Skip to main content

Berbuka Puasa dalam suasana garden outdoor di Casa Ombak

Assalamualaikum/Hai, 

casa ombak

Alhamdulillah dapat jemputan beriftar secara garden outdoor di CASA OMBAK.

casa ombakcasa ombak

Terima kasih kak akma sebab jemput saya..
saya pulak bawak mak abah sama..
Abah Mak terharu sesangat..
sepanjang perjalanan balik, dok cakap 'bagitau kat kawan tu, terima kasih.tempat best/santai, makanan pon sedap.. abah makan kambing 4 round. mak makan cekodok dekat 3 round jugak.
hehee..kita senyum simpul je. ye la, memula ajak, taknak sebab segan lepas tu risau abah n mak je warga emas..hehee..

casa ombak
antara orang yang terawal sampai, mari selfi bersama kak hanny yang cantek manes . 
pinjam gambar ye..

casa ombak
paling suka dekorasi kat atas stage.
ada pondok katik, ada mangkuk tingkat,
village style sangatt!!

casa ombak
kemain anak bujang ni dok kendong mangkuk tingkat.
1st time jumpa gaknye..tu yang terlebih jakun tuh..hehehe..

sebelum masuk waktu berbuka, mari snap gambar makanan.
wajibulghunnah bagi seorang blogger..kekekekeee..
takkk blogger la kalau tak amek gamba ye dokk!!

casa ombak
sila fokus kat air jagung.. sedapppp!!
ohh teh tarik pon torrbaikk!!


casa ombak
ayam goreng berempah.
   casa ombak
stall ABC

casa ombak
lauk pauk kampung style.

casa ombak
ketiau goreng panas2 baru keluar kuali,,
sedappp hokeeyy!!

casa ombak
deretan kuih muih.

casa ombak
sapa yang tak nak makan nasi, boleh makan mee kari.  

casa ombak
paling menawan kalbu.
kamping panggang!

casa ombak
nasib baik la kite penggemar kambeng.
meja pulak bebetul belakang port kambing panggang..
heaven!!
baju bau asap pon gua selamberrr jee..heheee..

casa ombak
bersama blogger rafzan #langgarpintu dan blogger househusband terfemes emes, encik hasrul hassan.

casa ombak
feeling kiut sambil beratur menunggu kambeng..hehee..
scredit pic to iena.

casa ombak
turn abah plak beratur.
tapi kejap je, aku soh duduk sebab lulut abah tu bukan boleh berdiri lama.. semangat nak makan kambeng punye pasal sampai lupe lulut sakit.. abah..abah...

casa ombak
juadah yang sempat aku amek.
no nasi sebab mak cakap, nasi boleh makan kat umah..kat sini kita makan lainn sikit..baiklah makk..
sebab tu la mak bantai makan cekodok sampai kenyang..hehe..

casa ombaktersandar kekenyangan..kekekeeee..  

last but not least, photo session utk blogger yang masih tinggal menghabiskan saki baki makanan...gituuuuu!!..

casa ombak
semua pon blogger otai yang pv mencanak canak hengkoo!!!
i is respekk!!

Korang,
hujung hujung ramadhan yang barakah nih, kalau masih blur tak tau nak makan kat mana,
silalah berkunjung di CASA OMBAK.
gerenti perut puas hati!
tempat makan selesa dan santai,
ruang solat pon selesa..
dannn paling penting makana sangat marveles.
tak tipu tauu!

casa ombak

Alamat :
No 22, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
Kuala Lumpur.

Tel :
03-21818750

booking dulu tau kalau nak datang berbuka kat sana.

 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P