Skip to main content

How To Wear Women Skinny Jeans!

Assalamualaikum/Hai,





Harini nak borak sikit tentang skinny jeans untuk wanita-wanita jelita di luar sana. Mana-mana wanita boleh memakai seluar skinny jeans dan tampil menarik. Malah dengan sedikit research untuk lihat apa yang kelihatan bagus dan padan dengan sesetengah jenis bentuk badan, shopping for women skinny jeans sebenarnya agak fun dan berbaloi demi kepuasan anda sendiri.

Seluar skinny jeans wanita bukan sekadar trend yang bersifat sementara dan singkat, menghabiskan masa dan tenaga untuk mendapatkan sepasang seluar skinny jeans yang baik adalah ibarat satu bentuk pelaburan yang bijak kerana berbaloi daripada segi keselesaan dan stail.

Macam saya seorang muslimah dan bertudung, jika hendak bergaya dengan skinny jeans ni, kita hanya cari dan padankan dengan blouse yang labuh untuk menutupi bahagian bawah punggung kita. mudah kan?? sambil bergaya, kita masih menjaga aurat sebagai seorang muslimah.  trendy jugak kan??

How to wear women skinny jeans?
Kuncinya adalah dengan mendapatkan baju dan kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan skinny jeans anda. Mengetahui bagaimana untuk menggayakan seluar jeans wanita anda adalah sangat penting untuk mendapatkan penampilan yang bergaya dan menarik.
Kebiasaannya dark washed jeans sangat sesuai untuk dipakai oleh semua orang untuk ke mana sahaja. Makala yang berwarna lebih terang pilihan terbaik untuk dipakai secara kasual.

Menambahkan skinny jeans ke dalam almari pakaian adalah langkah yang bijak dan mudah untuk dilakukan. Apa yang penting adalah dapatkan seluar yang benar-benar sesuai untuk dipadankan bersama kasut dan baju bagi gaya seharian yang lengkap.

Skinny jeans dapat menyerlahkan kasut yang cantik seperti kasut but, kasut tumit tinggi dan juga kasut leper ataupun flats. Malah jika dipadankan bersama kasut tumit tinggi ianya dapat memberikan ilusi pada bahagian kaki anda agar tampak lebih panjang!


 Apa pun pilihan anda, pastikan skinny jeans anda itu selesa untuk dipakai agar dapat digayakan sepanjang hari dengan penuh keselesaan!

Ok, sekarang nak pegi tambah koleksi skinny jeans dlm lemari!
auummm!!




-mrspuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P