Semarakkan Ramadhan di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum/Hai,


Alhamdulillah saya diberi peluang untuk hadir ke Buffet Ramadhan Prebiu di Laman Kayangan, Seksyen 7 yang dianjurkan oleh Segi Seri Sdn Bhd.

Bertemakan Santapan Kayangan, kami dijamu dengan kelazatan juadah-juadah dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam dan negara kita Malaysia. Malaysiakan banyak menu-menu di setiap negara.. kat sini semuanya ada.. pilih saja nak yang mana..  Antara makanan yang dihidangkan adalah nasi kabuli, tomyam istimewa, bakso, vietnamese beef noodle dan lain-lain lagi.. yang penting menu utama iaitu kambing golek wajib ada dengan kombinasi 3 sos istimewa . 

Dekorasi setiap booth makanan dihias mengikut tema negara yang diwakili.. kawasan yang sangat selesa untuk bawa ahli keluarga bersama terutama yang ada anak kecil. kawasan sejuk beraircond tauu!! 

ok jom tengok beberapa hidangan yang sempat saya snap untuk korang.

menu wajib kambing panggang yang dah tergolek golek..hehehe.. paling best sos istimewa.. sedap!

hidangan dari negara thailand, tomyam special dan beberapa juadah yang lain.



menu dari singapore.
singapore chicken rice.

ulam-ulaman.

barisan minuman sejuk yang disediakan..
ada juga minuman panas seperti teh tarik.

Antara blogger yang hadir untuk memeriahkan majlis.


Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara dan pelawak terkenal tanahair iaitu Jihan Muse bersama suami tercinta, Ungku Hariz.

sempat uols kite tangkap gambar dengan artis... kebetulan hari tu besday kitaa..
auuwww.. terharuuuuu sangat!


Harga :
Dewasa : RM59.00
Kanak-Kanak : RM35.00

opppssss.. berita BEST!

Sekarang tengah promosi Early Bird iaitu RM39.90 sahaja.
sila tempah pada 15/4/2016 - 15/5/2016 untuk dapatkan harga Early Bird tuh..

sempat lagi ni.. cepat cepat grab ok!

Untuk tempahan dan pertanyaan :
013-4357935 / 017-5563711 / 019-3117443 / 03-33590561

atau boleh layari website :

Alamat :

Laman Kayangan
Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Kemudahan lain yang disediakan adalah :
*Surau yang selesa
*parking percuma
*tempat berhawa dingin
*percuma wifi
*kaunter zakat
*muzik ghazal

-mrspuex-


1 Comments

Inani Hazwani said…
Macam macam pilihan ada. Wahh jumpa jihan muse bestnyaa :D