi kolam pon mom tak bagi..tunggu petang kang kita berkubang ok! 

our kabin - DURBAN
mengadap pool.
nice!


ni la kedai makan kami untuk 2 hari 1 malam..
mom malas nak keluar, maka kita makan je apa yang adoo..
western pon western la janji kenyang..
kekekekeee...
by the way, the kabin tak provide utk breakfast macam hotel lain.. nak makan, sila bayar.. gitu konsep mereka.. harga not bad la..

dah petang, layan dorang mandi pool.
memang ni la tujuan utama datang sini..
seronok tengok dorang..
maklumlah lamaaa sangat tak bawak dorang berjalan jalan..

habis dorang konker pool kanak-kanak ni..


dah siap berkubang, kita lepak tunggu untuk dinner..
kakak tengah lepak kat ruang baca kat dalam cafe kabin..

lets dinner!
adik mintak burger.

kakak mintak ciken chop.
mom?? share share je sebab kompom tak abih..

oh yaa.. bagi sesiapa yang nak buat BBQ, ni la tempatnya..
privet sangat..peralatan BBQ disediakan. korang just bawak arang dan bahan mentah untuk berBBQ sahaja..yang penting sila jaga kebersihan ok!


pool view at night..
kabin kami tu yang hujung tu..
malam tu xde aktiviti pon..memasing tido awal sebab penat berkubang kat pool..
ohh ya, bagi yang ada anak kecil, korang boleh la bawak ubat nyamuk macam ridset ke sebab nyamuk boleh tahan banyak.. maklumkan duduk tepi pantai dan dalam kabin..


day 2.
breakfast sambil mandi pool..
ko hadooo??
layankan sajee..
mandi la puas puas wahai anak..
siap bawak balik sun burn yang super duper terok..
sorilah mama lupa nak bawak lotion sunblock..
bertabahlah korang ye..,

mom lepak santai sambil perati anak anak mandi pool pepagi..
gasakkk!!


ok, masa untuk check out..
muka taknak balik..hahhaaa...

thanks The Kabin for the great hospitality..
in sya allah we will come back again..

till we meet again.
adios amigos.!!


untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Alamat :
The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati
Pantai Remis
45800 Jeram
Kuala Selangor, Selangor

GPS :
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E

No Tel :
017-6783825 (whatsapp)
03-32640578 (fixline)

Website :

Facebook :

Instagram :


-MrsPuex-

Comments

aswaleyla said…
wahhh seronok depa mandi manda yaa
AisNy said…
Macam best jer... Boleh la plan bercuti kat situ...
Jueliza Jamani said…
heheh sama lah durban tu jugak kami duduk masa g the kabin ni.. hehehe kalo g ramai2 best bleh bbq kat situ..
Raihanah Ahmad said…
menarik konsep ni, lokasi pun cantik

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P